Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Buli Siber Punca Kematian Bintang K-Pop Sulli

$
0
0

Pelakon dan juga penyanyi terkenal Korea, Sulli yang berusia 25 tahun ditemui meninggal dunia pada hari Isnin (semalam) di Seongnam, daerah Gyeonggi. Pengurus Sulli menemui mayatnya di tingkat dua di dalam rumah Sulli sekitar jam 3.21 petang. Pengurus Sulli melawat rumah artis tersebut kerana tidak dapat menghubungi Sulli selepas panggilan telefon terakhir pada hari Ahad, jam 6.30 petang.

Pihak polis yang menyiasat kes berkenaan mendapati ia berkemungkinan kes bunuh diri. Sebuah nota yang ditulis oleh Sulli telah ditemui pada hari Isnin tengah hari.

Foto via NME.com via (Han Myung-Gu/WireImage)

Kelihatan Choi tinggal bersendirian di dalam rumah. Ini menunjukan seperti dia (Sulli) menamatkan nyawanya sendiri, walaubagaimanapun kami akan meneruskan siasatan dan segala kebarangkalian kematian – Jelas pihak polis.

Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri mula memasuki industri pada tahun 2005 sebagai pelakon kanak-kanak bagi program televisyen. Dan pada tahun 2009 pula Sulli menjadi artis di bawah nauang SM Entertainment dan menyertai kumpulan idol Korea terkenal yang dikenali sebagai f(x).

Foto – The Sun
(Kumpulan Idol Korea f(x)

Pelbagai turun naik kehidupan telah dilalui sepanjang berada di dalam industri hiburan setelah bergelar artis. Dan pada tahun 2014, sejak Sulli mula menyepikan diri daripada kumpulannya f(x), dirinya mula menjadi mangsa buli jenayah siber dengan pelbagai komen-komen negatif terhadap dirinya dan akhirnya Sulli membuat keputusan untuk keluar dari kumpulan idol f(x) secara rasmi pada tahun 2015 tetapi masih lagi menjadi artis di bawah SM Entertainment.

Mangsa Buli Jenayah Siber

Nama Sulli menjadi perhatian dan kontrolversi pada tahun 2014 apabila dirinya mengakui sedang bercinta bersama artis hip-hop Choiza merupakan seniornya, hubungan romantik di kalangan artis K-Pop adalah sangat-sangat dikawal rapi dan ketat. Semasa Sulli sedang hangat bercinta, beliau posting beberapa gambar di mana mereka berdua (Sulli dan Choiza) bercium dan keluar berpacaran. Gara-gara posting berkenaan netizen memberi kritikan terhadap posting tersebut dan mengatakan mereka terlalu provokatif. Dan hubungan mereka putus pada tahun 2017.

Foto – Channel Korea

Bukan itu sahaja, pada awal bulan ini juga nama Sulli sekali lagi menjadi berita hangat dek kerana masalah pakaian. Sulli yang pada ketika itu sedang melakukan Instagram Live sambil bertatarias dan mengenakan jubah longgar yang menampakan payudaranya.

Dan gara-gara tidak memakai bra, netizen memberi komen dan bertanya mengapa dirinya tidak memakai bra.

Saya tidak rasa yang ianya salah dan ini adalah kebebasan peribadi saya. – Jelas Sulli

Manakala semasa Sulli membuat rakaman bagi episod JTBC, Reply Night, Sulli memberi kenyataan bahawa manusia memiliki sisi lain di dalam diri mereka.

Foto – Koreaboo Program JTBC, Reply Night)

Saya berasakan semua orang memiliki sisi yang berbeza di dalam diri mereka. Diri saya yang sebenar memiliki sisi gelap dan manakala diri Sulli yang merupakan seorang selebriti sentiasa menunjukan sisi ceria.

Saya bertanyakan banyak nasihat dari orang-orang sekeliling saya adakah saya sebenarnya menipu orang lain. Semua orang mempunyai aspek atau sisi gelap masing-maisng, cuma mereka bertindak seolah-olah mereka tidak mempunyai sisi tersebut. Kita hidup dalam kesamaran.- Jelas Sulli menerusi program Reply Night bagi episod JTBC.

Masalah Mental Yang Dihadapi Oleh Sulli

Sebelum Sulli mengumumkan untuk berhenti di dalam industri pada tahun 2014, Sulli menyatakan bahawa dirinya secara mental dan fizikal telah penat selepas menderita komen-komen jahat, negatif dan khabar angin yang tidak benar tentang dirinya di dalam talian.

Foto – village pipol

Selepas meninggalkan ahli kumpulan f(x), Sulli memulakan kehidupan baharu sebagai pelakon pada tahun 2015. Tetapi sayang perjalanan kehidupan baharu yang di lalui tidak kekal lama apabila pada tahun lepas Sulli sekali lagi berkongsi tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya. Dan menyatakan bahawa dirinya mengalami panic disorder sejak kecil dan juga sosial fobia.

Jika Sulli benar-benar ditemui mati kerana bunuh diri ini memberikan gambaran besar betapa tingginya tekanan artis Korea di mana diri mereka di eksploitasi oleh syarikat pengurusan, permintaan peminat dan juga kekurangan sokongan kesihatan mental. Dan isu ini harus di pandang serius dan mencari jalan penyelesaian.

Bunuh Diri Atau Sebaliknya?

Berikutan penemuan sebuah nota yang ditulis oleh Sulli ia menunjukan keadaan mental yang dialami Sulli pada ketika itu. Tetapi menurut pihak polis ia bukanlah nota bunuh diri sebaliknya ia merupakan sebuah nota tentang luahan perasaannya.

Menerusi berita kematian Sulli, syarikat SM Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mereka.

Ini adalah SM Entertainment.

Kami memohon maaf kerana memberi khabar berita sedih.

Sulli telah meninggalkan kita semua.

Kami tidak mempercayai situasi ini dan kami semua di selubungi dengan kesedihan.

Bagi keluarga beliau (Sulli) yang sedang meratap kesedihan tentang berita mengejut tentang kematiannya, kami memohon sangat-sangat agar anda semua tidak menulis sebarang artikel spekulasi atau menyebarkan khabar angin. Kami mengucapkan takziah terhadap pemergiannya. – SM Entertainment

 

Foto – Global News

Permergian yang mengejut ini memberikan rasa terkilan dan sedih buat ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat Sulli. Wanita yang berusia 25 tahun ini pergi begitu sahaja merasakan berita yang keluar hanyalah mimpi tetapi siapa boleh tafsir takdir dan realiti. Kes kematian Sulli masih lagi di dalam siasatan dan sama-sama kita semua menunggu hasil siasatan daripada pihak polis.

Takziah buat ahli keluarga Sulli.

The post Buli Siber Punca Kematian Bintang K-Pop Sulli appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584