Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Lelaki Mat Saleh Berwajah BTS Jimin Sekarang Jadi Penyanyi

$
0
0

Oli London yang memiliki wajah seperti ala-ala BTS Jimin telah bergelar sebagai penyanyi dan lagunya berjaya menduduki di tangga teratas di iTunes. Fenomena unik ini berlaku dek kerana obsesnya Oli terhadap BTS dan menjadikan kumpulan idol Korea popular tersebut sebagai sumber inspirasi bagi dirinya dan juga lagu yang dihasilkan.

Baca : Lelaki Mat Saleh Gila Obses Pada BTS Jimin Sampai Sanggup Ubah Muka (Gambar)

Foto – Oli London Penyanyi K-pop barat

Lelaki British ini menghasilkan muzik video Pop Korea yang berjudul “Perfection” dan juga “Butterfly ft. Sten”. Kedua-dua muzik video ini menjadi tular dek kerana lagu-lagu yang dihasilkan di nyayikan dalam bahasa Korea dan juga dalam bahasa Inggeris.

Lagu yang berjudul “Butterfly” ini menceritakan transformasi ulat bulu bertukar menjadi sang rama-rama yang cantik. Oli memilih metafora rama-rama sebagai dirinya yang kini telah berubah menjadi cantik seperti BTS Jimin. Lagu “Butterfly” ini mengambil inspirasi daripada single BTS yang juga berjudul Butterfly. Lagu yang dipilih kerana memiliki alunan stail melodi seperti yang terdapat di dalam Kdrama.

Foto – Oli London

Menariknya dalam lagu muzik video yang berjudul “Butterfly” dengan kolaborasi daripada artis rapper Korea, Sten, menjadikan muzik video tersebut meningkat naik dan kini menduduki anak tangga ke-8 dalam carta iTunes.

Manakala lagu debutnya yang berjudul “Perfection” pula berada di anak tangga ke-31 serta mendapat 45,000 dislikes di YouTube! Jauh betul kedudukan carta lagu muzik video Oli yang pertama dan yang kedua ini.

Foto – Oli London

Tambahan lagi, Oli kini memiliki kedudukan unik yang tersendiri sebagai seorang penyanyi K-pop barat dan memecahkan rekod artis penyanyi K-Pop barat yang lain seperti Lana, Chad Future dan boy group EXP Edition. Bukan itu saja, Oli juga merupakan artis K-pop lelaki pertama daripada Eropah yang memilih untuk menjadi penyanyi Korea Pop dek kerana terlalu minat terhadap BTS, Jimin. Wow, hebat bukan?

The post Lelaki Mat Saleh Berwajah BTS Jimin Sekarang Jadi Penyanyi appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584