Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all 1587 articles
Browse latest View live

K-Pop Girl Group Aespa, Idol Virtual Dan Realiti Yang Memukau Jiwa

$
0
0

Kumpulan idol wanita yang baru ditubuhkan oleh Syarikat SM Entertainment ini, mendapat perhatian ramai orang di Korea dan di sebelah barat.

Kumpulan idol wanita yang diberi nama Aespa ini terdiri daripada Karina, Giselle, Winter dan NingNing merupakan artis gabungan virtual dan realiti.

Kumpulan idol yang dianggotai oleh empat orang wanita jelita ini, akan memaparkan avatar diri mereka sendiri yang juga dikenali sebagai diri kedua mereka dengan panggilan ‘Ae’.

Aespa Bukan Saja Cantik Secara Realiti Tapi Juga Di Alam Maya

Dengan kemunculan kumpulan idol baru ini, ia memberi sudut baharu dalam arena hiburan di Korea kerana empat idol baru ini memiliki visual yang cukup jelita dan apabila digabungkan dengan avatar dalam dunia virtual ia memberi kesan yang cukup hebat.

Kombinasi AI Dan Hiburan

Syarikat SM Entertainment tampil berani dengan menggunakan teknologi artificial intelligence (AI) dan computer generated imagery (CGI) dalam industri hiburan di Korea.

Artis naungan yang dibentuk dalam satu kumpulan yang dikenali sebagai Aespa ini, menampilkan sisi idol virtual yang unik kombinasi realiti dan virtual.

Avatar ‘Ea’ Diri Kedua Idol

Menjadi idol Kpop kombinasi antara realiti dan virtual membuatkan, kumpulan ini keluar dari buku komik atau illustrasi kerana visual idol baik dalam realiti dan di alam maya serupa.

Dan dalam satu video yang bertajuk ‘My, Karina’ yang keluarkan di YouTube Aespa, menjelaskan Karina menganggap avatar ‘ae’ dirinya sebagai diri keduanya dan juga sebagai sahabat karibnya.

Kontroversi Panas Aespa Bakal ‘Dehumanisation’

Menjadi satu-satunya kumpulan idol kombinasi virtual dan realiti membuatkan nama kumpulan Aespa menjadi isu bualan panas di Korea dan barat.

Bukan apa, ramai netizen menyuarakan kemungkinan idol hijau ini bakal di ‘dehumanisation’, dalam industri hiburan sangat tinggi.

Kerana melihat penampilan idol yang sememangnya serba seksi, tak mustahil avatar yang di bawa bertukar lebih seksi, apatah setiap avatar yang dipamerkan menyerupai watak dalam permainan dalam talian (online game).

Tambahan lagi, di Korea dan di barat seksualisma telah lama berakar umbi dalam dunia hiburan dan dunia permainan dalam talian.

Apa-apa pun sama-sama kita lihat perjalanan kumpulan baru ini dan nantikan debut rasmi kumpulan Aespa ini pada 17 November ini nanti, dengan judul lagu mereka iaitu ‘Black Mamba’ di YouTube.

Rujukan: 1, 2, 3

The post K-Pop Girl Group Aespa, Idol Virtual Dan Realiti Yang Memukau Jiwa appeared first on Wanista.com.


10 K-Drama Tema Perubatan Best, Buat Anda Nak Jadi Doktor!

$
0
0

Selain menonton drama komedi romantik yang tipikal, drama perubatan Korea adalah genre yang mempunyai permintaan paling tinggi dalam kalangan peminat K-drama.

Ketegangan yang ditunjukkan dalam drama tersebut boleh mempengaruhi emosi anda apabila melihat ahli perubatan bertungkus lumus berusaha menyelamatkan pesakit mereka.

Drama perubatan ini juga sebenarnya memberikan pelbagai pengetahuan kepada orang awam apabila mereka menerangkannya dalam istilah yang semua orang boleh faham dengan mudah.

Jadi, untuk peminat K-drama, Wanista cadangkan list drama perubatan yang paling best ini untuk kamu menonton hujung minggu ini!

#1 Life 

Ye Jin-woo (Lee Dong Wook) adalah seorang doktor yang mengetahui pengarah hospitalnya telah menggunakan wang daripada hospital tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Ketika kemalangan yang melibatkan pengarahnya terjatuh daripada pangsapuri, kematiannya diangap sebagai satu kemalangan. Tetapi Jin-woo percaya sebenarnya ia lebih daripada sekadar kemalangan.

#2 Hospital Playlist 

Lima orang doktor yang telah berkawan selama 20 tahun sejak di pusat pengajian perubatan akhirnya telah bekerja di sebuah hospital yang sama.

Foto – Hello Kpop

Di samping bekerja, mereka telah membentuk sebuah kumpulan muzik untuk berkongsi minat mereka terhadap muzik dan mengatasi tekanan dalam kehidupan seharian mereka.

#3 Doctor Stranger 

Ditipu dan dihantar ke Korea Utara, Park Hoon (Lee Jong Suk) dan ayahnya Park Cheol (Kim Sang-Joong) dilarang untuk memasuki Korea Selatan. Park Hoon telah dilatih menjadi doktor oleh ayahnya iaitu doktor terkenal.

Foto – Arkib Wanista

Setelah kematian ayahnya, Park Hoon cuba melarikan diri ke Korea Selatan dengan kekasihnya, Jae Hee (Jin-Se-yeon) tetapi pada akhirnya mereka terputus hubungan. Dia telah berasimilasi ke Seoul dengan pelbagai kebohongan yang diciptanya sehingga membuatkan dirinya ditimpa masalah.

#4 Medical Top Team 

Berpusat di Hospital Paran, seorang doktor yang tidak dibayar gaji iaitu Park Tae Shin (Kwon Sang Woo) adalah seorang doktor bedah yang mahir dan berterus terang akan kesalahannya.

Foto – Imdb

Dia telah bekerja keras untuk mendapatkan kedudukan yang kukuh bagi bergabung dengan kakitangan di Hospital Universiti Gwang Hye.

#5 Hospital Ship

Lain daripada yang lain, K-drama ini mengisahkan tentang doktor-doktor muda yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk pulau melalui kapal hospital.

Foto – Arkib Wanista

Terdapat pelbagai doktor termasuklah pakar bedah wanita yang sangat berbakat Song Eun-Jae (Ha Ji-Won) memberikan rawatan perubatan di kampung-kampung di pulau terpencil. Tidak menunjukkan kelemahannya seperti seorang doktor yang ceria iaitu Kwak Hyun (Kang Min-Hyuk).

#6 D-Day

Lee Hae-sung (Kim Young-kwang) dihantar bekerja di sebuah hospital usang yang tidak mempunyai bilik kecemasan setelah tidak mematuhi arahan pengarah hospitalnya.

Foto – Arkib Wanista

Pelbagai kejadian telah berlaku seperti gempa bumi yang menghalang semua jalan untuk mendapatkan rawatan di bandar serta telefon dan elektrik tidak berfungsi. Hae-sung mula menyelamatkan dan merawat orang ramai tetapi apa yang akan berlaku apabila ubat semakin habis?

#7 Dr Romantic 1 & 2 

Kim Sa-bu (Han Suk-kyu), seorang pakar bedah yang terkenal dan secara tiba-tiba turun daripada puncak kariernya. Dia yang ingin menjadi doktor di sebuah bandar kecil dan menggelar dirinya sebagai Dr.Romantic.

Foto – Arkib Wanista

Pada musim kedua, Seo Woo-jin (Ahn Hyo Seop) seorang doktor yang melakukan apa sahaja untuk wang dan Cha Eun Jae (Lee Sung-kyung) iaitu seorang doktor yang sering kali mual ketika pembedahan mempunyai kisah yang menyebabkan mereka dihalang menjadi yang terbaik dalam pekerjaan.

Dengan bantuan Kim Sa-bu, kedua-dua mereka mungkin dapat melepaskan diri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup.

#8 Descendent Of The Sun 

Drama ini mengisahkan tentang seorang doktor, Dr. Kang Mo-Yeon (Song Hye-kyo) yang ditempatkan di zon perang yang telah bercinta dengan seorang kapten unit Pasukan Khas Korea Selatan, Yoo Si-jin (Song Joong-ki).

Foto – Arkib Wanista

Mereka yang kedua-duanya elit di dalam bidang masing masing. Drama ini juga menceritakan bagaimana mereka berjuang dalam kehidupan peribadi mereka secara profesional sambil mempelajari tentang nilai kehidupan.

#9 Doctors 

Dibintangi oleh Park Shin-hye iaitu sebagai Yoo Hye-jung ialah seorang gadis yang beralih daripada remaja bermasalah kepada doktor yang penyayang dan berjaya.

Foto – Arkib Wanista

Dibantu oleh mentornya, Hong Ji-hong (Kim Rae-won) membantu Yoo Hye-jung dalam meneruskan kariernya. Mereka yang menjadi sangat rapat ini membuatkan cinta menjadi rumit.

#10 Emergency Couple 

Menjadi seorang janda dalam meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan, Oh Jin-hee (Song Ji-hyo) tanpa sengaja berada dalam program intership dengan bekas suaminya, Oh Chang-min (Choi Jin-hyu).

Foto – Arkib Wanista

Pelbagai perkara berlaku selepas perpisahan mereka menyebabkan apa yang berlaku selepas itu membawa keceriaan dalam hidup walaupun ada pergaduhan yang berlaku.

Wanista tahu, anda yang menonton K-drama bergenre ini mesti menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor seperti mereka. Jadi tunggu apa lagi, sarungkan lab coat anda serta stethoscope, dan mula menonton drama ini sekarang!

