Siapa yang tidak kenal dengan Princess Of Pop, iaitu Britney Spears?
Terkenal dengan kejadian cukur kepala lebih daripada 13 tahun yang lalu, kehidupan dan karier peribadinya umpama roller coaster.
Britney yang sentiasa dikaitkan dengan masalah kesihatannya, masalah keluarga dan lain-lain lagi telah berjaya menjadi seorang yang lebih kuat berbanding sebelumnya. Pelbagai perkara terjadi dalam hidupnya, dan kini Britney kelihatan lebih gembira.
Buat peminat Britney, ini adalah timeline hidupnya tentang apa yang berlaku sehingga sekarang.
Tahun 2007
# Memandu Bersama Anak
Di antara tahun ini, Britney Spears dilihat sedang memandu kereta dengan meletakkan anaknya, Sean Preston di pangkuannya. Tindakannya itu sangat membahayakan keselamatan anaknya yang berusia 4 bulan pada ketika itu.
# Membotakkan Kepala
Britney pernah keluar berjalan di Los Angeles dan memasuki beberapa salun rambut untuk membotakkan rambutnya. Malangnya, tiada hair stylist yang mahu lakukan perkara tersebut.
Memandangkan tiada sesiapa yang mahu melakukan hal itu, Britney bertindak membotakkan rambutnya sendiri dan selepas itu, dia pergi mendapatkan tatu di kedai yang berhampiran.
# Serangan Payung
Beberapa hari selepas kejadian membotakkan kepala, sekali lagi Britney dilihat menyerang sebuah kereta di luar rumah bekas suaminya, Kevin menggunakan payung.
Memberi respon kepada kejadian itu, Britney menjelaskan ianya sebahagian daripada persiapannya untuk mendapatkan watak dalam filem tetapi akhirnya dia tidak terpilih. Terbawak-bawak akan watak itu, yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.
Tahun 2008
# Hospital Psikiatri
Britney ditahan dan diletakkan di sebuah hospital psikiatri sebanyak dua kali untuk penilaian kesihatan mental.
Menurut rakannya, Sam Lutfi mengatakan Britney menerimanya dengan rela hati dan dia tahu perkara itu terbaik untuk dirinya.
# Conservatorship
Ayahnya, Jamie telah mengemukakan petisyen untuk conservatorship darurat buat sementara waktu.
Diluluskan oleh mahkamah, Jamie diberikan hak untuk mengawasi harta dan kesihatan mental Britney termasuk urusan perniagaannya dan menyekat sesiapa yang ingin berjumpa dengannya.
Britney yang diletakkan di bawah conservatorship tidak dibenarkan untuk mengundi, memandu, berkahwin atau mengandung. Akibat daripada ini, Britney telah kehilangan hak penjagaan kedua-dua anaknya, iaitu Sean dan Jayden.
# Comeback
Selepas menjalani rawatan dan mendapat bantuan daripada ayahnya, Britney akhirnya dapat berdiri semula seperti orang baru. Dalam tahun yang sama, dia telah released album keenamnya iaitu Circus. Menjadi nombor satu di carta Billboards, Britney kelihatan lebih baik daripada sebelum ini.
Tahun 2009
# Dipersoal Oleh Peminat
#FreeBritney menjadi trending apabila ada peminat mempersoalkan tentang conservatorship terhadap Britney sehingga ke hari ini. Sebilangan peminat Britney percaya dia dipaksa untuk bersetuju tentang perlanjutan conservatorship tersebut.
Sebuah mel suara oleh peguam Britney telah mendedahkan tuduhan terhadap ayahnya yang memanfaatkan daripada hak lawatan Britney untuk berjumpa dengan kedua anaknya sebagai pengaruh untuk menghentikannya daripada membatalkan conservatorship di mahkamah.
Tahun 2010-2019
# Conservatorship Dilanjutkan
Conservatorship telah dilanjutkan dari tahun ke tahun. Kesan daripada ini, Jamie mengatakan bahawa hubungannya dengan Britney setiasa menjadi tegang. Dalam pada masa yang sama, Jamie telah meminta untuk memperluaskan conservatorship di luar California seperti Louisiana, Hawaii, dan Florida.
# Letak Jawatan Sebagai Konservator Utama
Jamie dituduh mendera anak Britney, Sean secara fizikal pada usianya berumur 14 tahun. Disebabkan perkara itu, Jamie telah meletakkan jawatan dan digantikan dengan Jodi Montgomery iaitu ‘care-manager’ Britney.
# Dimasukkan Ke Pusat Penjagaan Mental
Britney yang struggle dengan situasi ayahnya jatuh sakit telah dimasukkan ke sebuah pusat penjagaan mental.
Melihatkan keadaan ayahnya, Britney mengambil keputusan untuk menghentikan seketika kerjayanya untuk fokus kepada keluarga. Menurut sumber, Britney memerlukan cuti dan dia tidak berada dalam keadaan yang mengizinkan untuk memikirkan tentang persembahannya.
Tahun 2020
# Protes
Menerusi live di Instagram anak Britney, Jayden mengatakan bahawa ibunya tidak akan membuat persembahan atau muzik lagi. Ini kerana Britney memprotes akan conservatorship yang melibatkan ayahnya.
Dalam pada masa yang sama, Britney menentang ayahnya yang ingin melantik rakan konservatori milik harta tanahnya. Selain itu, dia juga mahukan seorang peguam baru dan perwatakan bebas.
# Berperang
Pada bulan Ogos yang lalu, Britney telah mengemukakan permintaan untuk menggantikan ayahnya secara kekal dengan Jodi. Britney yang kelihatan aktif telah berusaha untuk membuat penambahbaikan dan perubahan terhadap syarat-syarat conservatorship yang ditandai pada tahun-tahun sebelum ini.
# Kalah Untuk Menyingkirkan Jamie
Dalam perbicaraan tertutup itu, hakim telah menolak permohonan Britney untuk menyingkirkan ayahnya daripada conservatorship buat masa ini. Hakim juga telah menolak permohonan berkaitan dengan pelindung dan harta pusaka.
Jamie pula berpendapat, Britney tidak bersedia untuk mengambil alih kehidupannya dan hal kewangan.
Menurut Samuel D. Ingham III, peguam kepada Britney, dia sangat takut akan ayahnya, “Pelanggan saya tidak akan tampil meneruskan kerjayanya jika ayahnya masih bertanggungjawab dalam kariernya.” Britney dilihat tidak lagi bekerja sejak awal tahun 2019.
Ingham juga menyatakan bahawa Britney dan ayahnya sudah lama tidak berkomunikasi. Walaupun hakim menolak permohonannya, tetapi hakim telah bersetuju untuk menambah rakan konservatori ke dalam harta tanahnya iaitu Bessermer Trust yang diminta oleh pasukan Britney.
Perbicaraan berikut untuk kes ini dijadualkan pada 16 Disember 2020.
Pelbagai perkara yang dilalui oleh Britney, dari masalah kesihatan mentalnya sehinggalah ke masalah conservatorship yang melibatkan ayahnya, peminat merasakan Britney memerlukan kebebasannya untuk terus berkarier dalam industri muzik.
The post Bagaikan Roller Coaster, Sadis Betul Kisah Hidup Britney Spears appeared first on Wanista.com.