Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

“Where Your Eyes Linger” Drama LGBT Pertama Di Korea

$
0
0

Arena hiburan di Korea nampaknya cuba menembus tanggapan negatif mengenai LGBT menerusi web drama bergenre ‘Boys Love’ atau BL pada bulan Mei akan datang ini. Web drama bertajuk “Where Your Eyes Linger” merupakan hamparan baru dalam industri drama Korea mengenai percintaan antara lelaki.

Drama “Where Your Eyes Linger” mengisahkan tentang dua orang remaja lelaki iaitu Tae Joo dan Gook, yang berusia 18 tahun.

Watak Tae Joo dilakonkan oleh Han Gi Chan yang merupakan bekas peserta rancangan realiti ‘ProduceX101’. Manakala watak Gook pula dilakonkan oleh Jang Eui Su, Jang Eui Su pernah berlakon dalam drama seperti ‘Bad Papa’ dan ‘He Is Psychometric’.

Foto – Arkib Wanista

Tae Joo merupakan anak lelaki tunggal dari keluarga yang kaya raya dan mempunyai sikap yang tidak boleh di duga. Sementara itu, Gook yang merupakan sahabat baik serta pengawal peribadi Tea Joo mempunyai aura yang kuat dan sentiasa berada dekat di samping Tae Joo.

Foto – Psycho Milk

Seperti mana-mana web drama berunsur ‘Boys Love’ ini pasti akan ada karakter wanita sebagai penambah rasa jalan cerita, web drama ini juga dibintangi oleh Choi Gyu Ri. Choi Gyu Ri pernah muncul dalam video muzik kumpulan idol popular Super Junior bagi lagu ‘Magic’ dan kumpulan BTOB bagi lagu ‘Dear Bride’.

Choi Gyu Ri memegang watak Hye Mi yang merupakan seorang pelajar pertukaran dari Thailand yang bertukar ke sekolah Tae Joo dan Gook. Dari situ bermulanya mainan perasaan berputik.

Web drama ini merupakan drama pendek dengan lapan episod secara keseluruhan, setiap episod berdurasi 10 minit dan ia akan ditayangkan pada 22 Mei untuk tontonan umum. Manakala versi suntingan oleh pengarah akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam pada bulan Jun nanti.

Rujukan: 1, 2

The post “Where Your Eyes Linger” Drama LGBT Pertama Di Korea appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles