Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Selain Bae Suzy, 8 Selebriti Korea Jadi Hartawan Dengan Nilai Lebih RM42 Juta

$
0
0

Apabila menjadi selebriti yang terkenal bukan sahaja di negara sendiri malah seluruh dunia mesti sangat menguntungkan. Ini kerana pendapatan selebriti ini akan menaik daripada standard biasa disebabkan oleh kepopularannya.

Mudah seperti selebriti Korea, mereka sering mempunyai peminat tidak kira generasi dan negara. Mesti ada peminat tersendiri. Jika difikirkan, mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi ini, wang tersebut dibuat sebagai apa?

Bagi selebriti Korea yang mempunyai pendapatan yang tinggi, mereka mengambil penyelesaian ini dengan melabur dalam hartanah.

Selebriti-selebriti ini hanyalah memiliki hartanah yang mewah untuk disewakan. Ini kerana alternatif ini membuatkan mereka meraih lagi pendapatan yang lumayan dan mengembangkan ‘pengumpulan’ harta dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Bagi kamu yang tidak tahu, selebriti-selebriti ini telah menjadi jutawan hartanah dalam sekelip mata dengan pendapatan lumayan mereka.

YoonA (Girls’ Generation)

YonnA yang merupakan salah satu ahli kumpulan Girls’ Generation, dikatakan sebagai salah satu jutawan hartanah yang terkenal dan terkaya dalam industri K-pop.

Foto – Twitter

Pada bulan Oktober 2018, YoonA telah membeli sebuah bangunan yang mempunyai reka bentuk moden dengan nilai lebih daripada RM 35 juta yang terletak di kawasan Cheongdam-dong.

Bangunan ini yang mempunyai enam tingkat secara keseluruhannya menjadi salah satu penyelesaian yang terbaik bagi memperoleh pulangan pelaburan yang tinggi dalam sektor hartanah.

Taeyang (Big Bang)

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Eyes, Nose, Lips ini? Salah seorang ahli kumpulan Big Bang ini telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu Min Hyo Rin.

Foto – Pinterest / Twitter

Bagi pasangan yang baru berkahwin, mestilah setiap pasangan akan mengimpikan bulan madu yang mewah dan memori yang terindah. Berbeza dengan Taeyang, dia telah membeli sebuah rumah yang mahal tetapi sangat berbaloi!

Selepas sahaja berkahwin, dia telah membeli sebuah vila di Janghak Paarc Hannam yang bernilai hampir RM 54 juta. Dengan pemandangan yang indah dan sangat eksklusif ini, siapa sahaja yang tidak seronok, betul tak?

Yuri (Girls’ Generation)

Selain YoonA, Yuri juga merupakan salah satu ahli Girls’ Generation yang meraih pendapatan yang tinggi dan mengambil kesempatan ini dengan melabur dalam sektor hartanah.

Foto – Pinterets / Wow Korea

Yuri yang membeli sebuah hartanah di Nonhyeon-dong, Gangnam pada tahun ini dengan nilai sebanyak RM 46 juta. Mendapat pujian daripada agen-agen hartanah, Yuri telah membuat keputusan yang mendatangkan keuntungan kepadanya. Ini kerana bangunan yang dibelinya itu terletak di kawasan yang strategik dan ideal.

Park Seo Joon 

Pelakon Itaewon Class dan Fight For My Way, Park Seo Joon dikatakan telah membeli sebuah bangunan untuk dirinya di Sinsa-dong, Gangnam. Walaupun ianya sebuah bangunan yang lama, tetapi pulangan yang dia perolehi mendatangkan keuntungunan sebanyak Rm 40 juta.

Foto – Pinterest / Fakta.id

Terletak di lokasi yang strategik, bangunan yang mempunyai lima tingkat dan satu tingkat bawah tanah ini, Park Seo Joon membenarkan pakar rambut dan solekannya berpindah ke tingkat atas bangunan tersebut dengan kos yang lebih rendah.

Son Ye Jin

Terkenal dengan watak, Yoon Se Ri dalam drama Crash Landing On You, Son Ye Jin telah membeli sebuah bangunan baru yang terletak di Sinsa-dong, Gangnam dengan nilai sekitar RM 57 juta.

Foto – Pinterest / All Korea Times

Pada tahun 2015, Seo Ye Jin telah memperoleh keuntungan sebanyak RM 15 juta untuk bangunannya yang dibeli di kawasan Seogyeo-dong, Mapo yang telah dijual pada harga RM 48 juta.

Rain 

Seperiti YoonA yang memiliki bangunan mahal di Cheongdam-dong, Rain juga telah membeli hartanah di kawasan yang sama dan dikenali sebagai Rain Avenue.

Foto – Allkpop / Korea.net

Hartanah yang dibelinya itu pada tahun 2008 berharga sekitar RM 61 juta. Tahun demi tahun, nilai hartanahnya telah meningkat menjadi RM 118 juta.

Kwon Sang Woo 

Popular dengan drama Stairway To Heaven (2003), Kwon Sang Woo telah memberitahu bahawa keluarga susah dahulu dan dia impikan untuk memiliki sebuah rumah. Disebabkan impiannya, dia telah memiliki hartanah yang berniali hampir RM 383 juta.

Foto – Asian Stars / Pinterest

Pada tahun 2013, dia telah membeli sebuah bangunan yang mempunyai tujuh tingkat di Bundang-gu, Seoul dengan harga hampir RM 98 juta. Bangunan tersebut dinamakan sebagai Rookie 1129 bersempena dengan nama anaknya dan tarikh hari jadi ibunya.

Jung Ji Hyun 

Drama My Love From The Star (2013) yang menjadi hit, pelakon Jung Ji Hyun telah memiliki sebuah hartanah di Samseong-dong dan Nonhyeon-dong yang bernilai hampri RM 371 juta yang dibelinya secara tunai.

Foto – Pinterest / Viva.co.id

Pada awal tahun ini, Jung Ji Hyun juga dikatakan ‘kedekut’ apabila hanya memberikan potongan sebanyak 10% pada penyewanya disebabkan Covid-19.

Bae Suzy 

Namanya yang menjadi hit lagi dalam drama yang sedang berlangsung, Start-Up, Bae Suzy dikatakan sebagai salah satu selebriti yang mempunyai rumah yang paling mahal.

Foto – Pinterest / Twitter

Dia yang kini tinggal di sebuah flat yang berharga sekitar 13 juta dalam pasaran hartanah semasa. Bae Suzy juga memiliki sebuah bangunan di Gangnam yang bernilai RM 12 juta pada tahun 2016 dan memperoleh sebanyak RM 54 ribu setiap bulan disebabkan penyewaan.

Seperti selebriti-selebriti ini, jika kamu mempunyai harta dan jumlah pendapatan yang tinggi, lebih baik dilaburkan dalam sektor hartanah. Bukan sahaja boleh menjadi sumber pendapatan tambahan, malah dapat memberikan jaminan untuk sepanjang hidup.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Selain Bae Suzy, 8 Selebriti Korea Jadi Hartawan Dengan Nilai Lebih RM42 Juta appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583