Sebelum ini aktor Bollywood tersohor Sanjay Dutt mengejutkan para peminat dengan penyakit kanser. Menurut laporan media India, Sanjay Dutt didiagnosis kanser paru-paru tahap 4.
Walaupun beliau tidak mengesahkan laporan media, tetapi pada bulan Ogos beliau mengumumkan akan berehat sebentar dari pekerjaan untuk mendapatkan rawatan perubatan. Pengumuman tersebut seperti mengiyakan keadaan aktor yang disegani itu.
Terganggu Dengan Laporan Media
- Foto – India
Menurut sumber terdekat, Sanjay Dutt agak terganggu dengan berita yang disebarkan media berikutan penyakit yang dirahsiakan dari peminat selama ini. Sanjay mahu cepat sembuh dan melakukan rawatan dengan segera supaya boleh meneruskan kerja seperti biasa.
Bulan Ogos Buat Swab Test Covid-19
Pada bulan Ogos, Sanjay Dutt telah melakukan swab test Covid-19 selepas beliau melaporkan kesukaran bernafas. Walau bagaimanapun, ujian menunjukkan beliau adalah negatif.
- Foto -Times of India
Walau begitu, Sanjay Dutt dilihat kerap keluar masuk hospital di Mumbai kerana penyakit lain.
Gesa Peminat Tak Buat Spekulasi
Sanjay Dutt dan isterinya Maanayata telah mengeluarkan kenyataan, menggesa peminat untuk tidak perlu risau atau membuat sebarang spekulasi mengenai keadaannya, tapi mendoakan kesejahteraan saja.
- Foto – Tribune India
Pertempuran Akhirnya Berjaya
Selepas bertempur dengan kanser, Sanjay Dutt berkongsi kenyataan mengatakan bahawa dia telah pulih dari kanser.
Aktor 61 tahun itu didiagnosis menghidap kanser paru-paru tahap 4 pada bulan Ogos. Beliau berkongsi berita di media sosial mengenai tahap kesihatannya sekarang.
Walaupun beliau dan keluarga tidak pernah mendedahkan perincian penyakitnya, tapi di harap Sanjay Dutt sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat agar boleh meneruskan kehidupan normal.
The post Selepas Bertarung Dengan Kanser, Aktor Sanjay Dutt Selamat Pulih appeared first on Wanista.com.