Siapa sangka aktor kacak Kang Ha Neul dengan senyuman manis ini sebenarnya seorang homebody.
Pelakon utama bagi drama Korea popular ‘When The Camellia Blooms’ yang ditayangkan pada 2019 dan ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ pada tahun 2016 ini, sebenarnya sejenis suka duduk rumah!
Baru-baru ini Kang Ha Neul menjadi model bagi 1st Look Magazine, apa yang menariknya adalah tema sesi fotografi untuk majalah tersebut kena dengan jiwa aktor kacak ini iaitu tema homebody.
Jom intip rahsia pelakon berbakat ini kenapa dirinya lebih suka duduk rumah, dan memilih untuk menjadi homebody di bawah.
Sangat Suka Habiskan Masa Dengan Membaca
Menurut Kang Ha Neul dirinya gemar menghabiskan masa dengan berehat dan membaca di rumah, jika tidak terlibat dengan mana-mana projek.
- Foto – Arkib Wanista
Selasa Lakukan Aktiviti Yoga Di Rumah
Selain itu, Kang Ha Neul juga turut mengaku dirinya selesa melakukan aktiviti senaman seperti yoga di rumah kerana lebih santai dan bebas.
- Foto – Arkib Wanista
Fikiran Jadi Lebih Tenang
Individu homebody sangat sukakan ketenangan dan fikiran mereka jadi lebih fokus tatkala berehat dan duduk di rumah. Begitu juga dengan aktor kacak ini, dirinya mengaku dengan duduk di rumah fikirannya lebih tenang dan bebas.
- Foto – Arkib Wanista
Diri Lebih Bebas Melakukan Apa Saja Di Rumah
Persamaan antara individu homebody yang lain dengan pelakon kacak ini adalah, mereka sangat pentingkan ruang dan kebebasan mereka dengan menghabiskan masa duduk di rumah.
Seperti yang dikongsikan oleh Kang Ha Neul sendiri, dirinya sangat suka duduk di rumah kerana berasa bebas untuk melakukan apa saja.
- Foto – Arkib Wanista
Gaya Hidup Santai Jiwa Sebenar Homebody
Tiada yang lebih nikmat dengan amalkan gaya hidup yang santai dan relax, bagi mereka tiada apa yang lebih sempurna dengan gaya hidup yang sebegitu.
Dan Kang Ha Neul sendiri lebih suka dan selesa menghabiskan masa lapangnya, dengan berada di rumah berbanding menghabiskan masa dengan berlibur di luar.
- Foto – Arkib Wanista
Ciri-ciri homebody memang dapat di lihat pada pelakon berbakat ini tatkala berkongsi gaya hidupnya menerusi temuramah bersama Soompi, selepas gambar posing bertemakan homebody bagi 1st Look Magazine keluar baru-baru ini.
Siapa jenis homebody kita team Kang Ha Neul!
The post Ini Sebab Aktor Kang Ha Neul Selesa Jadi Homebody appeared first on Wanista.com.