Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Facebook, Twitter & Netflix Sertai Video-Onz, Penstriman Video Percuma Dari U Mobile

$
0
0
Foto -mobile88.com

Syarikat telekomunikasi U Mobile Sdn, Bhd yang menawarkan seleksi rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia baru sahaja mengumumkan gandingannya bersama dengan tiga lagi rakan kongsi baharu menerusi Video-Onz™, terdiri daripada Facebook, Netflix dan Twitter. Kini, sesiapa sahaja bisa menonton video seolah menonton televisyen di rumah tanpa had.

Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan Video-Onz™ dari U Mobile telah pun dilancarkan pada April 2016 lalu, membolehkan pelanggan menikmati penstriman video tanpa had selama 24 jam setiap hari secara percuma tanpa menggunakan data telefon pintar yang dibeli atau dilanggan. 

Sekitar majlis pelancaran kemasukkan tiga lagi rakan kongsi Video-Onz baharu termasuk Facebook, Netflix dan Twitter. Foto -Arkib Wanista
Sekitar majlis pelancaran kemasukkan tiga lagi rakan kongsi baharu Video-Onz termasuk Facebook, Netflix dan Twitter. Foto -Arkib Wanista

Setakat ini, Video-Onz™ disertai 21 rakan kongsi menarik seperti Tonton, Astro on the Go, Dailymotion, Youtube, Iflix, StarliveViu, HyppTV dan banyak lagi termasuklah tiga rakan kongsi yang baru sahaja dilancarkan.

Video-Onz™ akan ditawarkan kepada para pelanggan U Mobile yang menggunakan pelan Hero P98, i130, Ultimate Device Plan 130 dan MB 128 di mana kesemuanya boleh menikmati penstriman video secara percuma tanpa perlu dikenakan cas data. Manakala pelanggan pascabayar, prabayar serta pengguna proadband, anda akan diberi data ekstra untuk menggunakan servis Video-Onz™.

Foto -soyacincau.com
Foto -soyacincau.com

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.u.com.my <– KLIK


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593