Siapa sangka sudah 25 tahun sejak sitcom paling popular di dunia “Friends’ pertama kali disiarkan.
Sejak episod pertama, siri ini telah menarik perhatian dan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. Bahkan sekarang Netflix mendapat hak tontonan, Friends terusan trending dan mendapat jumlah tontonan tertinggi.

Sampaikan peminat obses untuk melihat reunion keenam pelakon ini bersama, tetapi kemungkinan ia tidak akan pernah berlaku.
Meraikan ulang tahun, aktres Jennifer Aniston menyertai Instagram dan memutuskan untuk berkongsi gambar ahli Friends – Lisa Kudrow, Courtney Cox, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer. Ternyata debut Jennifer begitu besar sehingga Instagram mengalami kekacauan seketika.
Bayangkan, dalam masa kurang dari 24 jam, gambar pertamanya mendapat lebih daripada 8 juta tanda suka dan menerima lebih daripada 6.4 juga pengikut. Bukan itu sahaja, Jennifer memecah rekod yang dipegang oleh Meghan Markle dan Putera Harry dengan mengumpul 1 juta pengikut hanya dalam tempoh 5 jam sahaja.

Ini antara reaksi di Instagram selepas aktres 50 tahun ini membuka akaun.
Mungkinkah selepas ini kita peminat dapat melihat momen Jennifer Aniston bersama ahli Friends yang lain, memandangkan reunion tidak akan berlaku.



Hebat betul penangan Jennifer Aniston… Kalah Kim Kardashian!
The post Jennifer Aniston Buka Akaun Instagram, Terima 6 Juta Follower Dalam Sehari appeared first on Wanista.com.