Teringat suatu masa duhulu, ketika zaman sekolah layan macam-macam drama dekat TV – Filipina, Amerika Latin, Indonesia, Hong Kong, sebut saja nama semua ditontonnya.
Kalau drama Filipina, nama Jericho Rosales paling orang Malaysia tahu. Aktor berbakat dengan rupa paras kacak disamping lesung pipit terhasil dari senyuman manis. Jericho Rosales memang legend! Drama dia dari Pangako Sayo, Sanay Wala Nang Wakas, beberapa filem dengan Kristine Hermosa semua orang Malaysia tahu.
- Jericho bersama Kristine Hermosa. Foto – Twitter
Kerjayanya telah menjangkau lebih dari 20 tahun dan pelbagai genre filem dan drama telah diperhalusi, sehingga mendapat gelaran “Asia Prince of Dramas.”
Pada yang tidak tahu, aktor dan usahawan ini sudah pun mendirikan rumah tangga dengan model cantik Kim Jones. Kini, di usianya 41 tahun aktor tersohor ini aktif menggunakan media sosial Instagram berkongsi kehidupan dan aktiviti kepada peminat serata dunia.
- Foto – Preview PH
Baca : Bagaikan Hotel, Lihat Kediaman Mewah Milik Aktor Kacak Jericho Rosales
Stalk Instagram dia, terkejut dengan penampilan yang langsung tak mamah dek usia. Dulu dan sekarang sama sahaja. Langsung tak nampak tua, maintain muda.
Jericho Rosales Dulu & Sekarang
Ketika awal-awal berlakon, zaman Pangako Sayo
- Foto – ABS-CBN
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
Kini di usia 40-an
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – ABS
Rasanya kalau sebut nama Jericho Rosales, semua orang Malaysia tahu.. Hebat pengaruh dia di negara kita.
Khabarnya Jericho sudah bersara dari lakonan, tapi masih lagi aktif dunia hiburan. Sekarang dia selesa bekerja di belakang tabir.
The post Jericho Rosales Dari Dulu Sampai Sekarang Sama, Tak ‘Tua-Tua’ Langsung appeared first on Wanista.com.