Rindu nak tengok lakonan Bae Suzy?
Aktres jelita ini kini tampil dengan buah tangan terbaru dalam K-drama bertajuk ‘Start-Up’ terbitan tvN, menariknya dalam drama ini Suzy bergandingan dengan pelakon kacak Nam Joo Hyuk.
Pastinya peminat setia Suzy dan Nam Joo Hyuk, berasa teruja bagaimanalah chemistry mereka berdua dalam pentas lakonan terbaru ini.
Almaklum kedua-dua pelakon sama kacak dan cantik ini, masing-masing mempunyai gaya lakonan tersendiri dan pastinya peminat berasa teruja melihat kombinasi kedua-dua pelakon di skrin kaca televisyen.
Tunjuk Bakat Jadi Usahawan Dalam Drama Terbaru
- Foto – Arkib Wanista
Dan pada tahun ini Bae Suzy dan Nam Joo Hyuk kembali dengan watak baru dan jalan cerita yang cukup menarik untuk ditonton pada bulan ini.
Dalam drama ‘Start-Up’ ini, Suzy dan Nam Joo Hyuk menunjukan bakat masing-masing dengan cuba membangunkan syarikat sendiri step by step, sehingga menjadi usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan dan kehidupan peribadi.
Drama Berkisarkan Dunia Perniagaan
- Foto – Arkib Wanista
Dalam drama ‘Start-Up’ ini suzy membawa watak Seo Dal Mi yang bercita-cita ingin menjadi Steve Jobs versi Korea dan manakala Nam Joo Hyuk pula membawa watak sebagai Nam Do San yang merupakan usahawan muda dan pengasas kepada Samsan Tech.
‘Start-Up’ berkisarkan tentang bagaimana usahawan muda cuba membangunkan syarikat mereka sendiri, dan mengharungi cabaran dalam dunia perniagaan yang penuh pancaroba disamping menjalani kehidupan harian.
Sinopsis ‘Start-Up’
Drama ini disetkan di Silicon Valley, Korea Selatan yang mana tempat ini juga dikenali sebagai Sandbox dan tempat di mana orang-orang di dalam ‘Start-Up’ membangunkan syarikat mereka.
Seo Dal Mi mempunyai impian ingin menjadi Steve Jobs versi Korea, dirinya seorang pengembara yang berani dan mempunyai matlamat yang besar dalam hidupnya.
Seo Dal Mi mempunyai banyak pengalaman bekerja dan merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dalam hidup.
- Foto – Arkib Wanista
Manakala Nam Do San pula merupakan pengasas Samsan Tech, dan merupakan genius matematik serta merupakan permata kebanggaan keluarganya. Tetapi sejak dua tahun lalu, syarikat pelaburan yang dibangunkannya tidak berkembang.
Kemudian Nam Do San dan Seo Dal Mi bertemu, dan dalam imej ingatan Seo Dal Mi, Nam Do San yang merupakan cinta pertamanya itu seorang yang cool dan hebat.
- Foto – Arkib Wanista
Menerusi salah faham tersebut, Nam Do San berazam untuk menjadikan salah faham tersebut sebagai permulaan diri untuk membangunkan semula syarikatnya.
Perjalanan dunia perniagaan yang penuh turun naik ini, membuatkan usahawan muda bekerja keras membangunkan empayar perniagaa mereka sendiri.
Saksikan lakonan hebat antara Bae Suzy, Nam Joo Hyuk bersama beberapa pelakon hebat yang lain dalam drama ‘Start-Up’ ini.
Comfirm dah tengok episod satu dan dua drama ‘Start-Up’, pasti akan rasa tak sabar nak tunggu episod seterusnya!
The post Bae Suzy Dan Nam Joo Hyuk Tunjuk Bakat Perniagaan Dalam K-Drama ‘Start-Up’ appeared first on Wanista.com.