Drama baru mesti tonton!
Aktor kacak kegemaran ramai Lee Dong-wook kembali dengan drama baru yang luar biasa penangannya sehingga bikin netizen tidak keruan.
Drama siri baru berjudul “Hell Is Other People” mencetuskan kehangatan selepas beberapa episod yang ditayang mempamerkan babak seram seiring dengan vibe drama dan lakonan cemerlang para pelakon.

Lee Dong-wook khususnya telah menerima banyak pujian sejak dipilih membintangi drama tersebut. Lagi pula dengan peranan sebagai lelaki psiko – membuat penonton goosebump dengan cara dia melontarkan dialog, memek muka, renungan tajam yang cukup real dan berkesan.
Sebagai contoh, akhir episod 3 menunjukkan watak Lee Dong-wook menziarahi temannya aktor Im Si Wan. Kedua mereka menghabiskan masa bersama dengan menikmati bir sehinggalah Lee Dong-wook mempelawa “daging mentah” kepada Im Si Wan.

Tetapi Im Si Wan tidak menyukai hidangan tersebut dan membuatkan Lee Dong-wook kecewa. Walaupun barisan dialog biasa sahaja tetapi Lee Dong-wook berjaya menjadikannya misteri dengan raut wajah bertukar seram yang menyebabkan Im Si Wan berasa tidak selesa dan panik. Kita yang menonton pun sudah terasa bahang melihatkan perubahan wajah Lee Dong-wook.
Tonton Babak Episod 3 Yang Bikin Penonton Tak Senang Duduk
Sinopsis “Hell Is Other People”
Siri adaptasi dari webtoon menceritakan kisah seorang lelaki 20-an berpindah ke Seoul kerana pekerjaan baru dan memutuskan untuk tinggal di asrama penuh misteri. Siapa sangka penghuni asrama miliki seribu satu rahsia yang mencemaskan hidup lelaki muda itu.
Lakonan Lee Dong-wook seperti biasa tak pernah menghampakan penonton. Hebat!
The post Seram Tengok Lee Dong-wook Jadi Lelaki Psiko Dalam Drama Baru “Hell Is Other People” appeared first on Wanista.com.