Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

6 Aktor Korea Ni Buat Anda Silap Tentang Gelaran ‘Hero Tua’

$
0
0

Lagi-lagi tentang hiburan Korea! Sememangnya penangan rancangan dan program dari negara Kimchi itu tidak pernah buat rasa puas. Pasti ada sahaja penambahbaikan dan ketelusan dalam memberi hiburan bukan sahaja ilmiah malah padat dengan bermain emosi dan nilai moral.

Selain program variati, drama dan filem yang mereka sajikan setiap tahun akan ada sahaja yang meletup. Jalan cerita, lakon layar dan kesan lakoknan para pelakon menjadi sebab drama-drama jadi laku dipelusuk dunia. 

Sejak-sejak ini penulis perasan akan kebangkitan semula aktor lama yang diangkat kembali menjadi hero dalam drama atau filem. Lupakan mereka yang berusia 20-an atau 30-an, kita bercakap tentang dengan hero 40 tahun!

Ini diantara enam aktor berusia 40 tahun dan keatas pilihan penulis… 

#1 Lee Byung-hyun

Umur: 48 tahun (13 Ogos 1970)

Ramai menolak untuk kata Byung-hyun seorang jejaka yang kacak tapi bagi penulis dia cukup kacak dan berkarisma! 

Foto – The Korea Herald

Antara pelakon Asia yang berjaya memecah monopoli dalam hiburan Hollywood. Drama terbaru Byung-hyun, Mr. Sunshine kini top drama di Korea mengalahkan Goblin. Anda tak akan percaya lelaki yang lihat dalam tayangan tersebut sudah mencecah usia 48 tahun. 

Foto – sportalkorea.com
#2 Jang Dong-gun

Umur: 46 tahun (4 November 1977)

Bapa kepada dua anak ini bakal muncul dengan filem baru, Rampant bersama-sama Hyun Bin! 

Foto – AsiaOne

Terbaru, Dong-gun baru sahaja tamat muncul dalam drama bersiri Suit adaptasi dari Amerika Syarikat. Pelbagai kejayaan beliau telah meletakkan beliau sebagai aktor paling mahal dan berkaliber. 

Foto – kdramazone
#3 Jung Woo-sung

Umur: 45 tahun (22 April 1973)

Memang handsome! Dalam satu temu ramah televisyen Woo-sung mengaku lebih suka digelar kacak berbanding pandai berlakon. 

Foto – The Korea Herald

Akibat terlalu sibuk dengan karier, Woo-sung antara aktor yang ‘bujang terlajak’. Ramai peminat risau dengan Woo-sung yang masih belum berkahwin dan tidak mempunyai teman wanita. Penulis rela jadi volunteer~

Foto – Netizen Buzz
#4 Jang Hyuk

Umur: 42 tahun (20 Disember 1976)

Walaupun berwajah baby face, Jang Hyuk tetap beri aura seksi.

Foto – dramafever.com

Setelah fenomena Successful Story of a Bright Girl (2002), Jang Hyuk kembali aktif dengan drama Voice (2017) dan Wok of Love (2018). Tak sangka dahulu kita lihat Jang Hyuk berusia 26 tahun langsung tidak dimakan usia. 

Foto – Trend

 

#5 Song Seung-hun

Umur: 42 tahun (5 Oktober 1976)

Langsung tidak berubah sejak zaman Autumn In My Heart! Malah Seung-hun lebih berseri-seri pula.

Foto – Soompi

Seung-hyun sedikit tenggelam dalam beberapa tahun yang lalu tapi kini kembali melonjak selepas membintangi drama Black (2017) bersama Go Ara. Filem yang dihasilkan di China gandingan Liu Yifei The Third Way of Love (2015) jadi sensasi selepas dikhabarkan mereka bercinta. 

Foto – cleo.com.sg
#6 Kwon Sang-woo

Umur: 42 tahun (5 Ogos 1976)

Kalau watak gangster handsome memang wajib beri pada Sang-woo! 

Foto – Soompi

Cinta pertama penulis terhadap aktor Korea ialah Kwon Sang-woo. Beliau sering memainkan watak hero perenggus, marah-marah, gangster tapi dalam hati ada taman. 

Foto – WowKeren.com

Sebenarnya ramai lagi aktor yang penulis senaraikan seperti Ji Jin-hee, So Ji-sub, Lee Jung-jae dan Yoon Sang-hyun.

Masa depan karier bagi aktor Korea lebih cerah walaupun usia mereka sudah menginjak. Ini kerana industri hiburan Korea lebih luas dengan pelbagai skop penceritaan dan open-minded.

Enam diatas siapa pilihan anda? Heeee~ 

The post 6 Aktor Korea Ni Buat Anda Silap Tentang Gelaran ‘Hero Tua’ appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583