The post 10 K-Drama Tema Perubatan Best, Buat Anda Nak Jadi Doktor! appeared first on Wanista.com.

Gara-Gara Permainan Getah, Produksi Running Man Dikecam Kasari Ahli Dan Tetamu

$
0
0

Mendapat kecaman daripada seluruh peminat rancangan hiburan ini, ‘Running Man‘ dilihat telah membahayakan keselamatan ahli dan tetamu rancangan tersebut. Macam-macam reaksi yang diberikan selepas menonton episod terbaru itu.

Pada episod terbaru itu, penonton melihat Jeon So Min, Song Ji Hyo, Yang Se Chan dan tetamu khas mereka SEVENTEEN, iaitu Hoshi dan Mingyu meletakkan getah di sekeliling muka mereka seberapa banyak yang mungkin.

Peraturan permainan ini adalah siapa yang mempunyai paling banyak bilangan getah akan dikira sebagai pemenang untuk semangkuk ramen. Yang Se Chan yang pertama meletakkan getah itu menyatakan perkara itu lebih menyakitkan lebih daripada apa yang dibayanginya.

Foto – Arkib Wanista

Diikuti dengan Song Ji Hyo dan Jeon So Min yang masing-masing menunjukkan kesakitan yang tidak boleh dibendung melalui reaksi muka. “Getah ini membuatkan mata saya rasa seperti mahu terkeluar,” ujar Jeon So Min.

Foto – Arkib Wanista

Manakala tetamu jemputan ‘Running Man‘ iaitu Hoshi dan Mingyu turut meletakkan getah di muka mereka sebanyak 18 getah dan 22 getah setiap seorang.

Foto – Arkib Wanista

Setelah episod ini ditayangkan, rata-rata peminat mengecam tindakan kumpulan produksi ‘Running Man’ yang membiarkan ahli dan tetamu bermain permainan yang membahayakan mereka.

Bukan sahaja risau tentang keselamatan ahli dan tetamu ‘Running Man‘, malah mereka juga memikirkan tentang keselamatan penonton yang muda di mana tindakan itu boleh ditiru oleh mereka.

“Kanak-kanak menonton ‘Running Man’ sepanjang masa. Adakah pasukan produksi menyedari trend berbahaya ini mungkin akan diikut oleh mereka? Sila buat keputusan yang bijak. Rancangan anda kini berada di televisyen nasional dan seluruh internet. Kanak-kanak akan tiru apa yang dilihat oleh mereka”, ujar salah seorang penonton.

Foto – Kiss Asian

Tidak terhenti pada episod itu sahaja, berdasarkan pratonton, permainan melibatkan getah ini akan diteruskan dalam episod minggu depan yang melibatkan Nam Joo Apink dan Lee Kwang Soo serta beberapa ahli yang lain.

Foto – Allkpop

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Gara-Gara Permainan Getah, Produksi Running Man Dikecam Kasari Ahli Dan Tetamu appeared first on Wanista.com.

7 Sebab Kenapa Mamamoo Hwasa Sangat Unik Berbanding Kpop Idol Wanita Lain

$
0
0

Nama Hwasa dari kumpulan Mamamoo sudah cukup sebati dalam industri muzik Korea, bintang Kpop ini mempunyai karisma dan gayanya yang tersendiri untuk berdiri di pentas arena seni.

Antara bintang Kpop wanita yang lain, Hwasa merupakan antara selebriti yang mempunyai dinamik dan keunikannya yang tersendiri.

Nak tahu apa yang membuatkan artis jelita ini diminati ramai, jom teroka di bawah.

Miliki Karakter Peribadi Yang Kuat Dan Cool

Foto – Arkib Wanista via Instagram Mamamoo Official

Hwasa sangat terkenal dengan memiliki karakter peribadi yang kuat dan juga cool di Korea, sikap dan keperibadian seperti ini membuatkan Hwasa sangat diminati ramai.

Tambahan lagi, bukan semua idol wanita bersikap berani, kuat dan cool seperti Hwasa kerana segan untuk menunjukan diri mereka yang sebenar kepada awam.

Tonjol Kecantikan Diri Tanpa Mengikut ‘Beauty Standard’ Dalam Industri

Hwasa merupakan antara selebriti wanita yang tampil dengan beauty standard yang tersendiri, dirinya tidak mengikut nilai kecantikan yang telah lama berakar umbi di Korea seperti berdiet untuk kurus, memaksa diri untuk kekal langsing dan sebagainya.

Foto – Arkib Wanista via Instagram Maria Hwasa

Bagi Hwasa pandangan beauty standard dalam industri tidak sesuai dengan dirinya, dan Hwasa tampil berani dengan konsep dan gaya tersendiri serta sekaligus menonjolkan kecantikan yang hanya dirinya saja boleh bawa.

Mempunyai Citarasa Fesyen Yang Bold Dan Hot

Hwasa juga sangat terkenal dengan idea citarasa fesyen yang bold dan hot, hinggakan CEO syarikatnya juga terkejut dengan pemilihan konsep fesyennya.

Foto – Arkib Wanista via Instagram Mamamoo Official

Tetapi bagi Hwasa apa yang dipamerkan itu adalah dirinya, dan tiada apa yang salah dengan pemilihan fesyennya. Semua fesyen Hwasa memang tip top, bold dan hot hinggakan fesyen yang digayakannya itu menjadi ikutan dan trend fesyen di Korea.

Sangat Berkeyakinan Dengan Tubuh Dan Warna Kulitnya

Diawal kerjaya Hwasa sebagai penyanyi, dirinya kerap dicemuh dan dikritik seperti “gemuk”, “tak lawa” dan “warna kulit gelap”, tetap lama kelamaan Hwasa berasa yakin terhadap tubuh badannya dan warna kulitnya sendiri.

Foto – Arkib Wanista via Instagram Mamamoo Official

Kritikan Negatif Membakar Semangat Hwasa

Hwasa mempunyai jiwa yang kental, setiap komen negatif dan kritikan yang dilemparkan oleh netizen membakar semangat Hwasa untuk tunjukan siapa dirinya yang sebenar kepada orang ramai.

Foto – Arkib Wanista via Instagram Mamamoo Official

Merupakan Foodie Sejati Dan Tidak Suka Diet

Dalam rakaman ‘Home Alone’ Hwasa tanpa segan silu menunjukan bahawa dirinya adalah seorang foodie sejati, Hwasa cukup bersahaja tanpa dengan memakan dan memesan makanan menerusi rancangan tersebut.

Bukan itu saja, Hwasa dan ahli kumpulan yang lain juga tidak suka berdiet kerana ia akan memberi kesan yang tidak baik pada tubuh dan juga minda.

Lagu Ciptaan Merupakan Mesej Untuk Peminat Dan Diri Sendiri

Dalam video di saluran YouTube STATV, Hwasa menyatakan lagu Maria yang dihasilkannya memberi mesej kepada peminat untuk menjadi diri sendiri, tidak perlu memaksa diri untuk berada dalam kumpulan yang tidak sesuai dengan diri sendiri.

Mesej yang dikongsikan menerusi lagu tersebut bukan saja untuk peminat tetapi juga untuk dirinya sendiri, bahawa diri sendiri merupakan seorang yang hebat dan tangani konflik dalaman dengan baik.

Kalau nak diikut memang banyak aspek kenapa Hwasa dilabel sebagai selebriti wanita Kpop yang unik dan disayangi ramai, tapi cukup dahulu buat masa ini.

The post 7 Sebab Kenapa Mamamoo Hwasa Sangat Unik Berbanding Kpop Idol Wanita Lain appeared first on Wanista.com.

Aktor Kim Seon Ho ‘Hidden Gem’ Dunia Lakonan Di Korea

$
0
0

Nama Kim Seon Ho mula mendapat perhatian ramai dalam industri lakonan Korea, ramai yang tertanya-tanya siapakah aktor kacak ini yang sebenarnya.

Melihat lakonannya yang cukup mantap dalam drama ‘Start Up’, membuktikan bahawa Kim Seon Ho bukan orang baru dalam industri seni lakonan di Korea.

Mula Debut Pada 2009

Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Seon Ho

Aktor tinggi lampai ini mula debut pada tahun 2009 ketika dirinya berusia 24 tahun, di bawah syarikat SY Entertainment.

Pada awal perjalanan Kim Seon Ho, dirinya terlibat dalam beberapa teater muzikal dan perlahan-lahan mengasah bakat lakonannya menerusi lakonan dalam teater muzikal tersebut.

Ini antara teater muzikal lakonan Kin Seon Ho:

  • New Boeing Boeing
  • Sherlock
  • True West
  • Voice of Millenium
  • Closer

Mula Kelihatan Di Televisyen Pada 2017

Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Seon Ho

Meski dirinya debut pada tahun 2009, Seon Ho mula kelihatan di kaca televisyen pada tahun 2017 dengan bergiat aktif dalam program realiti dan juga beberapa drama lain.

Antara drama yang menaikan nama Seon Ho pada tahun 2017 adalah:

  • Good Manager
  • Strongest Delivery Man
  • Two Cops

Antara program realiti Seon Ho terlibat:

  • 2 Days and 1 Night

Hasil kerjanya pada tahun 2017 ini membuatkan nama dikenali seketika, sebelum dilupai oleh orang ramai. Meskipun begitu, Seon Ho tidak berpatah semangat sebaliknya mencari peluang untuk menggilap bakat lakonannya.

