Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Peminat Kpop Sanggup Habis Beribu Duit Untuk Idol Kesayangan

$
0
0

Rasanya tak keterlaluan untuk menyatakan majoriti peminat Kpop, memang sanggup berbelanja besar untuk idol kesayangan masing-masing.

Tidak kira peminat wanita atau lelaki, masing-masing sanggup keringkan duit poket demi membeli produk barangan idol kesukaan masing-masing.

Super Fan Sanggup Belanja Besar

Foto – Arkib Wanista

Berdasarkan syarikat iPrice, iaitu salah satu kumpulan pengumpulan data terbesar dalam pengutipan data e-dagang di Asia Tenggara, mendapati rata-rata ramai peminat Kpop sanggup berbelanja besar untuk idol mereka.

Antara barangan yang super fans sanggup habiskan duit adalah:

  • Album
  • Cawan
  • Key Chain
  • Pakaian (seperti baju dan seluar)
  • Topi
  • Kasut
  • Beg
  • Pelekat
  • Light stick
  • Kipas
  • Fail
  • Patung
  • Bantal
  • Aksesori lain
  • Tiket konsert

Peminat Idol Mana Paling Tinggi Menghabiskan Duit?

Foto – Arkib Wanista

Berdasarkan kajian dan pengumpulan data dari iPrice ini, ramai peminat sanggup berbelanja sakan untuk tiga kumpulan idol Kpop ini iaitu Blackpink, Twice dan BTS.

Tiga kumpulan idol gergasi ini membuatkan peminat sanggup mengeluarkan duit untuk mendapatkan barangan artis kegemaran dijual di pasaran.

Fandom Sanggup Habis Beribu Beli Barang Idol

Menjadi peminat sejati idol Kpop, membuatkan peminat berasa wajib membeli kesemua barangan keluaran idol kesayangan.

Kalau nak tahu ramai peminat dari Blink, Once dan Army menghabiskan duit sehingga beribu ringgit untuk membeli produk keluaran idol masing-masing.

Foto – Arkib Wanista
  • BTS – Army sanggup berbelanja sehingga mencecah $1,422 atau RM9,144 untuk album, tiket konsert dan merchandise.
  • Twice – Once pula sanggup berbelanja sehingga mencecah $824 atau RM3,362 untuk album, tiket konsert dan merchandise.
  • Blackpink – Blinks pula sanggup berbelanja sehingga $665 atau RM2,713 untuk album, tiket konsert dan merchandise.

Die-Hard-Fan Sanggup Buat Apa Saja Untuk Idol Kesayangan

Foto – MTV News

Melihat jumlah wang yang mampu dibelanjakan oleh peminat idol Kpop ini, membuktikan mereka sanggup melakukan apa saja untuk idol mereka.

Menjadi die-hard-fan bukan mudah kerana wang perlu sentiasa ada di poket, untuk berbelanja barangan dan produk keluaran idol masing-masing.

Adakah kamu juga sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk idol kesayangan?

The post Peminat Kpop Sanggup Habis Beribu Duit Untuk Idol Kesayangan appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583