Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Gara-Gara Permainan Getah, Produksi Running Man Dikecam Kasari Ahli Dan Tetamu

$
0
0

Mendapat kecaman daripada seluruh peminat rancangan hiburan ini, ‘Running Man‘ dilihat telah membahayakan keselamatan ahli dan tetamu rancangan tersebut. Macam-macam reaksi yang diberikan selepas menonton episod terbaru itu.

Pada episod terbaru itu, penonton melihat Jeon So Min, Song Ji Hyo, Yang Se Chan dan tetamu khas mereka SEVENTEEN, iaitu Hoshi dan Mingyu meletakkan getah di sekeliling muka mereka seberapa banyak yang mungkin.

Peraturan permainan ini adalah siapa yang mempunyai paling banyak bilangan getah akan dikira sebagai pemenang untuk semangkuk ramen. Yang Se Chan yang pertama meletakkan getah itu menyatakan perkara itu lebih menyakitkan lebih daripada apa yang dibayanginya.

Foto – Arkib Wanista

Diikuti dengan Song Ji Hyo dan Jeon So Min yang masing-masing menunjukkan kesakitan yang tidak boleh dibendung melalui reaksi muka. “Getah ini membuatkan mata saya rasa seperti mahu terkeluar,” ujar Jeon So Min.

Foto – Arkib Wanista

Manakala tetamu jemputan ‘Running Man‘ iaitu Hoshi dan Mingyu turut meletakkan getah di muka mereka sebanyak 18 getah dan 22 getah setiap seorang.

Foto – Arkib Wanista

Setelah episod ini ditayangkan, rata-rata peminat mengecam tindakan kumpulan produksi ‘Running Man’ yang membiarkan ahli dan tetamu bermain permainan yang membahayakan mereka.

Bukan sahaja risau tentang keselamatan ahli dan tetamu ‘Running Man‘, malah mereka juga memikirkan tentang keselamatan penonton yang muda di mana tindakan itu boleh ditiru oleh mereka.

“Kanak-kanak menonton ‘Running Man’ sepanjang masa. Adakah pasukan produksi menyedari trend berbahaya ini mungkin akan diikut oleh mereka? Sila buat keputusan yang bijak. Rancangan anda kini berada di televisyen nasional dan seluruh internet. Kanak-kanak akan tiru apa yang dilihat oleh mereka”, ujar salah seorang penonton.

Foto – Kiss Asian

Tidak terhenti pada episod itu sahaja, berdasarkan pratonton, permainan melibatkan getah ini akan diteruskan dalam episod minggu depan yang melibatkan Nam Joo Apink dan Lee Kwang Soo serta beberapa ahli yang lain.

Foto – Allkpop

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Gara-Gara Permainan Getah, Produksi Running Man Dikecam Kasari Ahli Dan Tetamu appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583