NIVEA menjemput anda untuk bersama-sama memberi serta berkongsi kasih sesama insan melalui kempen Setulus Belaian Kasih pada Ramadan ini. Melalui kempen ini, NIVEA dapat menitipkan unsur-unsur kekeluargaan seperti kasih, kepercayaan dan cinta – nilai-nilai kemanusian asas bagi memupuk sebuah masyarakat yang penyayang.
Ibu merupakan tunggak sesebuah keluarga. Tanpa mementingkan keperluan atau kemahuan diri sendiri, si ibu sentiasa mencurahkan kasih sayangnya kepada anak-anak agar mereka sentiasa berasa selamat dan dilindungi. Oleh itu, NIVEA telah menerbitkan sebuah drama pendek yang menyentuh hati sebagai satu penghormatan bagi ibu-ibu yang telah banyak berkorban serta mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka tanpa berbelah bagi, dan juga menjadi teladan bagi menanam sifat-sifat pengasih di dalam diri anak-anak sedari peringkat awal. Drama pendek yang bertajuk Setulus Belaian Kasih ini dibintangi oleh Siti Eizad Sharifuddin dan Puteri Balqis Azizi menceritakan bagaimana seorang anak kecil belajar tentang sifat belas kasihan daripada ibunya.
Clik here to view.

Dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), NIVEA menggalakkan para pengguna untuk membantu mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama, melakukan kebaikan. Para pengguna boleh memberikan sumbangan mereka melalui pembelian produk NIVEA di mana setiap 5% daripada setiap pembelian berjumlah RM10 (RM 0.50) di mana-mana peruncit yang mengambil bahagian akan didermakan kepada keluarga yang memerlukan serta dikenalpasti oleh PENYAYANG. NIVEA juga turut mensasarkan RM100,000 sebagai jumlah sasaran kutipan bagi membantu 100 keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya.
Clik here to view.

Drama yang berepisod 1 minit Setulus Belaian Kasih ini akan ditayangkan di TV3 pada hari Isnin melalui slot Wanita Hari Ini dan setiap Selasa melalui slot Sembang Sahur sepanjang bulan Jun. Edisi istimewa berdurasi 5 minit akan ditayangkan pada 29 Jun. Setiap episod boleh ditonton di saluran YouTube NIVEA, sehari selepas ia ditayangkan di kaca televisyen.