Kerja Keras Seon Ho Dalam Dunia Lakonan Berbalas

Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Seon Ho

Selepas namanya mula dilupai dalam industri lakonan, Seon Ho mencari peluang untuk mengasah bakat lakonannya dan sekaligus membuatkan namanya dikenali semula.

Berikut antara drama-drama dan filem yang Seon Ho pernah terlibat:

  • 2018 – Your House Helper
  • 2018 – 100 Days My Prince
  • 2018 – Feel Good To Die
  • 2018 – You Drive Me Crazy (filem)
  • 2019 – Welcome To Waikiki 2
  • 2019 – Catch The Ghost
  • 2020 – Find Me In Your Memory
  • 2020 – Start Up

Drama ‘Start Up’, Naikkan Semula Nama Seon Ho

Rasanya tak keterlaluan untuk menyatakan drama ‘Start Up’ merupakan drama bertuah buat Seon Ho, dirinya yang membawa watak sebagai Han Ji Pyeong dalam drama tersebut berjaya membuatkan penonton menyukai lakonan aktor kacak ini.

Bukan itu saja, senyuman yang diberikan dalam drama ‘Start Up’ ini juga meracuni mata dan hati peminat dengan sekelip mata!

‘Hidden Gem’ Tersembunyi Selama 12 Tahun

Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Seon Ho

Selama 12 tahun berkecimpung dalam industri seni lakonan, baru tahun ini (2020) dirinya ditemui dan bersinar di pentas lakonan.

Kini ramai penonton yang menonton lakonan Seon Ho dalam drama ‘Start Up’ menjadi peminat baru aktor ini dan jumlah pengikut Seon Ho di Instagram kini mencapai 2 juta pengikut dalam masa yang singkat!

Diharap selepas ini, Seon Ho dapat hadiahkan buah tangan lakonannya kepada peminat serta memukau mata dan hati penonton dengan bakat lakonannya yang mantap di masa akan datang.

Rujukan: 1, 2

The post Aktor Kim Seon Ho ‘Hidden Gem’ Dunia Lakonan Di Korea appeared first on Wanista.com.

Lelaki Paling Seksi Di Dunia Jadi Milik Pelakon Black Panther Ini

$
0
0

Bukan senang nak dapat tittle “Sexiest Man Alive” ini kerana perlu bersaing dengan beberapa orang pencalonan lagi.

Michael B. Jordan iaitu seorang pelakon Amerika Syarikat yang terkenal sebagai watak penjahat, Erik Killmonger dalam filem Black Panther telah menewaskan John Legend untuk gelaran “Sexiest Man Alive“.

Majalah People yang mendedahkan pilihannya untuk merangkul gelaran tersebut menerusi episod khas di Jimmy Kimmel Live!. Memberikan tanda tanya kepada orang ramai, Michael muncul dengan memakai yellow hazmat suit dalam rancangan tersebut.

Beberapa penonton telah dipanggil untuk meneka siapakah di sebalik suit itu. Michael yang mengetahui rakan-rakannya pasti menyebarkan tentang berita itu, membuka suit tersebut setelah diteka dengan betul oleh penonton.

Menerusi pengumuman tersebut, ahli keluarganya sangat gembira terutamanya saudara perempuannya. “Semasa nenek saya masih hidup, beliau akan mengumpul tentang isu-isu “Sexiest Man Alive” dan pada masa yang sama, ibu dan ibu saudara saya pun turut membacanya”, ujar Michael.

Foto – Lupus LA

Walaupun masih baru dalam dunia Hollywood, Michael mengatakan keluarganya memainkan peranan terpenting dalam dirinya, “Saya bersyukur kerana mereka, saya dapat jadi diri saya yang sekarang”.

Michael yang bakal membintangi filem action thriller, Without Remorse yang bakal ditayangkan pada 2021, iaitu memegang watak sebagai bekas anggota Navy SEAL yang menjadi CIA kerana ingin membalas kematian kekasihnya.

Sebelum Michael, beberapa selebriti lain juga telah merangkul gelaran People’s “Sexiest Man Alive” seperti Idris Elba (pelakon),  David Beckham (pemain bola sepak), Adam Levine (penyanyi) dan Blake Shelton (hakim The Voice).

RUJUKAN: 1, 2,

The post Lelaki Paling Seksi Di Dunia Jadi Milik Pelakon Black Panther Ini appeared first on Wanista.com.

Aktres Emma Corrin Kata Bukan ‘Mudah’ Bawa Watak Puteri Diana

$
0
0

Gerun dan tak mudah untuk membawa watak sebagai Princess Diana dengan sempurna. Lain daripada yang lain, tiada seorang pelakon pun yang berjaya membawa watak tersebut dan meninggalkan kesan kepada penonton selain Emma Corrin.

Mula mendapat tawaran untuk membawa watak Princess Diana pada Mac 2019 dan memulakan pengambaraan pada September 2019, Emma yang dilihat memiliki kemiripan yang sama seperti Princess Diana dari segi penampilan sehinggalah gerak geri.

Memerlukan banyak kerja untuk menjayakan watak tersebut, Emma telah menghabiskan masanya dengan membuat persiapan. Daripada mengumpul biografi, dokumentari, gambar dan sehinggalah rakaman suara, dia inginkan watak ini berjaya.

Semua kerja keras Emma akhirnya membuahkan hasil. Kini peminat The Crown tidak  habis bercakap tentangnya yang pandai membawa dan mendalami watak Princess Diana.

Jika anda tertanya-tanya bagaimanakan dia berjaya mendalami watak tersebut, Emma telah berkongsi beberapa perkara yang membuatkan watak yang dibawanya mirip Princess Diana.

#1 Suara 

“Ada satu perkataan iaitu ‘alright’ yang membuatkan saya memahami dan mendapat ton suaranya. Nadanya sering mendatar dari awal tetapi di penghujung ayatnya, ton suaranya akan jatuh dan saya membayangkannya sebuah garis yang lurus dan kemudiannya jatuh seperti di tebing di hujungnya”, ujar Emma.

Selain daripada meniru perkataan yang sering digunakan oleh Princess Diana, Emma turut menonton sebuah dokumentari Diana: In Her Own Words yang berkisahkan tentang Princess Diana dan kehidupannya. Melalui dokumentari inilah dia mempelajari tentang siapakah beliau sebenarnya.

Dalam pada masa yang sama, dia juga mendapatkan bantuan daripada William Conica iaitu guru dialek untuk mempelajari dan mendapatkan ton suara miripnya.

“Anda boleh mendengar suara seseorang dan cuba menirunya tetapi dalam siri ini kami tidak meniru malah William membantu saya fahamkan kenapa beliau bercakap begitu, dan belajar untuk kekalkan perbualan mirip sepertinya”, ujarnya.

#2 Gerakan 

Untuk siri musim ini, Emma mengatakan dia telah menjalani latihan menari kerana dia bukanlah seorang penari dan Princess Diana sangat menyukai tarian.

“Saya bukan seorang penari yang baik, tetapi adegan dalam siri ini membuatkan saya menikmatinya kerana tiada koreografi. Hanya saya sahaja yang berpusing dan melepaskan apa yang saya tahu”, ujarnya.

Foto – History Extra

Adegan tarian ini juga membuatkan Emma berasa sangat dekat dan memahami Princess Diana, “Begitu banyak perkara yang ditanggungnya, melalui cara inilah beliau luahkan semuanya. Kini saya faham kenapa beliau sangat suka menari”.

#3 Penampilan  

Pakaian-pakaian yang mirip dengan Princess Diana telah dihasilkan oleh Amy Roberts dan Sid Roberts iaitu pakaian-pakaian yang vintaj, Emma mengatakan dia sering merasakan seperti wataknya ketika memakainya.

Jika dilihat pakaian dan warna memang sama, tetapi Emma mengatakan ada perbezaan bagi setiap pakaian yang dibuat oleh mereka dengan yang asal dan jika dilihat secara betul, setiap penonton boleh membezakannya.

Foto – Indie Wire

Bagi dirinya yang tiada memori dan tidak mengenali diri Princess Diana, Emma juga telah berjumpa dengan setiausaha peribadi Princess Diana, Patrick Jephson.

“Untuk mendalami dan memahami watak, saya telah bercakap dengan setiausahanya. Dia hanya mengatakan Princess Diana seorang yang sangat ringkas dan gembira. Jika anda mengenalinya dengan baik, dalam masa sekejap sahaja dia boleh tertawa dengan anda”, ujar Emma.

#4 Skrip

Mengenai skrip pula, untuk berjaya membawa watak seperti Princess Diana, Emma mengatakan gambaran tentang beliau sangat penting untuk menjayakannya.

Hanya berpegang kepada skrip dan intuition yang dapat sahaja, sesebuah pelakon itu boleh membawa watak tersebut. Tidak perlu mendengarkan apa yang dikatakan oleh orang lain tetapi bagaimana seseorang itu menjiwai watak tersebut.

Foto – Inquirer

“Siri The Crown ini sangat bagus kerana mereka telah menggantikan pelakon bagi setiap dua musim. Ini menunjukkan pihak produksi telah melihat bagaimana setiap seorang itu memberikan gambaran yang berbeza dan mirip seperti yang dicari oleh mereka”, ujarnya.

Tak mudah kan? Untuk menjayakan sesuatu watak malah melibatkan satu watak yang pernah menjadi kontroversi, ia memerlukan kerja keras kerana ramai penonton yang akan mengkritik dan memberikan tekanan jika tidak seperti apa yang berlaku di dalam dunia realitinya.

RUJUKAN: 1, 2

The post Aktres Emma Corrin Kata Bukan ‘Mudah’ Bawa Watak Puteri Diana appeared first on Wanista.com.

