Anda suka menyertai aktiviti lasak namun dalam masa yang sama tidak dapat lari dari kebiasaan mendengar muzik-muzik kegemaran anda melalui aplikasi pemain lagu dalam telefon pintar ?
Tidak dinafikan, muzik sememangnya berupaya mengubah emosi seseorang. Kita semua memiliki minat genre muzik yang berlainan. Teknologi semakin maju, terdapat pelbagai alat inovasi yang dicipta bagi membantu para pengguna mendapatkan hasil penyampaian muzik yang lebih sensasi. Speaker atau pembesar suara adalah alat yang biasa digunakan untuk membuatkan bunyi muzik lebih jelas serta asyik.

Ultimate Ears iaitu sebuah jenama yang memfokuskan pengeluaran dan penghasilan inovasi bijak untuk memudahkan para peminat muzik tegar seantero dunia.
Baru-baru ini, Ultimate Eras mengumumkan kehadiran EU ROLL yang bersaiz piring cawan teh iaitu berupa pembesar suara tanpa wayar yang dilengkapi ciri fungsi Bluetooth, bisa menyampaikan muzik kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana jua. Hebat bukan?

UE ROLL boleh menyampaikan muzik secara menyeluruh, kuat dan mempunyai dengung bes yang jelas seolah mendengar konsert secara langsung! Pancaran suara yang dihasilkan UE RILL disunting dari teknologi UE BOOM, direka istimewa untuk melengkapkan gaya hidup hebat alaf baru yang sering berdampingan dengan peranti mudah-alih versatile.

Ditawarkan dalam pelbagai corak dan warna menarik, UE ROLL turut mempunyai kelebihan di mana ianya kalis air, menambah lagi seisi keistimewaan yang dimilikinya. Unik dan berbeza dari produk pembesar suara yang lain, gajet ini pasti menambat hati anak-anak muda yang serasi dengan muzik pilihan terkini serta gaya hidup aktif yang serba mengujakan.
Dengan hanya menggunakan tali yang terdapat di sebelah belakang UE ROLL, pengguna bisa melekapkan peranti mudah-alih berkenaan di beg, tali pinggang, mahupun di atas apa sahaja permukaan yang teguh dan mantap.
Diperbuat dari material yang keras dan tahan lasak, anda bisa berseronok sepanjang hari dengan muzik kegemaran anda bersama teman menggunakan pembesar suara bersaiz poket baharu dari siri UE ROLL keluaran Ultimate Ears hari ini!
TONTON VIDEO PENGENALAN UE ROLL
Melalui sambungan ke aplikasi UE ROLL iOS dan Android, anda boleh mendengar pelbagai muzik terkini setiap hari! Muat turun aplikasi UE ROLL ke telefon pintar anda dan anda siap untuk mengawal peranti tersebut secara efisyen! UE ROLL ditawarkan pada harga RM399 seunit dan boleh didapati dari pengedar barangan Ultimate Ears yang sah seperti MCL dan Bluelogic.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.ultimateears.com