Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

K-Pop Girl Group Aespa, Idol Virtual Dan Realiti Yang Memukau Jiwa

$
0
0

Kumpulan idol wanita yang baru ditubuhkan oleh Syarikat SM Entertainment ini, mendapat perhatian ramai orang di Korea dan di sebelah barat.

Kumpulan idol wanita yang diberi nama Aespa ini terdiri daripada Karina, Giselle, Winter dan NingNing merupakan artis gabungan virtual dan realiti.

Kumpulan idol yang dianggotai oleh empat orang wanita jelita ini, akan memaparkan avatar diri mereka sendiri yang juga dikenali sebagai diri kedua mereka dengan panggilan ‘Ae’.

Aespa Bukan Saja Cantik Secara Realiti Tapi Juga Di Alam Maya

Dengan kemunculan kumpulan idol baru ini, ia memberi sudut baharu dalam arena hiburan di Korea kerana empat idol baru ini memiliki visual yang cukup jelita dan apabila digabungkan dengan avatar dalam dunia virtual ia memberi kesan yang cukup hebat.

Kombinasi AI Dan Hiburan

Syarikat SM Entertainment tampil berani dengan menggunakan teknologi artificial intelligence (AI) dan computer generated imagery (CGI) dalam industri hiburan di Korea.

Artis naungan yang dibentuk dalam satu kumpulan yang dikenali sebagai Aespa ini, menampilkan sisi idol virtual yang unik kombinasi realiti dan virtual.

Avatar ‘Ea’ Diri Kedua Idol

Menjadi idol Kpop kombinasi antara realiti dan virtual membuatkan, kumpulan ini keluar dari buku komik atau illustrasi kerana visual idol baik dalam realiti dan di alam maya serupa.

Dan dalam satu video yang bertajuk ‘My, Karina’ yang keluarkan di YouTube Aespa, menjelaskan Karina menganggap avatar ‘ae’ dirinya sebagai diri keduanya dan juga sebagai sahabat karibnya.

Kontroversi Panas Aespa Bakal ‘Dehumanisation’

Menjadi satu-satunya kumpulan idol kombinasi virtual dan realiti membuatkan nama kumpulan Aespa menjadi isu bualan panas di Korea dan barat.

Bukan apa, ramai netizen menyuarakan kemungkinan idol hijau ini bakal di ‘dehumanisation’, dalam industri hiburan sangat tinggi.

Kerana melihat penampilan idol yang sememangnya serba seksi, tak mustahil avatar yang di bawa bertukar lebih seksi, apatah setiap avatar yang dipamerkan menyerupai watak dalam permainan dalam talian (online game).

Tambahan lagi, di Korea dan di barat seksualisma telah lama berakar umbi dalam dunia hiburan dan dunia permainan dalam talian.

Apa-apa pun sama-sama kita lihat perjalanan kumpulan baru ini dan nantikan debut rasmi kumpulan Aespa ini pada 17 November ini nanti, dengan judul lagu mereka iaitu ‘Black Mamba’ di YouTube.

Rujukan: 1, 2, 3

The post K-Pop Girl Group Aespa, Idol Virtual Dan Realiti Yang Memukau Jiwa appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583