Baru-baru ini, Wanista berpeluang menemubual pelakon K-Drama terkenal Sung Hoon yang telah datang ke Malaysia pada 19 Oktober 2019 untuk sesi meet-and-greet bersama peminat Malaysia di 1Utama Shopping Centre yang bermula pada jam 5 petang.
Temubual eksklusif ini memberikan peluang kepada Wanista untuk mengenali aktor Korea ini dengan lebih rapat dan cuba berkongsi serba serbi tentang perjalanan kerjaya pelakon berbakat ini di masa akan datang kepada peminat Sung Hoon di Malaysia.

Sekilas Lalu Aktor Sung Hoon
Sung Hoon atau Bang Sung Hoon merupakan seorang atlet sukan (perenang) selama 14 tahun sebelum terpaksa berhenti kerana kecederaan yang di alami. Perjalanan sebagai seorang atlet telah di tarik sebegitu rupa membuatkan Sung Hoon beralih arah mencari sesuatu yang baru dan memberi matlamat baru kepada dirinya.
Dan kini, Sung Hoon berdiri di layar pentas dengan hasil titik peluhnya, kini namanya di kenali di seantero dunia sebagai aktor Korea K-Drama yang berbakat!

Menyentuh soal k-drama, nama Sung Hoon mula meningkat naik apabila dirinya berlakon sebagai watak utama bagi drama New Tales of Gisaeng pada tahun 2011. Menerusi drama berepisod ini, Sung Hoon mempamerkan bakat berlakon yang terpendam di dalam diri.
Selepas kejayaan drama New Tales of Giseang, Sung Hoon mula melebarkan sayapnya sebagai seorang pelakon dengan projek-projek drama pada tahun seterusnya sehinggalah pada tahun ini.
Selepas 2 Tahun, Kini Kembali Ke Malaysia
Selepas dua tahun, kini Sung Hoon kembali ke Malaysia untuk bertemu bersama peminatnya bagi sesi meet-and-greet yang berlangsung di 1Utama Shopping Centre pada 19 Oktober 2019, baru-baru ini.
Menerusi temubual Wanista bersama aktor berkenaan, beliau sangat menghargai pertemuannya bersama peminatnya di Malaysia, kerana bukan mudah bagi dirinya untuk datang ke Malaysia dan bertemu bersama peminat yang menyokong dirinya.
Cabaran Yang Di Hadapi

Sung Hoon juga dikenali menerusi penglibatannya bukan sahaja sebagai pelakon untuk drama dan movie. Malah Sung Hoon juga terlibat dengan program televisyen dan salah satu program televisyen yang Sung Hoon bawa sebagai hos program adalah ‘I Live Alone’.
Program ‘I Live Alone’, merupakan program variety show yang memaparkan kehidupan harian para selebriti. Melihat sisi Dan menerusi penglibatan Sung Hoon di dalam lakonan drama, movie dan juga program televisyen, kita dapat melihat pelbagai sisi imej yang di bawa oleh Sung Hoon dan pastinya ianya bukan mudah untuk berhadapan dengan kamera.

Selain menyibukan diri dengan jadual kerja yang padat, Sung Hoon kini terlibat dengan dalam bidang nyanyian untuk soundtrack drama. Melihat Sung Hoon mengambil bahagian dalam nyanyian untuk soundtrack dan jadual tugasan diri yang padat, Sung Hoon berkongsi serba sedikit tentang cabaran yang dilalui.
“Bagi bidang nyanyian, isu kesukaran bukanlah sesuatu yang boleh saya tentukan kerana saya di minta untuk melakukannya. Dan manakala bagi bidang lakonan pula ianya sememangnya bidang yang sukar dan ia akan menjadi semakin sukar di masa akan datang juga.”
Menerusi perjalanan kerjaya di dalam pentas lakonan ini, Sung Hoon menyatakan hasratnya untuk bergandingan bersama senior aktor Lee Byung Hun! Mana tahu untuk projek di masa akan datang Sung Hoon dapat berkolaborasi bersama aktor senior ini pula kan.
Projek Terbaru Aktor Sung Hoon

Pastinya ramai peminat Sung Hoon ternanti-nanti buah tangan terbaru dari aktor k-drama ini untuk projek akan datang bukan. Sung Hoon menyatakan dirinya dipenuhi dengan jadual tugas yang padat seperti program FM, program televisyen, menghadiri kelas bahasa Inggeris dan bagi projek untuk drama pula, Sung Hoon dalam fasa menyemak beberapa projek dan paling awal mungkin pada tahun hadapan.
Nantikan buah tangan daripada Sung Hoon dan pastinya projek yang bakal di pilih oleh Sung Hoon akan membawa peminat k-drama ke fasa yang baharu!
Bingkisan Hati Sung Hoon Untuk Peminat!

“Untuk peminat yang sentiasa memberi sokongan yang berterusan kepada saya, saya sangat berterima kasih dengan sokongan anda semua. Dan ianya bukan mudah untuk mengecapi semua ini.
Dan saya mengambil masa selama 2 tahun untuk kembali semula ke Malaysia. Dengan tenaga yang saya ada, saya akan memberi dan membalas segala sokongan dan kasih sayang yang anda berikan kepada saya” Sung Hoon
Pastinya sesi meet-and-greet bersama peminat di 1Utama Shopping Centre pada 19 Oktober 2019 baru-baru ini, memberikan pengalaman yang bermakna kepada peminat Sung Hoon di Malaysia. Dan rata-rata ramai berharap akan ada lagi sesi meet-and-greet Sung Hoon di masa akan datang di Malaysia!
The post Temubual Eksklusif – Kenali Pelakon K-Drama Sung Hoon Lebih Rapat! appeared first on Wanista.com.