Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

5 Sebab Wanista Rasa Plot K-Drama Cliche Dan Bosan

$
0
0

Wanista lihat kebanyakan drama Korea yang ada sekarang ini mempunyai jalan cerita atau plot yang sama saja, balik-balik kisah cinta, kisah balas dendam, kisah wanita biasa jatuh cinta dengan lelaki kaya dan sebagainya.

Bila melihat kebanyakkan drama Korea yang dihasilkan begitu cliche, ia menjadikan drama tersebut menjadi bosan. Lalu menyebabkan tak ramai yang nak tonton drama tersebut, meskipun barisan pelakonnya mantap-mantap.

#1 Konsep Jalan Cerita Yang Cliche Dan Berulang

Kalau perasan dari dulu sampailah ke hari ini banyak drama-drama Korea mempunyai konsep jalan cerita yang sama saja.

Balik-balik elemen kisah dongeng, cinta, dendam, pergelutan kuasa, cinta antara dua darjat, romantik komedi atau konflik antara menantu perempuan dan ibu mertua sering disajikan pada penonton, hingga bosan untuk menonton drama tersebut berulang kali.

Kebanyakan jalan cerita drama Korea adaptasi konsep atau stail olahan cerita yang sama, menyebabkan sesetengah penonton (macam penulis sendiri) berasa cepat jemu dengan konsep berulang seperti ini.

Foto – Arkib Wanista

#2 Watak Yang Terlalu Overbearing

Selain itu, watak-watak dalam drama juga kadang-kala terlalu bersifat overbearing atau keterlaluan demi menonjolkan sikap watak tersebut, tetapi sayang ia menjadikan drama tersebut tidak berpijak pada realiti. Biasanya kemunculan watak-watak sebegini banyak dalam drama romantik moden dan klasik.

Bila dah banyak sangat drama-drama Korea yang cuba tonjolkan watak overbearing dalam karakter watak utama, baik watak utamanya lelaki mahupun wanita.

Penulis faham pengarah drama mahu tonjolkan keunikan atau kekuatan watak tersebut, tapi kalau watak tersebut terlalu overbearing dan tak realistik pun tak bagus juga kan?

Foto – Pinterest

#3 Watak Sokongan @ Second Lead Selalu Dipinggirkan

Kita sering melihat watak sokongan atau second lead dalam drama tidak mempunyai pengakhiran yang baik dan dimatikan dengan babak tragik atau pergi membawa diri keluar negara.

Why not penulis skrip olah jalan cerita dengan memberi peluang kepada watak second lead atau watak sokongan paparkan jalan cerita mereka bagi menjadikan drama tersebut lebih warna-warni.

Ini tidak, kalau berpaksikan pada watak utama dan musuh watak utama, alamat tak sampai episod akhir orang dah malas nak tonton.

Foto – Arkib Wanista

#4 Jalan Cerita Yang Terlalu Lembab Dan Panjang

Kita sering terjerat dengan sinopsis drama yang hebat-hebat tapi bila tonton episod satu sampai episod 10, hambar gila jalan cerita. Plot drama yang terlalu lembab berkembang juga salah satu sebab, mengapa drama tersebut tidak mendapat sambutan dan tidak mendapat rating yang bagus.

Penulis sendiri tak tahan menonton drama yang slow pace, silap-silap boleh tertidur di depan kaca televisyen dibuatnya, apatah lagi kalau drama tersebut memiliki 40 hingga 50 episod memang tak habis tontonlah jawabnya!

Foto – Arkib Wanista

#5 Jalan Cerita Yang Diadaptasi Dari Novel Berbeza 

Sekarang ini drama yang diadaptasi daripada novel atau webtoon terlalu banyak, bagi yang mengikuti novel atau webtoon (seperti penulis), pastinya teruja apabila pengarah drama mengumumkan akan menyiarkan drama yang diadaptasi dari novel sekian tajuk.

Tapi bila dah tonton drama yang diadaptasi tersebut, penonton terutama yang mengikuti dan membaca novel atau webtoon yang diadaptasi menjadi drama tersebut kecewa, kerana drama yang dipaparkan terlalu banyak olahan sehingga setting cerita tidak lagi sama seperti novel atau webtoon tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Point penting apabila mengadaptasi novel kepada drama adalah, betapa real atau serupa dan samanya lakonan drama yang dipaparkan berdasarkan penulisan novel atau webtoon tersebut.

Penonton sangat menitikberatkan isu ini (malah penulis juga antara golongan yang sama) kerana ramai yang lebih menyukai drama tersebut dapat memaparkan 100% yang terdapat dalam penulisan secara live-action.

Jika drama yang diadaptasi tersebut terlalu banyak lari dari novel asal, maka penonton sendiri akan lari ke siaran lain dari menonton drama tersebut hingga tamat.

Foto – Arkib Wanista

Jadi tak hairan makin kurang yang menonton drama Korea kerana elemen dan konsep berulang masih diguna pakai dalam menghasilkan drama baru mereka.

Mungkin penghasil drama Korea boleh melihat bagaimana drama dari China atau Jepun dihasilkan, kebanyakan drama dari dua buah negara ini lebih bersifat on-point, plot tidak meleret-leret, tidak terlalu cliche, watak utama dan sokongan dihidupkan dengan olahan jalan cerita yang baik.

Bagi yang bosan menonton drama Korea, apa kata cuba beralih selera dengan menonton drama China atau Jepun pula lepas ini.

Selamat menonton!

The post 5 Sebab Wanista Rasa Plot K-Drama Cliche Dan Bosan appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584