10 Kpop Idol Tak Ikut ‘Beauty Standard’ Korea, Yang Penting Yakin

$
0
0

Industri K-pop yang dipenuhi dengan pelbagai hal yang luar biasa, bakat dan strategi menjadikan seseorang individu atau sebuah kumpulan itu lebih popular.

Tetapi bukan mudah untuk menjadi selebriti K-pop kerana setiap individu perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan untuk diterima oleh syarikat.

Industri ini yang terkenal dengan standard kecantikan tersendiri, tidak hairanlah jika ada selebriti yang dikaitkan dengan pembedahan plastik kerana standard ini semakin lama, semakin lebih ketat, menyakitkan dan berisiko.

Standard kecantikan dalam industri K-pop adalah mereka sangat mengutamakan individu yang mempunyai sosok badan yang langsing, kulit yang tiada cacat cela, muka berbentuk V, kulit yang cerah, kening yang terbentuk elok, tinggi serta berat ideal, dan paling penting mempunyai mata yang besar.

Berbeza dengan beberapa selebriti ini, standard kecantikan tidak berada dalam kamus kehidupan mereka. Malah, mereka lebih menghargai apa yang mereka ada sekarang berbanding mengikuti piawaian standard kecantikan.

#1 CL (2NE1)

Diejek ‘hodoh’ oleh agensi sendiri, kini CL telah menjadi salah seorang selebriti yang terkenal dalam industri. Memiliki mata yang kecil dan badan yang berbentuk curvy, CL tidak menepati ciri-ciri standard kecantikan.

Foto – The News Strait Times / Pinterest

Tidak hairan akan hal itu, CL yang menyayangi dirinya mula menjadikan keunikaannya sebagai satu identiti. Terkenal dengan solekan eyeliner yang tebal dan smokey eyes, CL berasa lebih yakin dengan dirinya.

#2 JESSI

Selebriti wanita seharusnya kelihatan lebih feminin, sopan dan manis, tetapi berbeza dengan Jessi, dia seorang selebriti yang sering menghapuskan stereotaip  dan menentang standard kecantikan dalam industri.

Foto – Allkpop

Menjadi seorang wanita yang mempunyai kulit tan dan badan berbentuk curvy, Jessi lebih gemar memilih pakaian yang menarik dan cenderung untuk tampilkan sisi berani dan seksi.

#3 HWASA (MAMAMOO)

Mendapat perhatian berbanding ahli yang lain, Hwasa sering memilih penampilan yang berani dan sesuai dengan kulitnya serta bentuk badannya yang curvy.

Foto – Pinterest

Dia sering meneroka rangkaian produk kecantikan yang sesuai dengan kulitnya. Menjadi rutinnya, Hwasa akan memakai solekan mata yang berani sehingga warna bibir matte yang lebih gelap membuatkan dia tidak peduli tentang standard kecantikan dalam industri.

#4 AMBER LIU (F(X))

Berjaya mengekspresikan diri dengan bebas melalui pakaian, Amber juga menggunakan tatu sebagai bentuk ekspresi.

Foto – Pinterest

Walaupun masih dipandang serong di Korea Selatan, melalui tatu dan fesyen androgyny ini Amber telah menunjukkan kepada peminatnya, bahawa dia tidak memerlukan standard kecantikan untuk diterima dalam masyarakat.

#5 G-DRAGON (BIGBANG)

Tidak hanya stick to gaya maskulin, G-Dragon sering menggayakan beberapa fesyen sama ada maskulin atau feminin dengan sempurna.

Foto – Pinterest / Allkpop

Boleh menjadi sangat maskulin, memakai fesyen androgyny atau gaya feminin, G-Dragon tidak takut untuk mencuba gaya yang memerlukan pemakaian lipstick, riasan kuku atau akseseori yang lain.

#6 WOOZI (SEVENTEEN)

Tidak memerlukan ketinggian yang ideal untuk berada dalam kumpulan SEVENTEEN, Woozi telah buktikan standard kecantikan yang diperlukan dalam industri tidak menghalangnya.

Foto – Allkpop / Twitter

Walaupun dia lebih rendah berbanding dengan ahli yang lain, Woozi mempunyai sisi yang berani dan maskulin dalam kumpulannya.

#7 SHINDONG (SUPER JUNIOR)

Untuk menjadi ahli dalam kumpulan lelaki, seseorang itu mestilah kacak, mempunyai ketinggian yang ideal dan mempunyai sosok badan yang kurus. Berbeza dengan seorang ahli Super Junior ini, Shindong merupakan seorang yang berbadan gempal.

Foto – Kpop Map / Pinterest

Tidak menjadi masalah, bakatnya yang menyerlah dan bertenaga membuatkan dirinya sering menjadi perhatian peminat dan bakatnya dihargai.

#8 NANCY (MOMOLAND) 

Tidak menepati ciri-ciri standard kecantikan, Nancy yang dilahirkan sebagai seorang kacukan Amerika-Korea, sememangnya seorang yang sangat cantik!

Foto – Pinterest

Memiliki bentuk badan yang curvy, ia tidak menghalang Nancy daripada terus berada dalam industri ini. Sering kelihatan bergaya dengan pakaian yang dipakainya, ini menunjukkan standard kecantikan itu tidak memberi apa-apa makna padanya.

#9 JIHYO (TWICE)

Tidak seperti selebriti yang lain, Jihyo sangat berani untuk keluar tanpa memakai makeup. Selesa dalam warna kulitnya yang sedikit gelap, Jihyo kelihatan lebih glow berbanding ahli yang lain.

Foto – Reddit

Kecantikkan Jihyo menunjukkan bukan sahaja dalam industri K-pop malah di Korea Selatan, mempunyai warna kulit yang gelap tidak menjadi masalah malah ia menjadi lebih cantik berbanding yang lain.

#10 HYOLYN (SISTAR)

Tidak takut untuk mempamerkan tatunya yang besar, Hyolyn sering dilihat berani memakai pakaian yang seksi dan sesuai mengikut gayanya tersendiri.

Foto – Pinterest

Mempunyai kulit yang gelap, ia tidak menghalang Hyolyn untuk terus berkarya malah, dia sering diberikan perhatian kerana keunikannya.

Tak kiralah dalam industri K-pop atau di mana-mana sahaja, standard kecantikan yang ketat dan berisiko ini memberikan kesan kepada mereka yang berkecimpung dalam dunia tersebut. Daripada terus menyeksa diri, lebih baik menjadi diri sendiri.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post 10 Kpop Idol Tak Ikut ‘Beauty Standard’ Korea, Yang Penting Yakin appeared first on Wanista.com.


10 Selebriti Tak Malu Mengaku LGBTQ Pada Dunia

$
0
0

Saban tahun semakin ramai selebriti mengakui bahawa diri mereka sebenarnya merupakan dari komuniti LGBTQ, bukan saja mereka tidak malu mengakui identiti tersebut sebaliknya mereka berasa bangga.

Meski mereka tahu identiti ini sukar diterima secara umum, tetapi mereka tetap memilih untuk berada dilandasan LGBTQ ini kerana yakin itu adalah diri mereka yang sebenar.

Berikut beberapa nama selebriti terkenal dunia, yang tidak segan mengakui bahawa diri mereka adalah dari komuniti LGBTQ.

Halsey – Bisexual

Foto – Arkib Wanista via Instagram Halsey

Brendon Urie – Pansexual

Foto – Arkib Wanista via Instagram Brendon Urie

Ellen DeGeneres – Lesbian

Foto – Arkib Wanista via Instagram Ellen DeGeneres FC

Billy Porter – Gay

Foto – Arkib Wanista via Instagram Billy Porter

Miley Cyrus – Pansexual

Foto – Arkib Wanista via Instagram Miley Cyrus

Nur Sajat – Transgender

Foto – Arkib Wanista via Instagram Nur Sajat

Safiey Illias – Transgender

Foto – Arkib Wanista via Instagram Safiey Illias 94

Jessie Chung – Transgender

Foto – Arkib Wanista via Instagram Jessie Chung Official

Arielle Keil – Transgender

Foto – Arkib Wanista

Hong Seok Cheon – Gay

Foto – Arkib Wanista

Mereka ini antara selebriti yang cukup berani mengakui identiti diri mereka sebagai komuniti LGBTQ kepada dunia, meski banyak kritikan dan kecaman diterima mereka terima dengan terbuka kerana tahu bukan semua orang boleh menerima identiti seperti ini.

Rujukan: 1, 2, 3,

The post 10 Selebriti Tak Malu Mengaku LGBTQ Pada Dunia appeared first on Wanista.com.

10 Selebriti Wanita Tak Malu Tunjuk Bulu Ketiak, Anggap Sebagai Keyakinan Diri

$
0
0

Sesetengah selebriti wanita mempunyai bulu ketiak amat memalukan bagi mereka, apatah lagi menayangkannya di hadapan umum.

Tapi bagi segelintir selebriti wanita yang lain, mereka tidak malu mempunyai bulu ketiak sebaliknya menganggap ianya adalah sebagai lambang keyakinan dan keanggunan seorang wanita.

Ini antara beberapa selebriti terkenal dunia, yang tidak segan silu menayangkan bulu ketiak mereka di hadapan umum.

