Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Aktor Kim Seon Ho ‘Hidden Gem’ Dunia Lakonan Di Korea

$
0
0

Nama Kim Seon Ho mula mendapat perhatian ramai dalam industri lakonan Korea, ramai yang tertanya-tanya siapakah aktor kacak ini yang sebenarnya.

Melihat lakonannya yang cukup mantap dalam drama ‘Start Up’, membuktikan bahawa Kim Seon Ho bukan orang baru dalam industri seni lakonan di Korea.

Mula Debut Pada 2009

Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Seon Ho

Aktor tinggi lampai ini mula debut pada tahun 2009 ketika dirinya berusia 24 tahun, di bawah syarikat SY Entertainment.

Pada awal perjalanan Kim Seon Ho, dirinya terlibat dalam beberapa teater muzikal dan perlahan-lahan mengasah bakat lakonannya menerusi lakonan dalam teater muzikal tersebut.

Ini antara teater muzikal lakonan Kin Seon Ho:

  • New Boeing Boeing
  • Sherlock
  • True West
  • Voice of Millenium
  • Closer

Mula Kelihatan Di Televisyen Pada 2017

Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Seon Ho

Meski dirinya debut pada tahun 2009, Seon Ho mula kelihatan di kaca televisyen pada tahun 2017 dengan bergiat aktif dalam program realiti dan juga beberapa drama lain.

Antara drama yang menaikan nama Seon Ho pada tahun 2017 adalah:

  • Good Manager
  • Strongest Delivery Man
  • Two Cops

Antara program realiti Seon Ho terlibat:

  • 2 Days and 1 Night

Hasil kerjanya pada tahun 2017 ini membuatkan nama dikenali seketika, sebelum dilupai oleh orang ramai. Meskipun begitu, Seon Ho tidak berpatah semangat sebaliknya mencari peluang untuk menggilap bakat lakonannya.

Kerja Keras Seon Ho Dalam Dunia Lakonan Berbalas

Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Seon Ho

Selepas namanya mula dilupai dalam industri lakonan, Seon Ho mencari peluang untuk mengasah bakat lakonannya dan sekaligus membuatkan namanya dikenali semula.

Berikut antara drama-drama dan filem yang Seon Ho pernah terlibat:

  • 2018 – Your House Helper
  • 2018 – 100 Days My Prince
  • 2018 – Feel Good To Die
  • 2018 – You Drive Me Crazy (filem)
  • 2019 – Welcome To Waikiki 2
  • 2019 – Catch The Ghost
  • 2020 – Find Me In Your Memory
  • 2020 – Start Up

Drama ‘Start Up’, Naikkan Semula Nama Seon Ho

Rasanya tak keterlaluan untuk menyatakan drama ‘Start Up’ merupakan drama bertuah buat Seon Ho, dirinya yang membawa watak sebagai Han Ji Pyeong dalam drama tersebut berjaya membuatkan penonton menyukai lakonan aktor kacak ini.

Bukan itu saja, senyuman yang diberikan dalam drama ‘Start Up’ ini juga meracuni mata dan hati peminat dengan sekelip mata!

‘Hidden Gem’ Tersembunyi Selama 12 Tahun

Foto – Arkib Wanista via Instagram Kim Seon Ho

Selama 12 tahun berkecimpung dalam industri seni lakonan, baru tahun ini (2020) dirinya ditemui dan bersinar di pentas lakonan.

Kini ramai penonton yang menonton lakonan Seon Ho dalam drama ‘Start Up’ menjadi peminat baru aktor ini dan jumlah pengikut Seon Ho di Instagram kini mencapai 2 juta pengikut dalam masa yang singkat!

Diharap selepas ini, Seon Ho dapat hadiahkan buah tangan lakonannya kepada peminat serta memukau mata dan hati penonton dengan bakat lakonannya yang mantap di masa akan datang.

Rujukan: 1, 2

The post Aktor Kim Seon Ho ‘Hidden Gem’ Dunia Lakonan Di Korea appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584