Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

7 Sebab Keanu Reeves Di Label Internet Boyfriend!

Siapa yang tidak kenal dengan aktor kacak dan pengarah filem terkemuka dunia Keanu Reeves, Keanu yang mula menempa nama dalam dunia perfileman pada tahun 1986 ini mendapat gelaran ‘Internet Boyfriend’ oleh warganet.

Malah Keanu sendiri tidak tahu dirinya mendapat jolokan sebegitu oleh warganet, mengapa warganet di seluruh dunia memberi gelaran ‘internet boyfriend’ pada Keanu Reeves ini?

Nak tahu sebabnya, jom kita selongkar di bawah.

#1 Sangat Menghormati Wanita Dengan Tidak Bersentuhan

Keanu Reeves sangat menghormati kaum wanita dengan menjaga batas diri, dengan tidak bersentuhan dengan mana-mana wanita lain selain teman wanitanya sendiri. Dah macam stail aktor Korea pula cara Keanu Reeves elak dari bersentuhan dengan wanita.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Arkib Wanista (Keanu tidak memeluk wanita sebaliknya hanya mendepakan tangan seperti dalam gambar atas)

#2 Gentleman Beri Tempat Duduk Pada Wanita 

Pada tahun 2011 seorang pengguna pengangkutan awam yang menaiki kereta api bawah tanah di bandar New York, merakam Keanu Reeves yang juga menaiki pengangkutan tersebut.

Yang menjadikannya viral adalah, Keanu memberi tempat duduk pada seorang wanita yang baru masuk ke dalam kereta api sambil membawa beg besar. Serius gentleman habis!

#3 15 Jun Warganet Isytihar Hari Cheer Up Keanu Reeves

Pada tahun 2010 Keanu di lihat sedang duduk di kerusi panjang di sekitar bandar Ney York sambil menikmati roti sandwich, dan seseorang telah mengambil foto Keanu pada waktu itu.

Apabila gambar tersebut dimuatnaik di sosial media, foto Keanu terus menjadi viral sebagai meme di Reddit, Facebook dan Twitter.

Rupa Keanu yang seolah-olah sedang bersedih itu menarik perhatian warganet dan mengisytiharkan bahawa 15 Jun adalah ‘Hari Cheer Up Keanu’ di internet.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Twitter

#4 Sentiasa Tenang Hadapi Apa Jua Situasi

Pada tahun 2019 Keanu menaiki penerbangan dari San Francisco ke Los Angeles tapi malangnya pesawat yang dinaiki membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Bakersfield di California.

Ekoran masalah teknikal, para penumpang termasuk Keanu terpaksa menaiki van untuk pulang ke Los Angeles. Salah seorang penumpang telah merakam perjalanan mereka bersama Keanu, aktor tersebut dilihat santai dan tenang menghadapi krisis dilapangan terbang.

Serius tabik pada Keanu, kalau pelakon lain dah melenting habis apatah lagi kena naik van untuk perjalanan jauh!

#5 Sangat Peramah Dengan Peminat

Seorang peminat berkongsi kisahnya di Reddit, dimana dirinya bercuti bersama keluarga pada tahun 2003 di Paris, dimana mereka sekeluarga bertuah dapat bertemu dengan Keanu selepas aktor tersebut keluar dari panggung.

Difahamkan mereka cuba bertemu bersama Keanu tetapi dihalang oleh seseorang dengan mengatakan aktor tersebut sangat penat dan sedang berehat, kemudian Keanu keluar dan bertemu dengan keluarga tersebut sambil menyapa mereka dengan sopan santun dan memberi tandatangan serta mengambil gambar bersama mereka.

Sejak dari muda lagi Keanu memiliki akhlak budi pekerti yang baik!

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Arkib Wanista (Peminat kongsi pengalaman bertemu Keanu di Paris dan berkongsi tandatangan serta gambar Keanu semasa muda)

#6 Sangat Pemurah Pada Pekerja Produksi

Menurusi perkongsian di Reddit, pengguna Reddit tersebut mendapat kerja pertamanya sebagai pereka prop untuk set penggambaran ‘Chain Reaction’.

Setiap hari pada beberapa minggu terakhir penggambaran Keanu akan membawa pekerja produksi yang melakukan tugas-tugas disebalik tabir keluar makan sarapan dan makan tengah hari. Selain itu, Keanu Reeves juga sangat peramah dan mudah mesra, tiada aktor lain seperti dirinya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Arkib Wanista

#7 “You’re Breathtaking!”

Pada tahun lalu semasa persidangan E3 2019 berlangsung, Keanu Reeves menceritakan pengalamannya sebagai ‘Breathtaking’ dan kemudian peminatnya menjerit kembali dengan “You’re breathtaking!” pada Keanu. Respond yang hebat itu membuatkan persidangan tersebut jadi lebih meriah dari biasa.

Memang layak Keanu Reeves mendapat gelaran ‘internet boyfriend’, bukan saja memiliki peribadi yang sopan dan bagus. Malah setelah menjadi aktor yang berjaya, Keanu tidak lupa diri, sebaliknya bersikap sangat down to earth.

Really one of a kind actor..

Rujukan: 1, 2

The post 7 Sebab Keanu Reeves Di Label Internet Boyfriend! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584