Selepas memutuskan untuk bercerai dengan Liam Hemsworth, Miley Cyrus move on dengan segera bersama Kaitlynn Carter. Tetapi sayangnya, hubungan cinta di antara mereka tidak berkekalan apabila ada laporan mengatakan pasangan ini telah putus. Satu sumber menyatakan bahawa mereka masih mahu menjadi kawan baik walaupun tidak lagi bercinta.
Clik here to view.

Bayangkan bercerai dan putus dalam satu jangka masa yang dekat, ramai peminat bimbang melihat perubahan fizikal Miley yang dilihat semakin kurus sehingga menampakkan tulang, bahkan keadaannya nampak langsung tidak sihat.
Perubahan badan Miley Cyrus yang ekstrem dilihat melalui perkongsian gambar di Instagram. Dalam satu gambar Miley hanya memakai crop top dan short pants ketika menikmati percutian bersama keluarga di Zion National Park, Utah. Kerana memakai pakaian yang mendedahkan, setiap susuk tubuh Miley yang melidi kelihatan begitu jelas. Para peminat juga berasa bimbang apabila melihat perut, lengan, dan betis semakin kecil dan mengecut.
Kesian pula tengok Miley sebegini, nampak dia tidak gembira seperti dahulu.. Miley take a break and rest!
The post Sejak Bercerai, Miley Cyrus Dilihat Makin Kurus Dan Tak Sihat (Gambar) appeared first on Wanista.com.