
Setelah bahagia bersama sepanjang musim panas lepas, pelakon manis yang juga merupakan wajah bagi jenama fesyen tersohor bumi New York Coach itu kini disahkan telah mengakhiri percintaannya bersama anak ikon bola sepak si Brooklyn Beckham. Serius ke ni?
Menurut beberapa buah laporan, pasangan ini telah pun berada dalam dilema merasakan hubungan mereka tidak boleh pergi lebih jauh beberapa bulan lepas ketika di Los Angeles.
Chloë, 19 dan Brooklyn, 17 bersua buat kali yang pertama ketika menhadiri kelas senaman SoulCycle pada tahun 2014 namun tidak mengaku tentang hubungan mesra mereka sehinggalah pada Mei lalu apabila selebriti wanita itu sendiri membuat pengakuan ketika menerima undangan ke rancangan temu bual Watch What Happens Live bersama hos Andy Cohen.

“Brooklyn adalah seorang jejaka yang baik. Dia insan yang baik. Saya begitu selesa untuk keluar dengannya,” jelas Chloë.
Suatu ketika dahulu ketika ditemu ramah oleh majalah Glamour U.K, bintang filem Neighbours 2: Sorority Rising itu pernah menerangkan bahawa hubungannya sangat ‘bahagia’ cuma apabila dia dan pasangannya sebagai selebriti perlu bercinta di hadapan khalayak umum, ia serta merta menjadi suatu bebanan.
“Kami bisa menjadi diri kami sendiri tanpa perlu berpura-pura apabila bersama, sebab itu saya selesa berpacaran dengan Brooklyn,” tambah Chloë.
Untuk pengetahuan anda, Chloë dan Brooklyn kali terakhir dilihat bersama ketika mereka menghadiri Teen Choice Awards 2016 di Los Angeles bulan lepas.
Momen manis Chloë dan Brooklyn ketika bersama













Tapi yang jelasnya, foto-foto pasangan mereka di Instagram peribadi masing-masing masih lagi ada terpampang. Adakah mereka akan bebaik semula untuk meneruskan hubungan cinta romantis yang telah banyak meruntun hati umum? Kita tunggu dan lihat kesudahannya nanti.