
Penghujung bulan Julai yang lepas, SEPHORA Malaysia baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-5 yang diadakan di KL Live. Dengan bertemakan “Beauty Night Out”. Parti tersebut sangat meriah dengan kehadiran para pencinta mekap, jurusolek termahsyur, selebriti terkemuka tanah air serta beberapa individu berpengruh media social (influencers) dari seluruh Malaysia.
Lebih menarik, kemunculan eksklusif artis pop duo Karmin dari Amerika yang berhasil membuat persembahan paling gempak untuk menggamatkan lagi susana malam yang penuh kemeriahan dengan mendendangkan beberapa lagu hit mereka seperti “Hello”, “Acapella” dan “Brokenhearted”.

Tidak ketinggalan, persembahan lain yang turut menggegar malam sambutan ulang tahun SEPHORA adalah termasuk tarian rancak oleh kumpulan penari wanita W4D dari Thailand, alunan gesekan violin merdu oleh Josh Kua sambil disertai beatboxer yang dikagumi ramai Cody “Coez” Foo sama sekali membuatkan semua hadirin ternganga besar.

SEPHORA tidak pernah menghampakan dari segi tawaran produk serta perkakas kosmetik import yang berkualiti, terus-menerus membekalkan seleksi jenama kosmetik terkini khas untuk para pengguna di Malaysia.

Pada masa yang sama, sehingga ini, SEPHORA telah mempunyai lebih 16 buah cawangan di 5 daerah sekitar Malaysia sejak kemunculan pertamanya dalam pasaran Malaysia pada tahun 2011 lalu yang berlokasi di Starhill Gallery, Bukit Bintang. SEPHORA sentiasa komited untuk menyediakan servis serta jenama-jenama kosmetik antarabangsa bagi mewujudkan komuniti global yang peka tentang kecantikan.












Untuk pengetahuan anda semua, SEPHORA telah menjadi pendukung utama memperkenalkan jenama kecantikan tersohor kepada rakyat Malaysia antaranya seperti rangkaian kecantikan Marc Jacobs Beauty, Tarte, Too Faced, Fresh dan yang terbaru adalah Kat Von D. Anda yang berada jauh dari cawangan-cawangan SEPHORA sekitar Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan kawasan timur Malaysia boleh mendapatkan barangan yang dijual di SEPHORA mellaui gedung atas taliannya di www.sephora.my