Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Lapan Muka Surat ‘Liputan Fesyen’ Majalah InStyle AS Untuk Yuna

$
0
0
Foto -instagram/yunamusic

Sedikit demi sedikit, Yuna mengangkat dirinya dari bawah sehingga menjadi sebutir permata yang disanjung ramai orang. Penyanyi berusia 30 tahun itu telah banyak melakukan perkara yang belum pasti dapat dilakukan oleh wanita lain seusianya.

Paling terbaharu, melalui laman Instagram miliknya, Yuna memuat naik rakaman video dirinya menyelak majalah InStyle, edisi Amerika Syarikat untuk bulan Ogos.

Sesungguhnya, Yuna telah berjaya menempatkan dirinya dalam majalah fesyen berprofil tinggi antarabangsa.

Foto-foto Yuna diambil oleh jurugambar Joachim Mueller Ruchholtz.

Yuna dipaparkan dalam lapan muka surat penuh majalah itu, di mana Yuna mengenakan beberapa helai pakaian dan aksesori dari jenama fesyen terkemuka dunia seperti Fendi dan J.Crew.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu ada memuat naik beberapa keping gambar dari sesi penggambaran bersama majalah tersebut, ke akaun Instagramnya.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles