Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Lelaki Paling Seksi Di Dunia Jadi Milik Pelakon Black Panther Ini

$
0
0

Bukan senang nak dapat tittle “Sexiest Man Alive” ini kerana perlu bersaing dengan beberapa orang pencalonan lagi.

Michael B. Jordan iaitu seorang pelakon Amerika Syarikat yang terkenal sebagai watak penjahat, Erik Killmonger dalam filem Black Panther telah menewaskan John Legend untuk gelaran “Sexiest Man Alive“.

Majalah People yang mendedahkan pilihannya untuk merangkul gelaran tersebut menerusi episod khas di Jimmy Kimmel Live!. Memberikan tanda tanya kepada orang ramai, Michael muncul dengan memakai yellow hazmat suit dalam rancangan tersebut.

Beberapa penonton telah dipanggil untuk meneka siapakah di sebalik suit itu. Michael yang mengetahui rakan-rakannya pasti menyebarkan tentang berita itu, membuka suit tersebut setelah diteka dengan betul oleh penonton.

Menerusi pengumuman tersebut, ahli keluarganya sangat gembira terutamanya saudara perempuannya. “Semasa nenek saya masih hidup, beliau akan mengumpul tentang isu-isu “Sexiest Man Alive” dan pada masa yang sama, ibu dan ibu saudara saya pun turut membacanya”, ujar Michael.

Foto – Lupus LA

Walaupun masih baru dalam dunia Hollywood, Michael mengatakan keluarganya memainkan peranan terpenting dalam dirinya, “Saya bersyukur kerana mereka, saya dapat jadi diri saya yang sekarang”.

Michael yang bakal membintangi filem action thriller, Without Remorse yang bakal ditayangkan pada 2021, iaitu memegang watak sebagai bekas anggota Navy SEAL yang menjadi CIA kerana ingin membalas kematian kekasihnya.

Sebelum Michael, beberapa selebriti lain juga telah merangkul gelaran People’s “Sexiest Man Alive” seperti Idris Elba (pelakon),  David Beckham (pemain bola sepak), Adam Levine (penyanyi) dan Blake Shelton (hakim The Voice).

RUJUKAN: 1, 2,

The post Lelaki Paling Seksi Di Dunia Jadi Milik Pelakon Black Panther Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583