Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

7 Sebab Kenapa Mamamoo Hwasa Sangat Unik Berbanding Kpop Idol Wanita Lain

$
0
0

Nama Hwasa dari kumpulan Mamamoo sudah cukup sebati dalam industri muzik Korea, bintang Kpop ini mempunyai karisma dan gayanya yang tersendiri untuk berdiri di pentas arena seni.

Antara bintang Kpop wanita yang lain, Hwasa merupakan antara selebriti yang mempunyai dinamik dan keunikannya yang tersendiri.

Nak tahu apa yang membuatkan artis jelita ini diminati ramai, jom teroka di bawah.

Miliki Karakter Peribadi Yang Kuat Dan Cool

Foto – Arkib Wanista via Instagram Mamamoo Official

Hwasa sangat terkenal dengan memiliki karakter peribadi yang kuat dan juga cool di Korea, sikap dan keperibadian seperti ini membuatkan Hwasa sangat diminati ramai.

Tambahan lagi, bukan semua idol wanita bersikap berani, kuat dan cool seperti Hwasa kerana segan untuk menunjukan diri mereka yang sebenar kepada awam.

Tonjol Kecantikan Diri Tanpa Mengikut ‘Beauty Standard’ Dalam Industri

Hwasa merupakan antara selebriti wanita yang tampil dengan beauty standard yang tersendiri, dirinya tidak mengikut nilai kecantikan yang telah lama berakar umbi di Korea seperti berdiet untuk kurus, memaksa diri untuk kekal langsing dan sebagainya.

Foto – Arkib Wanista via Instagram Maria Hwasa

Bagi Hwasa pandangan beauty standard dalam industri tidak sesuai dengan dirinya, dan Hwasa tampil berani dengan konsep dan gaya tersendiri serta sekaligus menonjolkan kecantikan yang hanya dirinya saja boleh bawa.

Mempunyai Citarasa Fesyen Yang Bold Dan Hot

Hwasa juga sangat terkenal dengan idea citarasa fesyen yang bold dan hot, hinggakan CEO syarikatnya juga terkejut dengan pemilihan konsep fesyennya.

Foto – Arkib Wanista via Instagram Mamamoo Official

Tetapi bagi Hwasa apa yang dipamerkan itu adalah dirinya, dan tiada apa yang salah dengan pemilihan fesyennya. Semua fesyen Hwasa memang tip top, bold dan hot hinggakan fesyen yang digayakannya itu menjadi ikutan dan trend fesyen di Korea.

Sangat Berkeyakinan Dengan Tubuh Dan Warna Kulitnya

Diawal kerjaya Hwasa sebagai penyanyi, dirinya kerap dicemuh dan dikritik seperti “gemuk”, “tak lawa” dan “warna kulit gelap”, tetap lama kelamaan Hwasa berasa yakin terhadap tubuh badannya dan warna kulitnya sendiri.

Foto – Arkib Wanista via Instagram Mamamoo Official

Kritikan Negatif Membakar Semangat Hwasa

Hwasa mempunyai jiwa yang kental, setiap komen negatif dan kritikan yang dilemparkan oleh netizen membakar semangat Hwasa untuk tunjukan siapa dirinya yang sebenar kepada orang ramai.

Foto – Arkib Wanista via Instagram Mamamoo Official

Merupakan Foodie Sejati Dan Tidak Suka Diet

Dalam rakaman ‘Home Alone’ Hwasa tanpa segan silu menunjukan bahawa dirinya adalah seorang foodie sejati, Hwasa cukup bersahaja tanpa dengan memakan dan memesan makanan menerusi rancangan tersebut.

Bukan itu saja, Hwasa dan ahli kumpulan yang lain juga tidak suka berdiet kerana ia akan memberi kesan yang tidak baik pada tubuh dan juga minda.

Lagu Ciptaan Merupakan Mesej Untuk Peminat Dan Diri Sendiri

Dalam video di saluran YouTube STATV, Hwasa menyatakan lagu Maria yang dihasilkannya memberi mesej kepada peminat untuk menjadi diri sendiri, tidak perlu memaksa diri untuk berada dalam kumpulan yang tidak sesuai dengan diri sendiri.

Mesej yang dikongsikan menerusi lagu tersebut bukan saja untuk peminat tetapi juga untuk dirinya sendiri, bahawa diri sendiri merupakan seorang yang hebat dan tangani konflik dalaman dengan baik.

Kalau nak diikut memang banyak aspek kenapa Hwasa dilabel sebagai selebriti wanita Kpop yang unik dan disayangi ramai, tapi cukup dahulu buat masa ini.

The post 7 Sebab Kenapa Mamamoo Hwasa Sangat Unik Berbanding Kpop Idol Wanita Lain appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583