
Khas untuk semua rakyat Malaysia, DiverseCity atau Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 kini kembali dengan kejutan yang lebih mendebarkan! Untuk tahun ini, festival ini akan berlangsung selama 5 minggu lamanya, bermula 31 Ogos sehingga 2 Oktober 2016.

Bakal mempersembahkan pelbagai jenis persembahan artistika yang menarik, keunikkan festival ini adalah ia akan menggabungkan kesemua elemen dan bakat-bakat yang dikumpul dari seluruh dunia di bawah satu bumbung termasuklah seni lakon teater, nyanyian, muzik, nyanyian dan banyak lagi! Sesungguhnya, ia bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan bangsa sesama komuniti negara ASEAN.

Tonton Video Pengenalan DiverseCity 2016
DiverseCity 2016 telah dilancarkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertempat di Berjaya Times Square, ia turut dimeriahkan dengan persembahan tarian jalanan, okestra telefon pintar, bacaan syair, pameran fotografi dan banyak lagi!

Untuk jadula penuh aktiviti dan persembahan sepanjang DiverseCity 2016 berlangsung, sila layari diversecity.my. Jangan ketinggalan untuk menyertai acara ini dan tunjukkan kecintaan anda terhadap budaya dan nusa bangsa anda! Malaysia, Unite We Stand!


Tidak ketinggalan, tempahan tiket boleh dibuat secara atas talian di diversecity.my/booknow
Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-59!