Nama aktor Lee Dong-wook makin hangat berikutan semakin ramai netizen jatuh cinta dengan pesona dan penampilannya yang baik bahkan mutu lakonan cemerlang yang diberikan.
Baca : Seram Tengok Lee Dong-wook Jadi Lelaki Psiko Dalam Drama Baru “Hell Is Other People”
Membuat kemunculan di acara Chanel baru-baru ini, mata netizen tertumpu kepada Lee Dong-wook yang serba ringkas dalam suit hitam dan berambut panjang kerinting ‘wet look’. Ramai netizen telah jatuh cinta dengan visual aktor 37 tahun itu kerana ciri uniknya tidak mudah dijumpai di Korea.

Antara komen dahaga netizen, adalah;
“Wow dia kelihatan seperti bintang filem asing.”
“Jika Korea ada filem vampire, aktor yang layak berlakon menjadi milik Lee Dong-wook.”
“Makin dia berusia, makin kacak.”
“Wow. Sangat seksi dan matang.”

Betullah bagaikan ‘vampire’, makin berusia makin nampak macho dan segak semacam.. Penulis suka dekat Lee Dong-wook sejak drama My Girl lagi, punyalah suka sampai repeat tengok drama.. Korang pula bila masanya syok dekat Lee Dong-wook ni?
The post Netizen Gelar Lee Dong-wook ‘Vampire’ Sebab Segak Sangat appeared first on Wanista.com.