Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Tips Fesyen 101! Jom Bergaya Ikut Cara Si Jelita Rozita Che Wan

Image may be NSFW.
Clik here to view.
RCW

Hello mak dara dan anak dara sekalian, apa habaq? Hangpa sihat ka? Elok naa semua…

Sejak-sejak bertudung ni, kemain lagi seorang selebriti kesayangan kita ni melaram… Siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan!

Tu pasai penulih dok cakap Kedah. Bagi pendapat penulis, orang Kedah ni semua memang cun lah. Tengok je lah Che Ta ni, dah lah rupa paras jelita, awet muda dan pandai berfesyen pula tu! Orang putih kata, “A Wifey Material”. Untung lah si Zain Saidin tu.

Jadi, ada ke sesiapa yang teringin nak bergaya sakan seperti bekas Dewi Remaja tahun 1993/1994 ni? Kalau ada, jom Wanista nak berkongsi panduan dari hujung rambut hingga hujung kaki, bagaimana anda boleh bergaya seperti Rozita Che Wan.

#1 Dress Maxi Moden 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
🎬
#tvcshoot by @whiteshadow.studio Image may be NSFW.
Clik here to view.
📷
by @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Boleh dikatakan, kebanyakkan fabrik pakaian milik Che Ta adalah bercetak dan bertekstur. Jika anda ingin meniru gayanya, jangan takut untuk ‘melebih-lebih’. Ingat, confident mesti ada! 

Cubalah sesuatu kelainan! 

 

#2 Kardigan Labuh

Salah satu “fashion staple” kegemaran Che Ta!

Lagi labuh, lagi vouge! Lagi flowy, ya lagi keren banget deh!

 

#3 Sunnies For Sunny Day!

Seperti Vivy Yusof, Che Ta juga tidak pernah ketinggalan untuk memakai kaca mata gelap supaya terhindar dari silau matahari. Pada masa yang sama, nampak stailo juga!

Aksesori kaca mata sebenarnya mampu menyumbang impak kepada gaya fesyen seseorang. Wow!

#zsrcwtour # barcelona #2016 Photoby @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

#4 Topi Jerami Ketika Travel

Siapa kata wanita yang bertudung tidak bisa menggayakan topi?

#aaisyahdhiaranatour #zsrcwtour #madrid #spain #july2016 . . Photoby @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Kala berlibur di musim panas, Che Ta tidak lekang dari menggayakan topi jerami untuk sensasi santai bersahaja. 

Bahagian kepala boleh dililit dengan selendang gaya turban terlebih dahulu sebelum menyarungkan topi. Lantas bahagian leher pula dililit dengan skarf, menyerlahkan lagi fesyen berkarakter yang ingin ditonjolkan. 

Do all things with love . . #aaisyahdhiaranatour #zsrcwtour #granada #spain #july2016 . . Photoby @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

#5 Boots Beri Inspirasi Gaya Pengembara

Che Ta sering dilihat menyarungkan boots. Mungkin lebih selesa kerana setiap inci bahagian kaki dilindung sepenuhnya. Lebih-lebih lagi ketika dalam mood melancong.

 

#6 Hermes Birkin Dimana-Mana

Wa gerak lu.. Pape roger ..Image may be NSFW.
Clik here to view.
😜
#aaisyahdhiarana #1stsyawal2016

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Penulis syak, Birkin adalah beg tangan kegemaran Che Ta. Tak percaya?

#ootd #2ndsyawal2016 Baju Raya by @qudynaziz

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Ha, macam-macam warna Che Ta ada tau! Jangan marah…

 

#7 Bulu Mata Palsu Jangan Lupa Dek Non!

Dulu bukan main semua orang dok kutuk Che Ta ni, kata dia gedik pi pakai bulu mata palsu.

Tapi sekarang ni boleh kata semua gadis-gadis diluar sana tu pun pakai bulu mata palsu juga. Dah jadi semacam trend pula sekarang ni kan?