Sophia Loren

Foto – Arkib Wanista

Julia Roberts

Foto – Arkib Wanista

Lola Kirbe

Foto – Arkib Wanista

Drew Barrymore

Foto – Arkib Wanista

Penelope Cruz

Foto – Arkib Wanista

Britney Spears

Foto – Arkib Wanista

Juliette Lewis

Foto – Arkib Wanista

Lady Gaga

Foto – Arkib Wanista

Miley Cyrus

Foto – Arkib Wanista

Kelly Rowland

Foto – Arkib Wanista

Wanita tidak perlu malu memiliki bulu ketiak, sebaliknya anggap ia adalah sebagai lambang keyakinan diri wanita yang perlu ditonjolkan.

Lagipun bukankah bulu ketiak juga sebahagian daripada diri wanita?

Selamat beramal♥

Rujukan

The post 10 Selebriti Wanita Tak Malu Tunjuk Bulu Ketiak, Anggap Sebagai Keyakinan Diri appeared first on Wanista.com.

Peminat Kpop Sanggup Habis Beribu Duit Untuk Idol Kesayangan

$
0
0

Rasanya tak keterlaluan untuk menyatakan majoriti peminat Kpop, memang sanggup berbelanja besar untuk idol kesayangan masing-masing.

Tidak kira peminat wanita atau lelaki, masing-masing sanggup keringkan duit poket demi membeli produk barangan idol kesukaan masing-masing.

Super Fan Sanggup Belanja Besar

Foto – Arkib Wanista

Berdasarkan syarikat iPrice, iaitu salah satu kumpulan pengumpulan data terbesar dalam pengutipan data e-dagang di Asia Tenggara, mendapati rata-rata ramai peminat Kpop sanggup berbelanja besar untuk idol mereka.

Antara barangan yang super fans sanggup habiskan duit adalah:

  • Album
  • Cawan
  • Key Chain
  • Pakaian (seperti baju dan seluar)
  • Topi
  • Kasut
  • Beg
  • Pelekat
  • Light stick
  • Kipas
  • Fail
  • Patung
  • Bantal
  • Aksesori lain
  • Tiket konsert

Peminat Idol Mana Paling Tinggi Menghabiskan Duit?

Foto – Arkib Wanista

Berdasarkan kajian dan pengumpulan data dari iPrice ini, ramai peminat sanggup berbelanja sakan untuk tiga kumpulan idol Kpop ini iaitu Blackpink, Twice dan BTS.

Tiga kumpulan idol gergasi ini membuatkan peminat sanggup mengeluarkan duit untuk mendapatkan barangan artis kegemaran dijual di pasaran.

Fandom Sanggup Habis Beribu Beli Barang Idol

Menjadi peminat sejati idol Kpop, membuatkan peminat berasa wajib membeli kesemua barangan keluaran idol kesayangan.

Kalau nak tahu ramai peminat dari Blink, Once dan Army menghabiskan duit sehingga beribu ringgit untuk membeli produk keluaran idol masing-masing.

Foto – Arkib Wanista
  • BTS – Army sanggup berbelanja sehingga mencecah $1,422 atau RM9,144 untuk album, tiket konsert dan merchandise.
  • Twice – Once pula sanggup berbelanja sehingga mencecah $824 atau RM3,362 untuk album, tiket konsert dan merchandise.
  • Blackpink – Blinks pula sanggup berbelanja sehingga $665 atau RM2,713 untuk album, tiket konsert dan merchandise.

Die-Hard-Fan Sanggup Buat Apa Saja Untuk Idol Kesayangan

Foto – MTV News

Melihat jumlah wang yang mampu dibelanjakan oleh peminat idol Kpop ini, membuktikan mereka sanggup melakukan apa saja untuk idol mereka.

Menjadi die-hard-fan bukan mudah kerana wang perlu sentiasa ada di poket, untuk berbelanja barangan dan produk keluaran idol masing-masing.

Adakah kamu juga sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk idol kesayangan?

The post Peminat Kpop Sanggup Habis Beribu Duit Untuk Idol Kesayangan appeared first on Wanista.com.

Selain Bae Suzy, 8 Selebriti Korea Jadi Hartawan Dengan Nilai Lebih RM42 Juta

$
0
0

Apabila menjadi selebriti yang terkenal bukan sahaja di negara sendiri malah seluruh dunia mesti sangat menguntungkan. Ini kerana pendapatan selebriti ini akan menaik daripada standard biasa disebabkan oleh kepopularannya.

Mudah seperti selebriti Korea, mereka sering mempunyai peminat tidak kira generasi dan negara. Mesti ada peminat tersendiri. Jika difikirkan, mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi ini, wang tersebut dibuat sebagai apa?

Bagi selebriti Korea yang mempunyai pendapatan yang tinggi, mereka mengambil penyelesaian ini dengan melabur dalam hartanah.

Selebriti-selebriti ini hanyalah memiliki hartanah yang mewah untuk disewakan. Ini kerana alternatif ini membuatkan mereka meraih lagi pendapatan yang lumayan dan mengembangkan ‘pengumpulan’ harta dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Bagi kamu yang tidak tahu, selebriti-selebriti ini telah menjadi jutawan hartanah dalam sekelip mata dengan pendapatan lumayan mereka.

YoonA (Girls’ Generation)

YonnA yang merupakan salah satu ahli kumpulan Girls’ Generation, dikatakan sebagai salah satu jutawan hartanah yang terkenal dan terkaya dalam industri K-pop.

Foto – Twitter

Pada bulan Oktober 2018, YoonA telah membeli sebuah bangunan yang mempunyai reka bentuk moden dengan nilai lebih daripada RM 35 juta yang terletak di kawasan Cheongdam-dong.

Bangunan ini yang mempunyai enam tingkat secara keseluruhannya menjadi salah satu penyelesaian yang terbaik bagi memperoleh pulangan pelaburan yang tinggi dalam sektor hartanah.

Taeyang (Big Bang)

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Eyes, Nose, Lips ini? Salah seorang ahli kumpulan Big Bang ini telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu Min Hyo Rin.

Foto – Pinterest / Twitter

Bagi pasangan yang baru berkahwin, mestilah setiap pasangan akan mengimpikan bulan madu yang mewah dan memori yang terindah. Berbeza dengan Taeyang, dia telah membeli sebuah rumah yang mahal tetapi sangat berbaloi!

Selepas sahaja berkahwin, dia telah membeli sebuah vila di Janghak Paarc Hannam yang bernilai hampir RM 54 juta. Dengan pemandangan yang indah dan sangat eksklusif ini, siapa sahaja yang tidak seronok, betul tak?

Yuri (Girls’ Generation)

Selain YoonA, Yuri juga merupakan salah satu ahli Girls’ Generation yang meraih pendapatan yang tinggi dan mengambil kesempatan ini dengan melabur dalam sektor hartanah.

Foto – Pinterets / Wow Korea

Yuri yang membeli sebuah hartanah di Nonhyeon-dong, Gangnam pada tahun ini dengan nilai sebanyak RM 46 juta. Mendapat pujian daripada agen-agen hartanah, Yuri telah membuat keputusan yang mendatangkan keuntungan kepadanya. Ini kerana bangunan yang dibelinya itu terletak di kawasan yang strategik dan ideal.

Park Seo Joon 

Pelakon Itaewon Class dan Fight For My Way, Park Seo Joon dikatakan telah membeli sebuah bangunan untuk dirinya di Sinsa-dong, Gangnam. Walaupun ianya sebuah bangunan yang lama, tetapi pulangan yang dia perolehi mendatangkan keuntungunan sebanyak Rm 40 juta.

Foto – Pinterest / Fakta.id

Terletak di lokasi yang strategik, bangunan yang mempunyai lima tingkat dan satu tingkat bawah tanah ini, Park Seo Joon membenarkan pakar rambut dan solekannya berpindah ke tingkat atas bangunan tersebut dengan kos yang lebih rendah.

Son Ye Jin

Terkenal dengan watak, Yoon Se Ri dalam drama Crash Landing On You, Son Ye Jin telah membeli sebuah bangunan baru yang terletak di Sinsa-dong, Gangnam dengan nilai sekitar RM 57 juta.

Foto – Pinterest / All Korea Times

Pada tahun 2015, Seo Ye Jin telah memperoleh keuntungan sebanyak RM 15 juta untuk bangunannya yang dibeli di kawasan Seogyeo-dong, Mapo yang telah dijual pada harga RM 48 juta.

Rain 

Seperiti YoonA yang memiliki bangunan mahal di Cheongdam-dong, Rain juga telah membeli hartanah di kawasan yang sama dan dikenali sebagai Rain Avenue.

Foto – Allkpop / Korea.net

Hartanah yang dibelinya itu pada tahun 2008 berharga sekitar RM 61 juta. Tahun demi tahun, nilai hartanahnya telah meningkat menjadi RM 118 juta.

Kwon Sang Woo 

Popular dengan drama Stairway To Heaven (2003), Kwon Sang Woo telah memberitahu bahawa keluarga susah dahulu dan dia impikan untuk memiliki sebuah rumah. Disebabkan impiannya, dia telah memiliki hartanah yang berniali hampir RM 383 juta.

Foto – Asian Stars / Pinterest

Pada tahun 2013, dia telah membeli sebuah bangunan yang mempunyai tujuh tingkat di Bundang-gu, Seoul dengan harga hampir RM 98 juta. Bangunan tersebut dinamakan sebagai Rookie 1129 bersempena dengan nama anaknya dan tarikh hari jadi ibunya.

Jung Ji Hyun 

Drama My Love From The Star (2013) yang menjadi hit, pelakon Jung Ji Hyun telah memiliki sebuah hartanah di Samseong-dong dan Nonhyeon-dong yang bernilai hampri RM 371 juta yang dibelinya secara tunai.

