Seperti yang kita sedia maklum, Justin Bieber dan Hailey Baldwin akhirnya mengadakan sebuah majlis perkahwinan. Tapi yang mencuri tumpuan bukanlah pasangan itu tetapi tetamu..
Tak lain tak bukan Kylie Jenner yang turut menerima undangan hadir dalam gaun keemasan yang cukup seksi mendedahkan sebahagian kaki dan cleavage. Kylie memakai vintage dress rekaan J’Aton Couture, dipadankan bersama sandal bertali Stuart Weitzman dan tas tangan unik dari Judith Leiber Couture.
Berkongsi gambar di Instagram, rata-rata follower tidak menyukai pemilihan pakaian Kylie kerana dianggap tidak sopan dan langsung tidak menghormati majlis serta seperti ingin ‘overshadowed’ pengantin, keterlaluan dan kelihatan janggal.
“She looks fabulous but not for a wedding.”
“You don’t show up to a wedding trying to look better than the bride — just rude.”
“Not your wedding sis!! This is a bit much.”
Memang nampak cantik tapi untuk sebuah majlis perkahwinan yang meraikan mempelai, kejadian sebegini harus dielak dan tetamu perlu lebih berhati-hati. Sepatutnya yang menjadi topik bualan adalah mempelai bukannya ‘anda’.. walau anda jenis yang sukakan tumpuan, orang kata attention seeker.
Jadi hati-hati ketika memilih pakaian nak ke kenduri kahwin. Selamat Beramal!
The post Serius Kylie Jenner Pakai Ni Masa Wedding Justin Bieber Dan Hailey Baldwin appeared first on Wanista.com.