Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

BTS V, Artis Lelaki Korea Paling Kacak Tahun 2019

$
0
0

BTS V sekali lagi mencentuskan fenomena luar biasa apabila namanya di nobatkan sebagai lelaki Korea paling kacak untuk tahun 2019.

Keputusan yang dikeluarkan oleh Entertainment Award mengumumkan BTS V adalah pemenangnya setelah mengira undian yang berlangsung dari 20 September 2019 sehingga 19 Oktober 2019 bagi “Korean Most Handsome and Beautiful 2019”.

Rata-rata persaingan sengit di antara 87 calon selebriti dan idol K-pop ini bersaing bagi mendapatkan gelaran ‘Lelaki Korea Paling Kacak 2019’ dan tempat pertama ini telah disambar oleh BTS V dengan rupa paras yang sangat kacak!

BTS V atau nama sebenarnya Kim Tae-Hyung membuatkan peminat BTS tidak senang duduk melihat wajah kacak BTS V yang seolah-olah seperti putera raja! Malah doktor pakar pembedahan plastik juga kagum melihat kekacakan wajah BTS V yang semula jadi ini!

Teringat pula pada tahun 2017, BTS V telah di nobatkan sebagai juara bagi undian “World’s most Handsome Man”. Dan sebenarnya pencapaian imej visual BTS V, telah mendapat pengikhtirafan dunia sejak dahulu lagi. Daebak!

Foto – Pinterest

Tahniah BTS V, kerana telah berjaya dinobatkan sebagai juara “Lelaki Paling Kacak 2019” dan pastinya banyak lagi undian lain akan menanti BTS V untuk membolot gelaran yang terunggul!

The post BTS V, Artis Lelaki Korea Paling Kacak Tahun 2019 appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584