Kalau di India, netizen jatuh cinta dengan kecomelan dan kekacakan Taimur Ali Khan, di Malaysia ada Yusof Iskandar yang tidak kurang hebatnya penangan, di Filipina pula orang sibuk dengan anak pasangan Marian Rivera dan Dingdong Dantes.
Baca : Bukan Biasa-Biasa, Ni Gaji Sebulan Pengasuh Taimur Ali Khan
Walaupun agak terlambat, tapi Wanista tetap nak beritahu Wanista dah jatuh cinta dengan kecomelan anak lelakinya yang dipanggil Ziggy. Bulan lepas berlangsung sudah upacara pembaptisan anak lelaki Marian dan Dingdong, baby Ziggy di sebuah gereja Catholic di Manila.
Sejurus selepas berkongsi foto rasmi Ziggy, rata-rata netizen membanjiri media sosial Instagram dan Facebook dengan ucapan tahniah serta memuji kecomelan Ziggy yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Ada juga yang mengusik pada usia bayi lagi baby Ziggy sudah menunjukkan kekacakan, tidak mustahil jika remaja nanti dia menjadi heartthrob kesayangan para gadis.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 30 Disember 2014. Pada 23 November 2015, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Zia Dantes. Dan April lalu pula selamat dikurniakan bayi lelaki Jose Sixto G. Dantes IV yang dipanggil Ziggy.
Semoga baby Ziggy menjadi anak yang baik-baik ye
The post Cair Okay! Lihat Foto Kekacakan Anak Lelaki Jelitawan Filipina Marian Rivera appeared first on Wanista.com.