Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending! Justin Bieber & Selena Gomez ‘Berperang’ di Instagram

$
0
0
Foto -www.elle.com

Trending di media sosial melibatkan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber dan Selena Gomez yang nampaknya berbalah di laman Instagram menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.

Semuanya gara-gara tindakan Bieber meninggalkan komen yang ‘kasar’ untuk peminatnya selepas mereka mengecam Sofie Richie, model yang dikhabarkan kekasih terbaharu Bieber.

Pada Ahad lalu, menerusi laman Instagram, Bieber mengugut peminatnya dengan menyatakan dia akan menukar tetapan privasi akaun miliknya jika mereka masih berterusan mengkritik kawan baik penyanyi itu, Richie.

“Saya akan memprivasikan akaun Instagram saya jika anda terus menunjukkan kebencian. Jika anda benar-benar seorang peminat, anda tidak akan berkelakuan sebegitu terhadap orang yang saya suka,” tulis penyanyi berusia 22 tahun.

Susulan kenyataan itu, Selena meninggalkan komennya di bawah posting itu – meminta Bieber untuk tidak menunjukkan kemarahan kepada peminatnya.

Foto - Google
Foto – Google

“Jika anda tidak boleh mengendali kebencian, jadi berhenti berkongsi gambar teman wanita anda – ia sepatutnya istimewa antara kamu berdua sahaja. Jangan marah pada peminat. Mereka sayang anda,” komen Selena.

Bieber kemudian balas komen tersebut dengan nada sindiran.

“Ia agak lucu untuk melihat orang yang pernah gunakan saya untuk perhatian masih cuba untuk menuding jarinya kepada saya.”

Bagaimanapun, Selena tidak berdiam diri, malah membalas komen bagaikan Bieber pernah ‘bercurang’ beberapa kali. Peminat  berpendapat Bieber gagal menghormati peminatnya dan menyokong komen yang ditinggalkan oleh Selena.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles