Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Nak Sihat Pun Kena Kecam, Lizzo Amal Detoks Smoothie 10 Hari

$
0
0

Apa lagi yang Lizzo buat sampai hangat dekat media sosial?

Lizzo, adalah penghibur hebat dan badass. Kelantangan vokal dan persembahannya yang penuh bertenaga memang memukaukan.

Dia juga menggunakan platform dan muziknya untuk menaikkan semangat kita dan mengajar kita semua cara mencintai tubuh badan kita. Terima fizikal diri dengan seadannya, dan sentiasa positif.

Detoks Smoothie Selama 10 Hari

Aktif di TikTok, Lizzo berkongsi bahawa dia melakukan detoks smoothie 10 hari.

@lizzo

practice safe detoxification y’all.

♬ mario sound – mandycap

“Saya minum banyak dan makan banyak, dan menyebabkan perut kembung. Jadi, saya memutuskan untuk melakukan rutin detoks smoothie selama 10 hari (10-Day Green Smoothie Cleanse by JJ Smith),” berkongsi rancangannya kepada peminat.

Pada dasarnya anda minum smoothie hijau setiap hari. Hari ke-4, 5 dan 6 adalah yang paling sukar.

Netizen Jadi ‘Doktor’ Segera, Sakan Kritik Lizzo

Siapa sangka niat Lizzo nak amalkan gaya hidup sihat tidak mendapat respon positif. Rata-rata mengecam Lizzo kerana turut serta dan mempromosikan detoks smoothie dan sekaligus budaya diet.

Foto – TikTok
Foto – TikTok
Foto – TikTok

Lizzo Respon Balik

Tak berdiam diri, Lizzo come clean memberi penjelasan kenapa dia melakukan rutin detoks smoothie.

Kata Lizzo, tidurnya, penghidratan, ketenangan dalaman, kestabilan mental, tubuh badan, kulit serta matanya semua sekarang bertambah baik. Dia bahkan bangga dengan hasil detoks ini.

@lizzo

Big girls do whatever u want with your bodies!!! I’m just as proud of my results from my smoothie detox as I am of my belly curves and swerves ❤

♬ original sound – lizzo

“Saya seorang wanita dewasa yang melakukan detoks smoothie, dan saya ingin berkongsikan dengan anda semua. Dan setiap wanita dewasa boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan dengan tubuh mereka. Full stop!,” bebel Lizzo pada follower.

10-Day Green Smoothie Cleanse by JJ Smith

Proses detoks 10 hari adalah pembersihan dari makanan proses, tenusu, daging, dan kafein untuk memberi tubuh anda ‘rehat’ yang sangat diperlukan dan membiarkannya bekerja dengan membakar lemak.

Smoothie hijau ini terdiri daripada kangkung, bayam, dan sayur-sayuran berdaun lain. Boleh juga dicampurkan pelbagai kombinasi buah, yang menjadikan smoothie agak enak.

Foto – ebony

Anda digalakkan untuk menjamu selera antara smoothie ketika anda sedang lapar. Beberapa snek ringan termasuk lobak, saderi, epal, kacang, mentega kacang, telur rebus, dan greek yogurt.

Menurut pengalaman ramai, selepas tiga hari melakukan rutin detoks, anda rasa diri lebih bertenaga, tidur lebih lena, kurang mengidam dan perut tidak kembung, dan tentu saja dapat menurunkan berat badan.

Detoks ini bertujuan untuk mengatur semula badan anda dan mendorong anda untuk terus makan sihat dengan memasukkan smoothie ke dalam rutin harian anda.

Foto – Arkib Wanista

Macam-macam hal. Lizzo dah dewasa, dia tahu apa yang terbaik untuk tubuh badannya. To netizen, jangan terlalu cepat nak menghukum. Educate yourself, please!

RUJUKAN : 12

The post Nak Sihat Pun Kena Kecam, Lizzo Amal Detoks Smoothie 10 Hari appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584