Gerun dan tak mudah untuk membawa watak sebagai Princess Diana dengan sempurna. Lain daripada yang lain, tiada seorang pelakon pun yang berjaya membawa watak tersebut dan meninggalkan kesan kepada penonton selain Emma Corrin.
Mula mendapat tawaran untuk membawa watak Princess Diana pada Mac 2019 dan memulakan pengambaraan pada September 2019, Emma yang dilihat memiliki kemiripan yang sama seperti Princess Diana dari segi penampilan sehinggalah gerak geri.
Memerlukan banyak kerja untuk menjayakan watak tersebut, Emma telah menghabiskan masanya dengan membuat persiapan. Daripada mengumpul biografi, dokumentari, gambar dan sehinggalah rakaman suara, dia inginkan watak ini berjaya.
Semua kerja keras Emma akhirnya membuahkan hasil. Kini peminat The Crown tidak habis bercakap tentangnya yang pandai membawa dan mendalami watak Princess Diana.
Jika anda tertanya-tanya bagaimanakan dia berjaya mendalami watak tersebut, Emma telah berkongsi beberapa perkara yang membuatkan watak yang dibawanya mirip Princess Diana.
#1 Suara
“Ada satu perkataan iaitu ‘alright’ yang membuatkan saya memahami dan mendapat ton suaranya. Nadanya sering mendatar dari awal tetapi di penghujung ayatnya, ton suaranya akan jatuh dan saya membayangkannya sebuah garis yang lurus dan kemudiannya jatuh seperti di tebing di hujungnya”, ujar Emma.
Selain daripada meniru perkataan yang sering digunakan oleh Princess Diana, Emma turut menonton sebuah dokumentari Diana: In Her Own Words yang berkisahkan tentang Princess Diana dan kehidupannya. Melalui dokumentari inilah dia mempelajari tentang siapakah beliau sebenarnya.
Dalam pada masa yang sama, dia juga mendapatkan bantuan daripada William Conica iaitu guru dialek untuk mempelajari dan mendapatkan ton suara miripnya.
“Anda boleh mendengar suara seseorang dan cuba menirunya tetapi dalam siri ini kami tidak meniru malah William membantu saya fahamkan kenapa beliau bercakap begitu, dan belajar untuk kekalkan perbualan mirip sepertinya”, ujarnya.
#2 Gerakan
Untuk siri musim ini, Emma mengatakan dia telah menjalani latihan menari kerana dia bukanlah seorang penari dan Princess Diana sangat menyukai tarian.
“Saya bukan seorang penari yang baik, tetapi adegan dalam siri ini membuatkan saya menikmatinya kerana tiada koreografi. Hanya saya sahaja yang berpusing dan melepaskan apa yang saya tahu”, ujarnya.
Adegan tarian ini juga membuatkan Emma berasa sangat dekat dan memahami Princess Diana, “Begitu banyak perkara yang ditanggungnya, melalui cara inilah beliau luahkan semuanya. Kini saya faham kenapa beliau sangat suka menari”.
#3 Penampilan
Pakaian-pakaian yang mirip dengan Princess Diana telah dihasilkan oleh Amy Roberts dan Sid Roberts iaitu pakaian-pakaian yang vintaj, Emma mengatakan dia sering merasakan seperti wataknya ketika memakainya.
Jika dilihat pakaian dan warna memang sama, tetapi Emma mengatakan ada perbezaan bagi setiap pakaian yang dibuat oleh mereka dengan yang asal dan jika dilihat secara betul, setiap penonton boleh membezakannya.
Bagi dirinya yang tiada memori dan tidak mengenali diri Princess Diana, Emma juga telah berjumpa dengan setiausaha peribadi Princess Diana, Patrick Jephson.
“Untuk mendalami dan memahami watak, saya telah bercakap dengan setiausahanya. Dia hanya mengatakan Princess Diana seorang yang sangat ringkas dan gembira. Jika anda mengenalinya dengan baik, dalam masa sekejap sahaja dia boleh tertawa dengan anda”, ujar Emma.
#4 Skrip
Mengenai skrip pula, untuk berjaya membawa watak seperti Princess Diana, Emma mengatakan gambaran tentang beliau sangat penting untuk menjayakannya.
Hanya berpegang kepada skrip dan intuition yang dapat sahaja, sesebuah pelakon itu boleh membawa watak tersebut. Tidak perlu mendengarkan apa yang dikatakan oleh orang lain tetapi bagaimana seseorang itu menjiwai watak tersebut.
“Siri The Crown ini sangat bagus kerana mereka telah menggantikan pelakon bagi setiap dua musim. Ini menunjukkan pihak produksi telah melihat bagaimana setiap seorang itu memberikan gambaran yang berbeza dan mirip seperti yang dicari oleh mereka”, ujarnya.
Tak mudah kan? Untuk menjayakan sesuatu watak malah melibatkan satu watak yang pernah menjadi kontroversi, ia memerlukan kerja keras kerana ramai penonton yang akan mengkritik dan memberikan tekanan jika tidak seperti apa yang berlaku di dalam dunia realitinya.
The post Aktres Emma Corrin Kata Bukan ‘Mudah’ Bawa Watak Puteri Diana appeared first on Wanista.com.