Foto – Pinterest / Viva.co.id

Pada awal tahun ini, Jung Ji Hyun juga dikatakan ‘kedekut’ apabila hanya memberikan potongan sebanyak 10% pada penyewanya disebabkan Covid-19.

Bae Suzy 

Namanya yang menjadi hit lagi dalam drama yang sedang berlangsung, Start-Up, Bae Suzy dikatakan sebagai salah satu selebriti yang mempunyai rumah yang paling mahal.

Foto – Pinterest / Twitter

Dia yang kini tinggal di sebuah flat yang berharga sekitar 13 juta dalam pasaran hartanah semasa. Bae Suzy juga memiliki sebuah bangunan di Gangnam yang bernilai RM 12 juta pada tahun 2016 dan memperoleh sebanyak RM 54 ribu setiap bulan disebabkan penyewaan.

Seperti selebriti-selebriti ini, jika kamu mempunyai harta dan jumlah pendapatan yang tinggi, lebih baik dilaburkan dalam sektor hartanah. Bukan sahaja boleh menjadi sumber pendapatan tambahan, malah dapat memberikan jaminan untuk sepanjang hidup.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Selain Bae Suzy, 8 Selebriti Korea Jadi Hartawan Dengan Nilai Lebih RM42 Juta appeared first on Wanista.com.

Netizen Kritik Rancangan ‘Saved By The Bell’ Bergurau Pasal Kesihatan Selena Gomez

$
0
0

Rancangan ‘Saved By The Bell’ menerima kritikan dan kecaman daripada netizen yang menonton rancangan tersebut baru-baru ini, kerana rancangan tersebut menggunakan kesihatan buah pinggang Selena Gomez sebagai gurauan.

Seperti ramai yang sedia maklum, Selena Gomez sebelum ini pernah menjalani rawatan pemindahan buah pinggang kerana masalah kesihatan yang dialaminya.

Tetapi kini prosedur dan pemindahan rawatan buah pinggang Selena dijadikan bahan gurauan, dan topik dalam rancangan televisyen tersebut.

Guna Pemindahan Buah Pinggang Selena Sebagai Topik Gurauan

Dalam rancangan tersebut, terdapat dialog bualan diantara pelajar Bayside High yang bergurau senda mengenai buah pinggang Selena Gomez.

“Saya tahu ianya fakta yang buah pinggang Selena Gomez didermakan oleh mak Justin Bieber.

Tuhan saya harap saya mempunyai telefon untuk buktikannya.

Nak buktikan apa? Yang kamu seorang yang bodoh?

Ianya buah pinggang Demi Lovato, merekakan kawan baik macam saya dan kamu.”

Terdapat Tulisan Graffiti Mengejek Buah Pinggang Selena Gomez

Foto – Arkib Wanista via Twitter

Tidak cukup bergurau secara berdialog dalam rancangan tersebut, produksi ‘Saved By The Bell’ menambah prop tulisan graffiti yang seolah-olah mengejek buah pinggang Selena Gomez dengan ayat “Selena Gomez ada ke buah pinggang sebenarnya?”.

Netizen Kritik Dan Kecam Produksi Rancangan

Netizen yang menonton rancangan tersebut rata-rata terkejut dengan topik bualan yang dijadikan bahan gurauan dalam rancangan tersebut.

Dan ramai netizen terutama peminat Selena Gomez mengkritik dan mengecam pihak produksi, penerbit dan penulis rancangan ‘Saved By The Bell’, di sosial media kerana menjadikan isu kesihatan seseorang sebagai bahan gurauan.

Isu Kesihatan Individu Tak Patut Dijadikan Bahan Gurauan Dalam Rancangan Televisyen

Ramai netizen menyoalkan tahap pemikiran dan idea pihak produksi ‘Saved By The Bell’, kerana menjadikan isu kesihatan individu sebagai topik dan bahan gurau dalam rancangan televisyen.

Walhal isu sensitif seperti ini tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan, apatah lagi ia dipamerkan dalam bentuk tontonan umum sebegitu kepada orang awam.

Foto – Arkib Wanista via Instagram Selena Gomez

Dengan kritikan yang diterima pihak produksi, penerbit dan penulis rancangan ‘Saved By The Bell’ di sosial media, membuatkan mereka tampil memohon maaf kepada Selena Gomez dan orang ramai.

Tetapi malangnya netizen tetap tidak berpuas hati terhadap pihak produksi rancangan televisyen tersebut, dan berharap tiada lagi isu sensitif seperti ini dijadikan bahan gurauan dalam mana-mana rancangan televisyen.

Rujukan

The post Netizen Kritik Rancangan ‘Saved By The Bell’ Bergurau Pasal Kesihatan Selena Gomez appeared first on Wanista.com.

Kris Jenner Hasilkan Rumah Biskut Untuk Anak Sebagai Hadiah Hari Krismas

$
0
0

Hari Krismas yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi membuatkan ramai selebriti antarabangsa sibuk menghias rumah dan merancang untuk membeli hadiah untuk Hari Krismas nanti.

Tapi nampaknya Kris Jenner menyediakan hadiah untuk anak menantunya lebih awal dan paling penting ianya menggambarkan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.

Guna Bakat Memasak Untuk ‘Masak’ Hadiah Anak

Foto – The New York Times

Seperti sedia maklum, Kris Jenner memang cukup suka memasak dan menghasilkan banyak makanan yang lazat untuk ahli keluarganya.

Ibu kepada enam orang anak cahaya mata ini, menggunakan bakat memasaknya untuk menghasilkan hadiah bermakna untuk anak-anaknya.

Hasilkan Rumah Biskut Gergasi

Foto – Arkib Wanista via Cosmopolitan

Kris Jenner menghasilkan ginger bread house, atau rumah biskut halia bersaiz gergasi sebagai hadiah Hari Krismas untuk anak-anaknya.

Rumah biskut yang dihasilkan penuh dengan ketelitian dan kesabaran, dengan tulisan nama anak, menantu dan cucu kesayangan pada rumah biskut halia tersebut.

Koleksi Rumah Biskut Halia Gergasi Anak-Anak Kris Jenner

Sesiapa yang mendapat hadiah Hari Krismas awal pastinya berasa tersentuh, apatah lagi ianya hadiah daripada ibu tercinta. Berikut adalah beberapa foto rumah biskut halia yang dimuatnaik oleh anak-anak Kris Jenner, di Instastory.

Rumah Biskut Kim Kardashian

Foto – Arkib Wanista

Rumah Biskut Kourtney Kardashian

Foto – Arkib Wanista

Rumah Biskut Khloe Kardashian

Rumah Biskut Kendall Jenner

Foto – Arkib Wanista

Rumah Biskut Kylie Jenner

Foto – Arkib Wanista

Untuk anak-anak Kris Jenner setiap tahun dapat hadiah rumah biskut halia gergasi macam ini, bukan senang nak buat terutama nak menulis nama anak, menantu dan cucu memang lenguh tangan!

Rujukan

The post Kris Jenner Hasilkan Rumah Biskut Untuk Anak Sebagai Hadiah Hari Krismas appeared first on Wanista.com.

Priyanka Chopra Dedah Kisah Lucu Gaun Dipakainya Masa Miss World 2000

$
0
0

Dah 20 tahun berlalu, tapi moment merangkul mahkota Miss World pada 2000 tidak mungkin akan dilupakan jelitawan Priyanka Chopra.

Buka semula cerita lama, Priyanka mendedahkan bahawa disebalik kemenangannya, tersingkap kisah lucu pada gaun yang dipakai.

Gaun Nak Terlondeh, Terpaksa Taped

Priyanka menjelaskan dia mengalami kecelakaan pada gaun ketika dinobatkan sebagai Miss World 2000.

Foto – Arkib Wanista

“Saya menang Miss World, tetapi gaun saya hampir terlondeh dan terpaksa taped. Keadaan itu menyebabkan saya tertekan dan berpeluh hingga pita pelekat tercabut.

“Dan sepanjang masa saya terpaksa melakukan gesture ‘namaste’ walhal sebenarnya sedang memegang gaun. Sangat tidak selesa!,” kenang Priyanka yang berusia 18 tahun ketika itu.

Korset Gaun Met Gala

Lagi sekali Priyanka tidak bernasib baik bila menghadirkan diri ke Met Gala 2018. Isteri Nick Jonas menjelaskan bagaimana dia berjaya mengharungi karpet merah dalam keadaan tidak selesa.

Foto – Arkib Wanista

“Saya menyarung gaun Ralph Lauren warna maroon, tetapi yang buat masalah adalah korset di dalamnya, terlalu ketat hingga saya tidak dapat bernafas.

“Saya merasa seperti ia membentuk semula tulang rusuk saya. Begitu sukar untuk duduk semasa makan malam dan saya tidak dapat makan terlalu banyak pada malam itu, “katanya.

Macam-macam hal. Tak dapat bayangkan bertapa gemuruh keadaan Priyanka ketika Miss World. Bagaimana nak kekal senyum, nak melambai padahal gaun tengah…

RUJUKAN : 123

The post Priyanka Chopra Dedah Kisah Lucu Gaun Dipakainya Masa Miss World 2000 appeared first on Wanista.com.


Sangat Berpengaruh, Ramai Orang Follow Hanis Zalikha Sebab 4 Perkara Ini!

$
0
0

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Hanis Zalikha? Daripada menjadi seorang blogger sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya, namanya tidak lagi asing dalam negara.

Dalam pada masa yang sama, jika kamu search nama @HanisZalikha, dia juga sebenarnya seorang influencer yang mempunyai hampir 6 juta pengikut di Instagram.

