Sejak dilancarkan pada tahun 2014, jenama kosmetik Korea yang hangat diperkatakan kini baru sahaja melancarkan bedak kompak kusyen yang merangkumi perlindungan SPF50+PA+++.

Dalam pada pengenalan produk terbaharu itu, Moonshot turut memperkenalkan dua orang duta yang masing-masingnya dijayakan duta selebriti KPOP terkemuka seperti G-Dragon dan Sandara Park khas untuk MICROFIT CUSHION dan MOONFLASH CUSHION.
Melihatkan permintaan bedak kompak kusyen itu yang sangat menggalakkan, ramai pengguna telah memberi nama singkatan kepada kedua-dua produk berkenaan dengan nama “GD Cushion” serta “Dara Cushion”.

Pada majlis pelancaran Moonshot di Malaysia yang bertempat di hadapan Sephora Mid Valley Megamall tempoh hari, Dara juga diundang dari Korea untuk turut sama memeriahkan majlis serta berkongsi panduan berkenaan rutin serta amalan rejim kecantikkannya bersama dengan para tetamu yang hadir.
Peminat fanatik Dara yang beratur panjang begitu teruja melihat gelagat comel serta personaliti dirinya yang begitu minimalis bahkan, mereka berpeluang bersua dan mendapatkan tanda tangan Dara pada akhir malam itu!

MICROFIT CUSHION ultra light yang dijana menggunakan formula tanpa pengoksidaan pastinya berkesan untuk menjadikan sapuan lebih halus tanpa membuatkan kulit nampak bercapuk setelah sekian lama terdedah kepada faktor keterjejesan luar seperti matahari dan udara tercemar. Ia juga memudahkan kerana setiap bekas dilengkapi cermin serta span “puff” yang berfungsi bantu meratakan sapuan secara konsisten tanpa memerlukan produk yang terlalu banyak.

Lebih hebat, MICROFIT CUSHION ini diperkaya dengan teknologi yang bisa mencerahkan tona kulit dengan segera serta mempunyai kesan yang penyejukkan sebaik disapu ke atas kult kerana diramu dengan nira daun buluh.

Manakala, MOONFALSH CUSHION yang mempunyai tekstur dan warna seolah susu kemerah-merahan itu berfungsi untuk meratakan keseluruhan tona kulit tidak kira warna apa sekalipun kulit anda. Ia secara langusung bakal menjadikan kulit bercahaya, bersinar sekaligus tampak berseri dan segar.

Kompak istimewa pelbagai fungsi ini dalam masa yang sama boleh digunakan sebagai primer, highlighter mahupun bedak asas. Jika anda nak kulit berkilat bak selebriti Kpop, anda bolehlah cuba Dara Cushion ini!
Pengguna boleh dapatkan siri rangkaian kosmetik Moonshot di seluruh cawangan Sephora seluruh Malaysia, secara atas talian di www.sephora.my. Moonshot MICROFIT CUSHION SPF 50+ PA+++, 12g dan MOONFLASH CUSHION SPF 50+ PA+++, 12g boleh dibeli dengan harga RM110 setiap satu manakala RM72 untuk isian semula bersama puff.
Untuk keterangan lanjut, sila layari en.moonshot-cosmetics.com.