Mungkin penulis sudah terlalu lambat untuk berkongsi cerita tentang jejaka kelahiran Kanada ini.
Namun sejak menonton persembahan beliau di pertunjukan fesyen Victoria’s Secret 2018 terngiang-ngiang senyuman manis dan lirikan mata yang mempesona darinya.
Barulah penulis faham kenapa sudah ramai beralih arah dari Justin Bieber kepada beau terbaru Shawn Mendes. Mereka berdua sama-sama warganegara Kanada yang berpeluang menempa nama di negara jiran dan kemudian berkembang terus menjadi kegilaan seluruh dunia. Menariknya tentang Mendes berbanding Bieber, penampilan penyanyi berusia 20 tahun lebih kemas dan sesungguhnya keperibadian yang gentleman mendamba hati peminatnya.
Pernah nampak tapi dimana?
Beliau diantara mereka yang bertuah mendapat perhatian dari media sosial. Mendes menggunakan aplikasi Vine berkongsi lantunan suara beliau yang merdu dan seksi. Sekaligus Mendes tahun 2013 dan seterusnya Mendes mengeluarkan single paling hit ‘Stitches’, ‘Treat You Better’ dan ‘There’s Nothing Holdin’ Me Back;. Boleh dikatakan apa sahaja lagu yang dibawa keluar oleh Mendes menjadi siulan ramai.
Jauh dari sebarang gossip liar, Mendes rupanya aktif dalam aktiviti kebajikan. Lahir dalam keluarga yang kuat agama membuatkan Mendes bijak dalam mengatur langkah dalam dunia hiburan.

Walaupun begitu dalam lagu ‘In My Blood’ beliau jujur menceritakan tentang kisah masalah mental yang dihadapi yakni masalah runsing melampau. Mendes juga sering dipersoal tentang seksualiti sebenarnya tapi para gadis diluar sana risau. Shawn Mendes mengaku dia bukan gay dan mahu media menfokuskan kepada kerjaya muzik bukan seksualitinya.
Apa hubungan Shawn Mendes dan Hailey Baldwin?
Umum tahu Hailey Baldwin atau kini dikenali sebagai isteri Justin Bieber pernah kelihatan mesra bersama Mendes suatu ketika dahulu. Ramai yang mengaitkan Mendes dan Baldwin sebagai couple tapi Mendes menafikannya. Mereka berdua sepakat sebagai teman baik dan Mendes sendiri mengucapkan tahniah kepada Baldwin ketika mendengar berita perkahwinan Baldwin-Bieber.

Selain menyanyi…
Pernah menjadi wajah untuk Emporio Armani dan kini untuk seluar dalam Calvin Klein pula. Terbaru gambar seksi Mendes mengenakan seluar dalam jenama CK telah ‘membutakan’ banyak mata.

Well, apa pendapat kamu semua tentang Shawn Mendes. Boleh lawan Justin Bieber tak?
The post Lupakan Justin Bieber, Ramai Kini Menagih Shawn Mendes Pula appeared first on Wanista.com.