Apa yang membuatkan ramai mengikuti akaun tersebut?

Kalau kamu mengikutinya, pasti pelbagai manfaat boleh diperolehi daripada Instagram miliknya. Daripada resepi masakan harian, makanan bayi sehinggalah tips tentang rumah semuanya dikongsi oleh Hanis.

Siapa Hanis Zalikha?

Pada awalnya, Hanis Zalikha atau mesra dikenali sebagai Keknis merupakan seorang pelajar dan blogger aktif di Ini Belog Saya. Menerusi blog miliknya, kamu boleh dapati pelbagai jenis tips berkaitan dengan pembelajaran, penjagaan diri bagi wanita dan rutin hariannya.

Menggunakan lenggok bahasa yang bersahaja, tidak hairanlah blog miliknya mendapat pengikut yang ramai. Sejak daripada situ, Keknis mula menceburi bidang permodelan dan lakonan.

Foto – Cakenis / Shopee

Selepas beberapa tahun, Keknis menjadi seorang pengasas bagi jenamanya sendiri iaitu Cakenis dan Toujours Advanced. Jenama Cakenis mahupun Toujours Advanced, kedua-dua jenama ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat dan mendapat permintaan yang tinggi.

Bagi jenama Cakenis, dia telah mengeluarkan rangkaian tudung dan pakaian renang yang khas dibuat untuk wanita muslimah. Manakala bagi Toujours Advanced, ia adalah sebuah makanan tambahan untuk para wanita dan lelaki malah kini dikeluarkan untuk kanak-kanak.

Apa Yang Menarik Di Instagram Hanis Zalikha?

Jika kamu belum megikutinya di Instagram, sebenarnya kamu dalam kerugian. Ini kerana Keknis sering berkongsi tips di mana kamu sendiri tidak akan menjangkakannya.

Foto – Blog

Tetapi jika kamu sudah mengikutinya sejak dari zaman Keknis menulis blog, pasti pelbagai manfaat dan tips yang berguna boleh diperolehi.

Kongsi Resepi Masakan 

Jika kamu seorang wanita yang baru belajar memasak, tidak salah tempat kalau kamu mahu belajar resepi-resepi yang mudah untuk beginner.

Foto – Hanis Zaikha (Instagram)

Menerusi perkongsian Keknis di Instagram’s stories, pelbagai jenis resepi masakan yang mudah dan sangat sesuai untuk kesemua wanita malah lelaki.

Daripada tips menggoreng ayam sehinggalah makanan western, setiap hari pasti kamu akan menikmati masakan yang mudah disediakan dan paling penting sedap!

Resepi Makanan Bayi 

Bagi para ibu, pasti sedikit susah untuk memikirkan menu yang sesuai untuk dimakan oleh bayi.

Ada sesetengah bayi, mereka sangat susah untuk makan makanan yang disediakan, jadi Keknis telah kongsi beberapa menu makanan yang menjadi kegemaran anaknya serta berkhasiat.

Foto – Pa&Ma

Selain beberapa menu yang sedap dimakan, bayi kamu pun boleh mendapatkan nutrisi yang lengkap daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Tips Dekorasi Dan Penjagaan Rumah 

Sangat susah untuk maintain rumah dalam keadaan yang kemas apabila mempunyai anak-anak yang masih kecil. Jadi, menerusi Instagram Keknis, dia berkongsi beberapa tips dalam menjaga rumah untuk sentiasa kelihatan kemas dan teratur.

“Untuk anak kecil, seperti Yusuf pada mulanya Keknis akan biarkan dia bermain dengan barang-barang termasuklah barangan yang fancy sehinggalah bersepah. Selepas itu, Keknis akan buat-buat terkejut dan beritahu bahawa dia tidak boleh buat macam itu dan itu barang-barang Keknis. Jadi Yusuf akan faham sendiri dan tidak akan kacau”

Berbeza dengan ibu bapa sekarang, ramai yang akan memarahi secara terus terhadap anak-anaknya tetapi Keknis menggunakan kaedah yang berlainan untuk mengajar anaknya.

Foto – Hanis Zalikha (Instagram)

Bagi tips dekorasi rumah, Keknis selalu mengatakan dia sering melihat kepada perkara yang dia mahu. Selarikan pendapat dengan suami untuk mengelakkan salah faham. Cuba untuk meminimumkan barangan dalam rumah walaupun ingin kelihatan eksklusif dan kemas.

Tips dekorasi yang kamu boleh tiru daripada Keknis, sering melihat dan mencari idea-idea untuk menghias rumah sama ada daripada Pinterest, Google atau mana-mana sahaja.

Aktiviti Untuk Anak 

Jika kamu perasan, Keknis sering berkongsi tentang aktiviti yang dilakukan oleh anak-anaknya. Seperti Yusuf, walaupun dia sering menonton televisyen, tetapi ia ditetapkan pada waktu-waktu tertentu. Selalunya dia akan menghabiskan masa dengan membaca buku dan mempelajari perkara yang baharu.

Foto – Hanis Zalikha (Instagram)

Keknis selalunya akan memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang minda kanak-kanak supaya lebih berfungsi dan cepat dalam mengendali dan memahami situasi.

Walaupun aktiviti yang dilakukan kelihatan sangat biasa untuk para ibu bapa yang lain, percayalah sebenarnya ia sangat bagus untuk anak kamu.

Tidak rasa rugi sedikit pun jika mengikuti Hanis Zalikha di Instagram. Dari tips resepi masakan sehinggalah ke perihal dalam menjaga anak dan rumah, semuanya sangat bermanfaat untuk golongan wanita malah juga lelaki.

Jadi, kalau belum follow di Instagram, pastikan kamu lakukan sekarang!

The post Sangat Berpengaruh, Ramai Orang Follow Hanis Zalikha Sebab 4 Perkara Ini! appeared first on Wanista.com.

Nampak Happy, Tapi Sebenarnya 6 Selebriti Ini Paling Sunyi

$
0
0

Nampak best sangat kehidupan selebriti apabila mereka kongsikan di media sosial seperti Instagram, Snapchat dan Twitter.

Daripada rutin harian, makanan yang dimakan sehinggalah hobi mereka, hampir kesemua perkara kamu boleh tahu dengan terperinci tentang selebriti-selebriti kegemaran kamu.

Selain mendapat perhatian daripada hampir keseluruhan peminat di serata negara, sebenarnya beberapa selebriti ini mengaku mereka sebenarnya mereka berasa sunyi.

Tahukah kamu, kajian ada mengatakan mereka yang sering berkongsi hampir keseluruhan hidupnya di media sosial sebenarnya ia tanda mereka sunyi. Jadi siapakah selebriti itu?

G-Dragon (BIGBANG)

Siapa sangka selebriti terkenal ini yang sering menggembirakan para peminatnya sebenarnya dia paling kesunyian dalam hidupnya?

Foto – Pinterest

Menerusi rancangan televisyen Happy Together, G-Dragon ada mengatakan dia berasa sangat sunyi setelah menamatkan konsert kerana kesemua ahli kumpulannya terus pulang ke bilik masing-masing.

Walaupun ramai yang menganggap mereka pasti berhibur dalam sebuah pesta selepas konsert, sebenarnya tiada perkara begitu.

Sung-kyu (INFINITE)

Kalau ada yang menganggap memilih jalan menjadi selebriti itu sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah, sebenarnya tidak juga kerana ia bergantung pada seseorang individu itu.

Foto – Pinterest / Allkpop

Seperti Sung-kyu, dia sering berasa risau tentang masa depannya dan bertanya kepada diri sendiri sama ada peminatnya akan tetap ada atau tidak untuk setiap konsert yang diadakan.

“Setelah habis konsert, saya akan mula risau memikirkan tentang peminat. Adakah mereka akan menyokong saya di masa akan datang sama seperti sekarang? Saya rasa mereka tidak akan menyokong.”

Taeyeon (GIRLS GENERATION)

Sering mendapat perhatian dari setiap peminat di seluruh negara, tetapi Taeyeon mengatakan menjadi penyanyi sebenarnya satu pekerjaan yang paling sunyi dalam dunia.

Foto – Pinterest

Bagi Taeyeon dia sering berasa paling sunyi sebaik sahaja turun daripada pentas. Terutamanya apabila dia tidak sempat menunjukkan apa yang telah dia sediakan setelah beberapa bulan berlatih.

“Saya berasa sedih dan kosong apabila pulang ke bilik hotel dan melihat keadaan bilik yang kosong tidak seperti di konsert. Berada bersama ribuan orang membuatkan saya rasa gembira.”

IU 

Dalam salah satu episod rancangan televisyen Healing Camp, IU memberitahu dia sering berasa sunyi dan stress. Sejak daripada itu, dia sering rasa lapar dan makan secara berlebihan sehingga muntah.

Foto – Pinterest / Twitter

Akibat daripada situasi itu, dia mula tidak mempercayai dan membenci dirinya sehingga dia menjadi depression.

SUZY 

Rakan baik Suzy mula menyedari sebenarnya Suzy mengalami depression. Ini kerana apabila mereka sering keluar dan menghabiskan masa bersama, Suzy akan mula menangis untuk satu ketika.

Foto – Pinterest

“Rakan saya menjadi terkejut kerana kami sedang bergembira dan kemudiannya saya menangis secara tiba-tiba. Sejak daripada itu, saya dan rakan baru tahu sebenarnya ia adalah tanda depression.”

Sejak daripada itu, Suzy membuka apa yang disimpannya selama ini. Dari situlah dia mula berkongsi dan berasa lebih baik daripada sebelumnya.

