Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Peminat Wajib Tonton Filem Khas BTS, ‘Break The Silence: The Movie’

$
0
0

Big Hit Entertainment bawakan filem keempat kumpulan idol lagenda BTS yang bertajuk ‘Break The Silence: The Movie’. Filem eksklusif ini bakal ditayangkan di semua pawagam di seluruh negara serentak pada 10 September 2020 ini nanti.

Dan ada beberapa pawagam di negara lain akan mula tayangkan filem ini pada 24 September nanti, ianya bergantung pada tarikh dan status pawagam yang boleh beroperasi di negara masing-masing.

Menariknya filem keempat ‘Break The Silence: The Movie’ ini, akan membawa penonton melihat perjalanan setiap anggota BTS sepanjang konsert jelajah dan disebalik pentas (off-stage).

Foto – BTS Official

Selain itu, filem ini juga akan menampilkan kisah peribadi ketujuh-tujuh ahli BTS dalam filem eksklusif keempat ini dengan memfokuskan ‘Facing my other self PERSONA’ sepanjang perjalanan konsert tour mereka di seluruh dunia.

Filem keempat BTS ‘Break The Silence: The Movie’ ini difahamkan bekerjasama bersama Trafalgar Releasing, yang mana peminat dapat akses dengan melihat pentas konsert tour pertama BTS menerusi tayangan eksklusif pada 10 September 2020 nanti di beberapa pawagam GSC dan MBO yang terpilih di Malaysia.

Nampaknya filem keempat BTS ini lain dan unik sedikit berbanding filem yang sebelumnya seperti filem ketiga BTS yang berjudul ‘Bring The Soul: The Movie’, yang mana filem tersebut berjaya meraih kutipan box office sebanyak 24.3 juta USD atau RM101.9 juta pada tahun 2019.

Foto – Arkib Wanista

Peminat die hard fan BTS boleh mendapatkan tiket dari laman sesawang rasmi BTS bermula pada hari Khamis ini, 13 Ogos 2020 bagi membeli tiket filem keempat BTS ‘Break The Silence: The Movie’ yang bakal ditayangkan pada 10 September nanti.

Selain itu, difahamkan filem ketiga BTS ‘Bring The Soul: The Movie’ juga bakal ditayangkan kembali secara eksklusif pada 28 Ogos hingga 30 Ogos 2020 di pawagam GSC, dan tiket boleh mula dibeli pada hari Selasa 18 ogos 2020 ini nanti.

Foto – BTS Official

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tiket dan tarikh tayangan filem BTS, layari laman sesawang rasmi BTS [SINI] dan ikuti Instagram [SINI], Twitter [SINI] dan Facebook BTS [SINI] untuk mengikuti perkembangan BTS dan maklumat lanjut dari masa ke semasa.

The post Peminat Wajib Tonton Filem Khas BTS, ‘Break The Silence: The Movie’ appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584