Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Berakhir Sudah Mahligai Miley Cyrus & Liam Hemsworth. Ini Puncanya!

$
0
0

Mahligai Miley Cyrus dan Liam Hemsworth akhirnya berhenti di bahu jalan, perkahwinan yang bertahan selama lapan bulan. Kedua-dua bintang terkenal ini mula mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2018 yang mana mengejutkan ramai peminat dan kini mereka sekali lagi mengeluarkan berita yang mengejutkan dengan berita perpisahan.

Miley yang berusia 26 tahun telah mengesahkan perpisahan diantara dirinya dan Liam dengan kenyataan berikut

Untuk lebih fokus kepada diri masing-masing dan juga kerjaya

Siapa yang tidak mengetahui kisah percintaan Miley Cyrus dan juga Liam Hemsworth, mereka bermula dengan cinta monyet semasa remaja, adegan selingkuh dan berbaik semula serta menginjak ke alam perkahwinan. Kisah perhubungan mereka yang sentiasa memiliki pasang surut ini membuatkan ramai peminat terharu dan kagum.

Foto – Metro

Tapi sayang hubungan mereka berdua tidak bertahan lama. Dan antara sebab mengapa hubungan perkahwinan ini berhenti di bahu jalan adalah Miley dikhabarkan telah beralih arah.

Miley Curang?

View this post on Instagram

rock the boat, don’t rock the boat baby ⚓

A post shared by Kaitlynn Carter (@kaitlynn) on

Foto – TMZ.com

Miley ditemui berciuman dengan Kaitlynn Carter yang merupakan bekas isteri kepada Brody Jenner semasa percutian mereka berdua di Lake Como, Itali pada hari Jumaat lalu. Dan ini bukan pertama kali Miley dilihat menyukai sesama jantina. Pada tahun 2015, Miley dilihat rapat bersama dengan model Victoria Secret iaitu Stella Maxwell.

Pansexual Diri Sebenar Miley

Berikut isu sesama jantina, Miley mendedahkan bahawa dirinya adalah ‘Pansexual’. Berikut penjelasan Miley

Foto – Entertainment Tonight

Seluruh hidup saya, saya tidak memahami jantina saya sendiri dan juga keinginan diri. Saya sentiasa tidak menyukai dengan perkataan ‘bisexual’ kerana ia membuatkan saya seolah-oleh berada di dalam kotak. Saya tidak memikirkan untuk menjadi untuk seorang lelaki mahupun menjadi seorang perempuan.

Apabila saya mula berada di tahap lima atau enam. Hubungan pertama saya bermula dengan hubungan sesama jantina.

Apabila saya mula memahami tentang jantina saya, saya mula memahami keinginan diri saya. 

Saya berasakan oh! Saya tak rasa pun yang saya seorang yang lurus dan saya juga tidak berasa yang saya adalah gay kerana saya tidak berasa begitu. – Miley Cyrus

Kompleks Miley Di Dalam Perhubungan

Sepanjang perjalanan perkahwinan diantara Miley dan juga Liam, Miley akui bahawa dirinya masih tertarik kepada wanita. Dan Miley merasakan keliru dan kompleks di dalam perhubungan. Malah Miley juga menolak gelaran ‘Isteri’ kerana merasakan gelaran tersebut tidak sesuai bagi dirinya.

Foto -ABS-CBN News

Saya sememangnya tidak sesuai untuk memegang peranan sebagai seorang isteri dan saya juga tidak menyukai perkataan tersebut! – Miley Cyrus

Perhubungan diantara Miley dan Liam yang telah menempuh turun naik kehidupan masih belum cukup membuatkan mereka untuk kekal di alam perkahwinan, lalu apa yang tinggal adalah dengan membawa haluan masing-masing dan mencari keinginan yang diingini.

Foto – Hello Magazine

Nampaknya, sudah ditakdirkan bahawa pasangan sejoli yang dulunya bahagia, kini membawa diri masing-masing. Apa-apa pun di harap mereka dapat menjalani kehidupan yang diingini serta perjalanan kerjaya mereka di teruskan dengan jayanya di masa akan datang.

The post Berakhir Sudah Mahligai Miley Cyrus & Liam Hemsworth. Ini Puncanya! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584