“Elsa kelihatan seperti orang yang sedang depressi”.
Merupakan antara video yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam sebaik ia dimuat naik di Youtube, Disney baru-baru ini tampil mendedahkan klip video berbentuk Teaser yang memperlihatkan babak cemas dalam filem Frozen 2 yang bakal ditayang sekitar hujung tahun ini!
Bukan hanya kanak-kanak yang teruja, orang dewasa turut berkongsi perasaan betapa terujanya mereka hendak menantikan kemunculan sekuel filem yang heroinnya memegang karakter sebagai “Puteri Salju” itu.
Tonton Teaser Frozen 2
Sehingga kini, teaser trailer itu sudah mendapat hampir 400 ribu sukaan dengan jumlah tontonan sebanyak 15 juta! Ini sekaligus mengalahkan trailer Aladdin yang baru sahaja didedah awal minggu lalu menampilkan pelakon Will Smith, Naomi Scott, Mena Massoud dan ramai lagi.
BACA: 5 Sebab Meremang Korang Perlu Tonton Filem Aladdin Versi Manusia Mei Ini
Teaser Trailer Frozen 2 bagaimanapun meninggalkan tanda tanya kepada penonton apakah yang sebenarnya terjadi kepada Pricess Elsa melihatkan gayanya yang begitu terdesak mahu membekukan lautan namun akhirnya telah dipukul ombak -sebelum tiba-tiba teman lelakinya, Kristoff serta adiknya Princess Anna terkesan dengn kehilangannya.

Semua perasaan bercampur baur dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk mengetahui pengisian sebenar filem tersebut kali ini.
Dengar kata teaser trailer Frozen 2 ini juga disenarai antara video palinh trending di Youtube Malaysia selepas video Si Nopal. Habislah penuh pamnggung wayang di Malaysia hujung tahun ni. Lagi-lagi ibu bapa yang heboh bawa anak masa cuti sekolah.

Pada 2013, filem Frozen telah berjaya mendapatkan pungutan lebih $1 billion dolar secara global sekaligus merangkul anugerah di Oscars untuk kategori “Ciri Animasi Terbaik” serta kategori “Lagu Asli Terbaik” yang menempatkan lagu “Let It Go” di tangga teratas.
The post Princess Elsa Tak Reti Berenang? Teaser Filem Frozen 2 Penuh Tanda Tanya appeared first on Wanista.com.