"Ladies,a man will never remember your handbags,but he will remember your perfumes". _ #PreciousbyRCW @byrcw

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Pengaruh gaya solekan mata dari Kim Kardashian mungkin?

 

#8 Lilitan Selendang Klasik

Kenapa penulis kata klasik? Sebab Che Ta pakai tudung kemas, cara pemakaian selendang yang dimanfaatkan oleh Che Ta ini sama seperti masa mula-mula pemakaian selendang atau ‘shawl’ diperkenalkan dahulu. 

Alhamdulillah done EFP entrepreneur foundtion program today Image may be NSFW.
Clik here to view.
😄
Makeup by @syedewa

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Lilitan selendangnya biasa sahaja. Masih mengenakan ‘inner syria’, namun ia dibiar terdedah sedikit di bahagian hadapan sebelum menyarungkan selendang -terletak pada bahagian ubun-ubun atas kepala. 

 

#9 Sedondon Head-To-Toe

Che Ta memang gemar memadankan helaian senada dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Bagi kita yang melihat ni, pasti ada yang sakit mata dan rasa pemakaian fesyen senada sebegini agak ketinggalan zaman -melihatkan kepada trend masa kini yang lebih gemar akan teknik penggayaan “mix & match”. Namun, tidak bagi Che Ta. 

Che Ta berjaya bawa gaya ‘zaman mak-mak kita’ ini ke satu tahap yang lebih fashionable! Lihat sahajalah foto-foto ini.

Sebab itu penulis kata, yang penting keyakinan tu mesti ada dalam diri. Jika anda selesa dengan apa yang anda pakai, pasti apa sahaja yang terletak di badan akan kelihatan sempurna belaka tahu?

To travel is to live.. #zsrcwtour # barcelona #2016 Photoby @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

#10syawal in #cordoba #spain #zsrcwtour #2016 . Outfitby @rizmanruzaini Photoby @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

#10 Sulaman Manik Berlabuci

Nak menyerlah kenalah tampil berkilau. Kita semua tahu yang Che Ta ni mempunyai cita rasa “high taste”.

Jadi, tidak sah rasanya untuk Che Ta mengenakan pakaian tanpa sulaman manik mahupun labuci untuk ke acara-acara glamor.

 

#11 Perincian Dramatik Pada Pakaian!

Sudahlah berbulu, meghelip pula tu! 

Anda semua tak boleh lawan Che Ta lah, sebab hanya Che Ta yang berani memakai baju “over” sebegini. Tapi sekali-sekala kalau anda nak cuba apa salahnya…

 

#12 Gaun & Skirt Kembang Ala Puteri Disney

Well, apa yang penulis boleh cakap, SHE IS A PRINCESS IN HER OWN WAY!

 

#13 OOTD Berkeluarga

Anda perasan tak? Che Ta dan keluarga sering saja menggayakan pakaian yang seakan-akan. Bijak betul mereka ni berfesyen!

Masa raya lagi lah tak usah cerita, habis semua satu family bergaya sakan dalam rona ungu “Barney” ni!

Tengok tu, tak kekok langsung menggayakan warna senada from head-to-toe! Cool apa!

Kalau anda nak mengambil foto OOTD (outfit of the day) seperti Che Ta, tu diaaa hangpa pi heret family begambaq sekali lagu ni. Jangan lupa pakai baju sedondon naa.

#3rdsyawal #family #zainmalaihnakambikgambaq #purpletheme #RCmemories #rckl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

#14 Kurung Moden Berpotongan Melekap + Kain Duyung

Untuk si tinggi lampai, gaya kurung moden yang disarungkan Che Ta ini mungkin boleh menjadi inspirasi buat tempahan kurung anda selepas ini.

 

#15 Tas Tangan Berwarna

Perempuan mana yang tak meroyan bila tengok beg tangan oi. Penulis pasti, Che Ta adalah salah seorang wanita yang ‘cinta mati’ dengan beg tangan. Dia juga gemar mengumpulnya.

