Merupakan jelajah sulungnya secara solo di Malaysia, selebriti luar biasa yang bisa juga menyanyi selain berlakon dari Korea Selatan ini khabarnya sudah tidak sabar untuk bertemu peminat sejati di Malaysia pada 23 Mac ini!
Selain memberi peluang kepada orang ramai untuk berdepan secara lebih dekat bagi mengenali personaliti dirinya, jejaka kacak bernama Ong Seong Wu ini juga bakal menghiburkan para peminatnyamenerusi acara jelajah yang dipanggi “Eternity”.
Tonton Klip Ucapan Ong Seong Wu
Dianjurkan istimewa oleh Hatchery, yang turut membawa Ong Seong Wu menjelajah ke serata Asia sekitar Singapura dan Thailand selain Malaysia, tiket penyanyi itu habis dijual selepas dilancarkan beberapa minit saat promosi jelajahnya dilakukan di Bangkok!

Untuk itu, jangan lepaskan peluang beramah mesra dan berhibur sakan dengan seleksi persembahan hebat dari aktor dan bekas ahli kumpulan “Wanna One” berusia 23 tahun ini pada hari Sabtu, 23 Mac 2019 dan segala maklumat berkenaan jelajah Eternity menampilkan Ong Seong Wu adalah seperti di bawah:-
TARIKH: 23 Mac 2019
TEMPAT: Axiata Arena, Kuala Lumpur
WAKTU: 6:00pm
HARGA TIKET: RM280, RM380, RM480 dan RM580

Kali terakhir Ong Seoung Wu menyanyi bersama kumpulan Wanna One adalah sewaktu konsert jelajah akhir mereka di Malaysia sekitar April tahun lalu dan kini nampaknya artis muda ini mahu ligat bergerak solo untuk kembali membangunkan kariernya dalam industri muzik.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/hatchery]. Pembelian dan tempahan tiket boleh juga dibuat secraa atas talian [DI SINI].
The post Sebulan Lagi! Penyanyi & Pelakon Ong Seong Wu Bertemu Peminat Malaysia appeared first on Wanista.com.