Lawatan ke Afrika Selatan mendapat liputan meluas serata dunia, selain pemilihan fesyen Meghan Markle yang sopan dan sofistikated, kemunculan bertiga – Putera Harry, Meghan Markle bersama anak mereka, Baby Archie mencuri tumpuan.

Baca – Penampilan Meghan Markle Yang Sopan Dilabel Sebagai Ikon Fesyen Beretika!
Baby Archie akhirnya membuat kemunculan pertama ketika lawatan bertemu dengan Archbishop Desmond Tutu. Melihat pada koleksi gambar yang dikongsi, Baby Archie ternyata dalam mood yang baik dan langsung tidak meragam.



Bahkan rata-rata netizen menyatakan Baby Archie begitu mirip Putera Harry – warna kulit, mata, bentuk muka dan sebagainya.

Sebelum ini Meghan dan Harry memilih untuk tidak menunjukkan Archie kepada umum kerana mahu melindungi privasinya dan jauh daripada spotlight.
The post 5 Gambar Baby Archie, Anak Meghan Markle Dan Putera Harry appeared first on Wanista.com.