Wt my hemsem boyImage may be NSFW.
Clik here to view.
😛
@ammareffendy Photoby @eddy_aidil

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Menjijit beg tangan pelbagai gaya dan warna mungkin adalah hobi dirinya. Siapa tahu kan?

"Please do what you love, find a way, no excuses." #zsrcwtour # barcelona #2016 Photoby @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

"Keep your eyes on the horizon and your nose in the wind". #zsrcwtour #spain #cordoba #2016 Photoby @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

#16 “Trench Coat Is The New Cardigan”

Trench Coat adalah antara helaian ikonik yang sangat sinonim dengan jenama berprestij dari London iaitu Burberry.

Kot labuh paras lutut yang dihiasi perincian butang serta padanan tali pinggan berkancing ini biasanya diperbuat dari fabrik kashmir yang ditenun menggunakan bulu kambing berkualiti. Hasilnya, permukaan pakaian adalah sangat lembut, sesuai untuk digayakan ketika musim sejuk sebagai pengekal haba tubuh.

Travel brings power and love back into your life #RCWtakesEUROPE #ZSRCWtour – Photo by the amazing @annaseaskey

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Lazimnya, individu biasa lebih gemar menggayakan Trench Coat yang berlatarkan palet rona tanah seperti coklat, perang, kelabu mahupun hitam. Tetapi, lain pula dengan cita rasa Che Ta. Warna kot seragam pilihannya sangat menonjol, bisa menjadi titik ‘pandang pertama’ orang lain yang melihatnya. Cantik berkelas!

 

#17 Fabrik Renda & Tulle Menjadi Pilihan Utama

Memang rata-rata pakaian Che Ta ni berperincian dramatik. Tapi apa yang anda perlu tahu, jelitawan ini memang obses benar dengan kesinambungan fabrikasi renda dan tulle (sejenis kain netting). 

Thank you @qudynkl for this beautiful dress Photoby @theimagerykl Makeup by @chikathedivas

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Ha kalau boleh, tambah elemen ‘bulu-bulu’ sikit! Barulah meletup you all!

 

#18 Bulu-Bulu

Fabrik atau item fesyen yang diperbuat dari bulu binatang seperti kot, shawl mahupun beg tangan adalah mahal harganya. Dalam dunia fesyen, bulu dan kulit asli binatang adalah sejenis material yang sangat mewah! 

Dan mungkin kerana itu jugalah, Che Ta gemar menjadikannya sebagai penyeri gaya.

People who smell good are automatically more attractive . #PreciousbyRCW #perfume @preciousbyrcw Salam jumaat

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Janganlah anda tanya kenapa, sebab Che Ta banyak menghabiskan masa untuk mengelilingi dunia bersama keluarga tercinta. Jadi, ada logiknya jugalah jika Che Ta banyak berhabis membeli item fesyen yang bersesuaian dengan cuaca di negera orang.

 

#19 Hashtag #Squadgoals!

#sistersgettogether Image may be NSFW.
Clik here to view.
📷
@theimagerykl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Apa hangpa ingat hangpa boleh dok buat #squadgoals yang trending kat Instagram tu dengan kawan-kawan ja ka? Dengan adik-beradik pun boleh lah! Cuba tiru Che Ta okay?

 

Tip Bonus!

*** Setiap kali bergambar, Che Ta akan menghadapkan bahagian kiri tubuhnya ke arah lensa kamera, sambil kaki sebelah kiri atau kanan dibengkokan sedikit ala model.

Kita semua ada sisi wajah dan tubuh yang kelihatan cantik mengikut pandangan sendiri. Ada orang merasakan bahagian kiri wajah dan tubuh mereka lebih sempurna dari yang sebelah lagi.

Oleh itu, sebelum merakam foto, cuba kaji, cari dan lihat sudut atau sisi sempurna anda di hadapan cermin dahulu okay?

Selamat bergaya ala Rozita Che Wan semuanya!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles