Rancangan ‘Saved By The Bell’ menerima kritikan dan kecaman daripada netizen yang menonton rancangan tersebut baru-baru ini, kerana rancangan tersebut menggunakan kesihatan buah pinggang Selena Gomez sebagai gurauan.
Seperti ramai yang sedia maklum, Selena Gomez sebelum ini pernah menjalani rawatan pemindahan buah pinggang kerana masalah kesihatan yang dialaminya.
Tetapi kini prosedur dan pemindahan rawatan buah pinggang Selena dijadikan bahan gurauan, dan topik dalam rancangan televisyen tersebut.
Guna Pemindahan Buah Pinggang Selena Sebagai Topik Gurauan
Dalam rancangan tersebut, terdapat dialog bualan diantara pelajar Bayside High yang bergurau senda mengenai buah pinggang Selena Gomez.
“Saya tahu ianya fakta yang buah pinggang Selena Gomez didermakan oleh mak Justin Bieber.
Tuhan saya harap saya mempunyai telefon untuk buktikannya.
Nak buktikan apa? Yang kamu seorang yang bodoh?
Ianya buah pinggang Demi Lovato, merekakan kawan baik macam saya dan kamu.”
Terdapat Tulisan Graffiti Mengejek Buah Pinggang Selena Gomez
- Foto – Arkib Wanista via Twitter
Tidak cukup bergurau secara berdialog dalam rancangan tersebut, produksi ‘Saved By The Bell’ menambah prop tulisan graffiti yang seolah-olah mengejek buah pinggang Selena Gomez dengan ayat “Selena Gomez ada ke buah pinggang sebenarnya?”.
Netizen Kritik Dan Kecam Produksi Rancangan
Netizen yang menonton rancangan tersebut rata-rata terkejut dengan topik bualan yang dijadikan bahan gurauan dalam rancangan tersebut.
Dan ramai netizen terutama peminat Selena Gomez mengkritik dan mengecam pihak produksi, penerbit dan penulis rancangan ‘Saved By The Bell’, di sosial media kerana menjadikan isu kesihatan seseorang sebagai bahan gurauan.
"Selena was really upset by the Saved by the Bell scene about her health and thought of it as bullying and offensive, the source says of Gomez. She felt as though her kidney transplant, and others who have gone through that, was used as a joke at her expense." – @etnow
— Selena Gomez Worldwide (@WorldwideSelG) December 1, 2020
I really don't like when writers aka Saved By The Bell people joke about Selena Gomez kidney battle
— Allison the Disney diva (@Daviesallison1A) November 28, 2020
not only did that reboot of saved by the bell make jokes about Selena’s lupus experience and kidney transplant, they made digs at an old relationship and friendship that were both left on bad terms after she’s worked hard to move on from them.. that’s fucked up
— • emily • (@Emzileenie) November 28, 2020
the fact that the writers/producers of that show think it was okay for them to “joke” about what selena went through and is STILL going through is completely disrespectful and unacceptable. selena fights for her health every day. her illness is NOT a joke. respect selena gomez.
— ✿ (@corpseblink) November 29, 2020
Isu Kesihatan Individu Tak Patut Dijadikan Bahan Gurauan Dalam Rancangan Televisyen
Ramai netizen menyoalkan tahap pemikiran dan idea pihak produksi ‘Saved By The Bell’, kerana menjadikan isu kesihatan individu sebagai topik dan bahan gurau dalam rancangan televisyen.
Walhal isu sensitif seperti ini tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan, apatah lagi ia dipamerkan dalam bentuk tontonan umum sebegitu kepada orang awam.
- Foto – Arkib Wanista via Instagram Selena Gomez
Dengan kritikan yang diterima pihak produksi, penerbit dan penulis rancangan ‘Saved By The Bell’ di sosial media, membuatkan mereka tampil memohon maaf kepada Selena Gomez dan orang ramai.
Tetapi malangnya netizen tetap tidak berpuas hati terhadap pihak produksi rancangan televisyen tersebut, dan berharap tiada lagi isu sensitif seperti ini dijadikan bahan gurauan dalam mana-mana rancangan televisyen.
The post Netizen Kritik Rancangan ‘Saved By The Bell’ Bergurau Pasal Kesihatan Selena Gomez appeared first on Wanista.com.