BoA

Apabila menjadi penyanyi, sudah semestinya seseorang itu memerlukan latihan yang banyak sehingga tiada rehat.

Foto – Pinterest

Seperti BoA, disebabkan oleh banyak latihan yang dilakukan sebagai penyanyi membuatkannya tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup.

Adrenalin yang dia dapat daripada latihan yang dilakukannya hampir 24 jam sehari membuatkannya tidak boleh tidur pada waktu malam kerana kitaran tidur sudah terganggu.

“Sudah beberapa malam saya tidak tidur sehingga matahari mula keluar semula untuk hari yang baru. Setiap kali perkara begini terjadi, saya akan rasa pelik dan sangat sunyi.”

Walaupun selebriti-selebriti ini sering mengukir senyuman untuk para peminatnya, tiada siapa tahu sama ada mereka okay atau tidak.

RUJUKAN: 1, 2

The post Nampak Happy, Tapi Sebenarnya 6 Selebriti Ini Paling Sunyi appeared first on Wanista.com.

Tak Sangka Si Kacak Brad Pitt Kemaruk Dengan Fesyen ‘Couple Look’

$
0
0

Nak tanya suka tak dengan fesyen sedondon atau ala-ala ‘couple look’?

From head to toe, serba-serbi mahu kelihatan sama dengan si dia. Mulanya nampak macam comel tapi bila teliti sebetulnya ada yang tak kena sehingga melucukan pula.

Siapa sangka aktor kacak tersohor Brad Pitt gemarkan fesyen couple look sehingga kelihatan sama dengan wanita yang pernah dia dating.

Foto – Twitter

Pernah tular di Twitter, di mana seleksi foto throwback Brad Pitt bersama bekas wanita menjadi perbualan hangat netizen. Pada mereka Brad layak digelar “chameleon” – haiwan yang mampu menukar warna samada mengikut persekitaran mahupun dalam berhadapan dengan sesuatu situasi.

Setiap kali Brad dengan teman wanita baru, dia akan mengubah dirinya untuk kelihatan sama. Dari rambut, pakaian, ekspresi wajah dan sebagainya, semuanya mahu sedondon.

#RelationshipGoal sangat…

Ketika bersama Gwyneth Paltrow

Foto – Getty
Foto – Popsugar

Jennifer Aniston

Foto – Arkib Wanista

Angelina Jolie

Foto – Getty
Foto – Getty

Juliette Lewis

Foto – Pinterest

Jill Schoelen

Foto – Arkib Wanista

Shalene McCall

Foto – Arkib Wanista

Claire Forlani

Foto – Celebrities

Tak sangka Brad Pitt romantik macam ini sekali… Kamu suka tak fesyen couple look?

The post Tak Sangka Si Kacak Brad Pitt Kemaruk Dengan Fesyen ‘Couple Look’ appeared first on Wanista.com.

Suka Mendera Dan Lakukan Gangguan Seksual, Shia LaBeouf Sebenarnya ‘Sakit’

$
0
0

Tidak mengejutkan lagi apabila hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenai gangguan seksual sama ada dalam kalangan orang biasa mahupun selebriti.

Seperti baru-baru ini, pelakon filem Transformers dan Honey Boy, Shia LaBeouf telah dituduh melakukan gangguan seksual dan mendera pasangannya iaitu FKA Twigs.

Foto – Just Jared / Pinterest

Hubungan mereka yang hanya bertahan selama setahun, FKA Twigs telah mengatakan Shia melakukan penderaan yang tanpa henti yang menyebabkan dia cedera secara fizikal, emosi dan mental hampir setiap hari.

Dalam pada masa yang sama, selain melakukan gangguan seksual dan mendera, Shia turut menyebarkan penyakit kelamin (STD). Dalam keadaan yang ‘sedar’, Shia turut menyembunyikannya daripada FKA Twigs.

Foto – Pinterest

FKA Twigs mengatakan dia tidak pernah membayangkan situasi seperti ini akan berlaku pada dirinya.

“Ketika dalam perjalanan untuk pulang daripada menyambut Hari Kekasih, Shia membawa kereta dengan laju dan hampir melanggar kereta di hadapan kami sekiranya saya tidak menyatakan rasa cinta padanya.

Kami berhenti di stesen minyak dan secara tiba-tiba dia menyerang dengan melemparkan badan saya ke arah kereta. Dia juga menjerit dan cuba mencekik saya sebelum memaksa untuk masuk ke dalam kereta,” ujar FKA Twigs

Pada awal perhubungan mereka, Shia tidak pernah menunjukkan sikap sebegini tetapi dia mula berubah apabila mula menunjukkan ‘kasih sayang yang luar biasa’.

Foto – Pinterest

Shia juga dikatakan menyimpan pistol dalam rumah dan kadang-kadang dia tidur bersamanya. Situasi ini membuatkan FKA Twigs berasa takut dan tidak boleh keluar daripada hubungan ini.

Selain FKA Twigs, beberapa orang wanita turut mengatakan perkara yang sama terjadi pada mereka. Tetapi Shia mengatakan beberapa tuduhan terhadapnya itu sebenarnya palsu.

Karolyn Pho 

Seperti Karolyn Pho, iaitu seorang stylist mengatakan Shia telah mencabulnya sepanjang mereka dalam perhubungan.

Foto – Just Jared / Pop Sugar

Shia juga pernah bertindak kasar sehingga menyebabkan Karolyn dalam keadaan yang berdarah, “Shia dalam keadaan mabuk ketika dia melemparkan badan saya ke arah katil. Selepas itu, dia terus menghantukkan kepalanya kepada saya sehingga berdarah”.

Mia Goth 

Menerusi sebuah rakaman video yang pendek, Mia Goth iaitu teman wanita Shia pada tahun 2015 turut menghadapi situasi yang sama.  Shia memberitahu Mia situasi itu menyebabkan seseorang menjadi pendera dan bertindak kasar.

Foto – Pinterest

Dalam pada masa yang sama, Shia juga memberitahu salah satu orang yang melihat keadaan itu, dia akan membunuh Mia. “Jika saya terus berada di situ, tidak mustahil saya akan membunuh Mia”, ujarnya.

Sia

Sia mengatakan Shia adalah seorang yang mempunyai kebiasaan dalam berbohong atau disebut sebagai pathiological liar. 

Foto – Pinterest

Shia telah menjalinkan hubungan dengan Sia dan kemudiannya mengaku sebagai dirinya single. Melihat kepada keadaan itu, Sia mengatakan Shia membuat sebegitu untuk menarik mangsa yang lain merasa kasihan dan mula merapatinya.

“Jika kamu mencintai dan menyayangi diri sendiri, berhati-hati dan jauhi diri daripada orang sebegitu,” ujar Sia.

Menerusi Instagram milik FKA Twigs, dia telah berkongsi buat pertama kali tentang hubungan toksiknya dengan Shia.

Baginya, sukar untuk keluar daripada hubungan tersebut dan berkongsi tentangnya dengan orang ramai. Walaupun dia mengambil masa yang lama untuk berkongsi, tetapi ianya adalah cara yang terbaik untuk bantu mereka yang menghadapi situasi yang sama.

“Apabila kamu berada dalam kawalan dan disalah guna oleh seseorang dalam perhubungan, kamu akan rasa tidak selamat dan seolah-olah tiada jalan keluar,” ujarnya.

Untuk pengetahuan kamu, Shia juga telah ditahan beberapa kali pada sebelum ini untuk tuduhan yang melibatkan serangan seksual, penderaan dan tingkah laku.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4, 5

The post Suka Mendera Dan Lakukan Gangguan Seksual, Shia LaBeouf Sebenarnya ‘Sakit’ appeared first on Wanista.com.

Kareena Kapoor Tayang Baby Bump, Rasanya Lelaki Ke Perempuan?

$
0
0

Nampaknya Kareena Kapoor tak segan silu mendedahkan baby bump yang makin ketara ini.

Pada yang tidak tahu, sekarang isteri kepada Saif Ali Khan sedang hamil anak kedua. Pejam celik pejam celik, bila-bila masa saja wanita ini akan melahirkan cahaya mata.

Pakai Attire Sukan Tayang Baby Bump

Sejak dari kehamilan anak pertama, gaya maternity Kareena sentiasa mencuri tumpuan. Dari mengenakan persalinan tradisional hingga ke moden, penampilan Kareena memang vogue bergaya.

Foto – Instagram Kareena Kapoor

Hari ini Kareena mengejutkan peminat dengan perkongsian yang agak daring di Instagram. Dia mempamerkan gaya sporty paling cool dengan mengenakan tight dan crop top rona merah jambu jenama Puma, outwear juga dari jenama yang sama.

Sekaligus crop top tersebut menonjolkan perutnya yang memboyot itu. Anda rasa baby lelaki atau perempuan? Tak kisahlah, asalkan sihat walafiat.

Seri Ibu Mengandung

Riasan di wajah juga senada dengan ootd, merah jambu bikin penampilan Kareena segar dan muda, sementara rambut pula didandan waves.

Foto – Instagram Kareena Kapoor

Sepanjang hamil anak kedua, Kareena kerap dilihat tampil bare face tidak mengenakan sebarang solekan di wajah. Ini menyerlahkan lagi rupa parasnya yang natural beauty.

Foto – Instagram Kareena Kapoor

Mesti Taimur Ali Khan tak sabar menanti adik baru.

The post Kareena Kapoor Tayang Baby Bump, Rasanya Lelaki Ke Perempuan? appeared first on Wanista.com.

Viewing all 1587 articles
Browse latest View live