Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Konsert K-Pop Maraton Oktober Ini Di Stadium Melewati Bersama iKON Dan WINNER!

$
0
0

Annyeonghaseyo!

Sejarah muzik k-pop di Malaysia bakal tercipta Oktober ini apabila iKON dan WINNER khabarnya akan melangsungkan konsert maraton secara bergilir pada tanggal 13 dan 14 Oktober nanti dan dibawakan istimewa oleh YG Entertainment bagi menjayakan persembahan jelajah dua kumpulan gergasi itu.

Tujuh orang ahli kumpulan iKON: B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Foto -Arkib Wanista

Konsert iKON 2018 Continue Tour in Kuala Lumpur dan WINNER 2018 Everywhere Tour in Kuala Lumpur bakal menggegarkan segenap Stadium Malawati, Shah Alam pada jam 6 petang selama dua hari berturut-turut.

Empat orang ahli kumpulan WINNER: Yoon, Jinu, Hoony dan Mino. Foto -Arkib Wanista

Kaunter tiket [www.ticketcharge.com.my] untuk kedua-dua konsert ini akan mula dibuka kepada peminat bermula jam 12pm (iKON) dan jam 2pm (WINNER), pada 23 Ogos ini. Harga tiket bagi konsert iKON dan WINNER adalah sama seperti berikut:-

  • Zon iKONIC/ INNER CIRCLE –  RM693 (Bebas Berdiri)
  • Zon Merah – RM673 (Hadapan Pentas)
  • Zon Kuning – RM573
  • Zon Ungu – RM483
  • Zon Hijau – RM373
  • Zon Biru – RM273

***Remaja atau kanak-kanak bawah 18 tahun layak mendapat harga tiket serendah RM98 -hanya untuk tempat duduk Zon Biru (RM273).

Peta tempat duduk konsert iKON 2018 Continue Tour in Kuala Lumpur. Foto Arkib Wanista

Buat 400 orang pembeli tiket Zon iKONIC/ INNER CIRCLE terawal serta 150 pembeli tiket Zon Merah terawal, kamu akan mendapat “SOUNDCHECK PASS” percuma, manakala 280 orang pembeli tiket ZON Kuning terawal layak mendapat “SENDOFF PASS” untuk melambai dan mengucapkan selamat tinggal kepada Idol sebelum pulang! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Peta tempat duduk konsert WINNER 2018 Everywhere Tour in Kuala Lumpur. Foto Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama WINNER membuat kemunculannya di Malaysia manakala adalah kali kedua buat iKON. Jangan ketinggalan untuk berhibur dan menggamatkan Stadim Melawati bersama ahli kumpulan iKON dan WINNER, hanya Oktober ini, dikuasakan dengan MacpiePro! ❤

The post Konsert K-Pop Maraton Oktober Ini Di Stadium Melewati Bersama iKON Dan WINNER! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Latest Images

Trending Articles