Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Miranda Kerr Bertunang Dengan CEO Snapchat, Evan Spiegel

$
0
0
Foto -www.eonline.com

Selepas hampir setahun beredar gosip mengatakan model Miranda Kerr, 33, menjalinkan hubungan cinta bersama jutawan yang juga merupakan CEO Snapchat, Evan Thomas Spiegel, terbaharu pasangan itu dikhabarkan sudah pun mengikat tali pertunangan.

Spekulasi tersebut timbul ekoran Miranda dikatakan memakai sebentuk cincin berlian di jari manisnya ketika dia dan kekasihnya itu menikmati percutian di Malibu, baru-baru ini.

Dan, akhirnya bekas model Victoria’s Secret mengesahkan sendiri berita tersebut apabila berkongsi gambar cincin manis di jarinya berserta dengan Snapchat filter Evan melutut melamar Miranda bersama seutas cincin berlian dengan ayat Marry Me! – kongsi di Instagram.

I said yes!!! ❤️😍❤️😍❤️

A photo posted by Miranda (@mirandakerr) on

Ouch sweet sangat!

Dilaporkan, Miranda dan Evan Spiegel, 26, bertemu di LA pada tahun 2014 ketika menghadiri majlis makan malam untuk Louis Vuitton sebelum mula dating pada 2015. Terdahulu, Miranda pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Orlando Bloom pada 2010 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2013. Hasil hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Flynn Christopher Blanchard Copeland Bloom yang kini berusia lima tahun.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583