Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Fizikal Kurus Kering, Idol AOA Jimin Cetus Kebimbangan Peminat

$
0
0

Badan besar kena kecam, badan kurus melidi pula menimbulkan syak wasangka. Susahnya hidup seorang insan bergelar selebriti. Setiap perkara diperhatikan, tidak terkecuali berlaku pada seorang ahli kumpulan AOA, Jimin.

Ceritanya begini, pada 12 Februari, Jimin memat naik gambar dirinya di Instagram memakai t-shirt dan skirt hitam. Bukannya dipuji tapi peminat menyatakan kebimbangan kerana dia nampaknya telah kehilangan berat badan yang agak teruk. Fizikalnya susut, kurus melidi sehingga menampakkan tulang.

View this post on Instagram

건강합니다.^^

A post shared by jimin (@jiminbaby_18) on

Agar tidak memanjangkan cerita, agensi Jimin, FNC Entertainment telah memberi kenyataan kepada peminat mengenai kesihatan Jimin.

“Jimin langsung tidak ada sebarang masalah kesihatan. Dia hidup dengan baik dan sihat malah bekerja seperti biasa.”

Berikutan kenyataan FNC Entertainment, Jimin berkongsi gambar untuk melegakan kerisauan peminat dengan kapsyen ringkas, “Saya sihat.”

Kita sedia maklum, cabaran bergelar k-pop idol sememangnya susah dan penuh tekanan. Bayangkan mereka harus menjalani proses diet paling ekstrem setiap kali persiapan comeback. Mereka sanggup mengikat perut semata-mata mahu kelihatan cantik sempurna dalam kamera. Kesian tapi itulah realiti yang berlaku di sana.

RUJUKAN

The post Fizikal Kurus Kering, Idol AOA Jimin Cetus Kebimbangan Peminat appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583