Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Aktres Rookie Han So Hee Pukau Netizen Dengan Lakonan

$
0
0

Aktress rookie Han So Hee pukau netizen dengan bakat lakonannya dalam drama ‘A World Of Marriage Couple’ sebagai orang ketiga dalam rumahtangga Ji Sun Woo lakonan Kim Hee Ae dan Lee Tae Oh lakonan Park Hae Joon.

Bakat lakokan Han So Hee di ikhtiraf ramai penonton dari Korea dan Asia, segala pujian dan kritikan yang diberikan oleh netizen berdasarkan lakonan mantapnya dalam drama rating paling tinggi di Korea ketika ini.

Rata-rata ramai yang ingin mengenali aktress cantik dan berbakat ini dengan lebih rapat lagi, almaklum siapa yang tidak tertawan dengan aktress rookie yang mendadak naik dek kerana bakatnya bukan?

Junior Sekolah Aktress Kim Tae Hee

Foto – Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua aktress cantik ini merupakan junior sekolah aktress jelita Kim Tae Hee, sungguh mengejutkan. Han So Hee merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Ulsan di mana sekolah tersebut merupakan sekolah kepada aktress terkenal Kim Tae Hee.

Bukan sembarangan ni, dua aktress jelita dan berbakat merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Ulsan. Hebat bukan?

Tahun 2017 Permulaan Perjalanan Aktress Rookie Ini

Foto – Arkib Wanista

Han So Hee mula melangkah dalam dunia lakonan pada tahun 2017, tahun tersebut merupakan perjalanan pertama aktress jelita ini melebarkan sayapnya sebagai pelakon.

Dalam masa setahun Han Soo Hee membintangi dua buah drama dan paling mengeujutkan adalah drama tersebut sangat popular bukan saja di Korea malah di Asia.

Rekod Fail Drama Dibintangi Oleh Han So Hee

Foto – Arkib Wanista

Bukan sembarangan bakat pendatang baru ni, dirinya mengasah bakat dalam beberapa drama yang tidak kurang hebatnya seperti drama yang sedang ditayangkan pada ketika ini. Jom lihat drama-drama yang pernah dibintangi oleh aktress rookie ni.

Drama

  • Reunited World – SBS 2017
  • Money Flower – MBC 2017 – 2018
  • 100 Days My Prince – tvN 2018
  • Abyss – tvN 2019
  • A World Of Marriage Couple – JTBC 2020

Filem

  • After The Rain – KBS2 2018

Han So Hee nampaknya akan melebarkan sayapnya secara meluas lagi dengan projek-projek baru di masa akan datang, pastinya kita semua tidak sabar menanti projek terbaru dari aktress rookie ini dan pukau kita semua dengan lakonan mantapnya seperti dalam drama yang pernah dilakonkannya.

Penting: Jangan tersilap aktress jelita ni dengan bekas teman wanita T.O.P Big Bang yang drug addict tu tau, mereka berdua mempunyai nama yang sama sahaja dan bukannya orang yang sama!

Rujukan: 1, 2

The post Aktres Rookie Han So Hee Pukau Netizen Dengan Lakonan appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles